SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** CUEPACS DI HATI KU***Tema Hari Pekerja CUEPACS 2023 : PEKERJA BERINTIGRITI TUNJANG NEGARA MADANI*** SAMBUTAN HARI PEKERJA 1 MEI 2023

06 Januari 2009

KONTRAK 119 KAKITANGAN SOKONGAN DISAMBUNG SEMULA

Bernama
By:
Ramjit



KUALA TERENGGANU, 5 Jan (Bernama) -- Seramai 119 anggota kumpulan sokongan (AKS) di Terengganu boleh menarik nafas lega apabila kontrak perkhidmatan mereka disambung semula dalam tempoh terdekat.Menteri Pelajaran Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata kontrak kakitangan terlibat disambung bagi melicinkan aktiviti harian di sekolah yang terlibat selain dapat meringankan beban awal tahun mereka."Pertimbangan kita dalam konteks perikemanusiaan dan keadaan semasa, kita bagi pertimbangan sewajarnya dan selaras dengan hasrat kita untuk kurangkan bebanan awal tahun terhadap ibu bapa termasuk mereka yang terlibat dalam perkhidmatan sokongan ini," katanya kepada pemberita selepas melawat Sekolah Kebangsaan Kuala Ibai dekat sini Isnin.Beliau berkata kontrak kakitangan berkenaan adalah prosedur biasa bagi pekerja kontrak yang telah tamat tempoh perkhidmatan mereka mengikut syarat yang ditetapkan dalam kontraknya.Baru-baru ini, Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) Terengganu kesal apabila 119 kakitangan kontrak disekolah-sekolah di bawah Kementerian Pelajaran ditamatkan perkhidmatan mereka berkuatkuasa 1 Jan.Kakitangan yang terbabit terdiri daripada kalangan mereka yang berkhidmat antara 13 dan 23 tahun serta berpendapatan antara RM1,000 dan RM1,550 sebulan serta rakyat Terengganu.Dua surat penamatan pelantikan secara kontrak bagi pekerja awam Gred R1 dan Jaga Gred R1, masing-masing dikeluarkan pada 26 Sept dan 30 Nov 2008 oleh kementerian dan Jabatan Pelajaran Terengganu.Pemberhentian kakitangan pekerja am rendah dan jaga itu ditamatkan dengan alasan kerja-kerja pembersihan dan kawalan keselamatan telah diswastakan sepenuhnya.-- BERNAMA

Tiada ulasan: