SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** CUEPACS DI HATI KU***Tema Hari Pekerja CUEPACS 2023 : PEKERJA BERINTIGRITI TUNJANG NEGARA MADANI*** SAMBUTAN HARI PEKERJA 1 MEI 2023

20 Januari 2009

USAH BUANG 50,000 PEKERJA KONTRAK

Berita Harian
20/1/2008

KUALA LUMPUR: Cuepacs merayu kerajaan supaya tidak menamatkan tempoh perkhidmatan lebih 50,000 pekerja kontrak di seluruh negara bagi mengelakkan pekerja terbabit hilang punca pendapatan menyara keluarga ketika keadaan ekonomi dunia tidak menentu. Presidennya, Omar Osman, berkata keadaan ekonomi semasa menyukarkan kakitangan kerajaan terbabit mencari pekerjaan lain jika kontrak mereka ditamatkan. Katanya, Cuepacs menerima aduan hampir setiap hari berhubung kebimbangan kakitangan kontrak yang mungkin tidak disambung itu dan kebanyakan mereka kini semakin tertekan dan terhimpit dengan keadaan tidak pasti berkenaan.
“Kebanyakan kakitangan kontrak ini juga tidak mengetahui langsung mengenai status sebenar mereka, di samping terdapat sesetengah agensi kerajaan juga sudah menjalankan proses pembuangan pekerja yang dilakukan secara senyap-senyap. “Pembuangan pekerja itu membabitkan jabatan kerajaan pada peringkat negeri dan agensi kerajaan termasuk badan berkanun. Ia perkara serius yang membabitkan masa depan kakitangan kontrak yang hilang tempat bergantung. “Cuepacs dengan rendah diri merayu supaya kerajaan mempertimbangkan semula rancangan untuk menamatkan perkhidmatan kakitangan terbabit demi masa depan mereka,” katanya selepas Majlis Perasmian Seminar Kecemerlangan Kepimpinan Cuepacs Kebangsaan, di sini, semalam.
Minggu lalu, Omar mendedahkan maklumat mengenai kakitangan awam yang berkhidmat secara kontrak di pelbagai jabatan dan agensi kerajaan di seluruh negara yang ditamatkan perkhidmatan mereka sejak awal bulan ini akan dikumpulkan sebelum diserahkan kepada Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak. Omar berkata, kerajaan seharusnya memberikan kakitangan kontrak berkenaan peluang dengan menyambung semula kontrak perkhidmatan mereka.

Tiada ulasan: