SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** CUEPACS DI HATI KU***Tema Hari Pekerja CUEPACS 2023 : PEKERJA BERINTIGRITI TUNJANG NEGARA MADANI*** SAMBUTAN HARI PEKERJA 1 MEI 2023

19 Januari 2009

MAKLUMAT PENJAWAT AWAM KONTRAK KENA HENTI DIKUMPUL

Berita Harian
19/1/2009



KUALA LUMPUR: Maklumat mengenai kakitangan awam yang berkhidmat secara kontrak di pelbagai jabatan dan agensi kerajaan di seluruh negara yang ditamatkan perkhidmatan mereka sejak awal bulan ini akan dikumpulkan sebelum diserahkan kepada Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak. Presiden Cuepacs, Omar Osman, berkata pihaknya sudah menjelajah ke seluruh negara mengumpul maklumat itu berdasarkan laporan dan aduan yang diterima daripada mereka yang sudah ditamatkan perkhidmatannya, awal bulan ini. Katanya, beliau menerima aduan hampir setiap hari berhubung kontrak perkhidmatan tidak disambung itu yang mana kebanyakannya membabitkan jabatan kerajaan pada peringkat negeri dan agensi kerajaan termasuk badan berkanun.
“Saya memandang serius perkara ini walaupun pekerja kontrak bukannya ahli kesatuan ini. Kebanyakan pengadu mendakwa mereka kakitangan kontrak yang sudah berkhidmat lebih lima tahun, malah ada yang sudah bekerja antara 10 dan 15 tahun. “Apabila kontrak mereka tidak disambung, ia akan menyukarkan kehidupan tambahan pula perbelanjaan semakin bertambah dan anak-anak masih bersekolah. Lagipun, negara dijangka akan menghadapi kelembapan ekonomi,” katanya dihubungi Berita Minggu, semalam. Beliau sebelum ini mendedahkan kemungkinan 50,000 kakitangan awam yang berkhidmat secara kontrak bakal ditamatkan perkhidmatan bermula awal tahun ini.

Tiada ulasan: