SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** CUEPACS DI HATI KU***Tema Hari Pekerja CUEPACS 2023 : PEKERJA BERINTIGRITI TUNJANG NEGARA MADANI*** SAMBUTAN HARI PEKERJA 1 MEI 2023

20 Januari 2009

CUEPACS MINTA JANGAN TAMATKAN KHIDMAT KAKITANGAN KONTRAK

Bernama
By:
Ramjit



KUALA LUMPUR, 19 Jan (Bernama) -- Semua agensi di kementerian yang mempunyai kakitangan kontrak diminta tidak menamatkan perkhidmatan mereka, sebaliknya menyambung semula kontrak itu berdasarkan rasa simpati dan perikemanusiaan.Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) Omar Osman berkata tindakan itu akan membantu pekerja meneruskan kehidupan di samping meringankan beban mereka, terutama yang sudah lama berkhidmat."Setakat ini terdapat 50,000 kakitangan kontrak yang bekerja di sektor awam, kalau mereka ini diberhentikan bagaimana mereka ingin meneruskan hidup lebih-lebih lagi dalam keadaan ekonomi dunia sekarang?"Yang paling mendukacitakan sekarang ini ada majikan yang berhentikan mereka, tapi esok dilantik pula orang lain," katanya kepada pemberita selepas majlis perasmian Seminar Kecemerlangan Kepimpinan Cuepacs Kebangsaan 2009 di sini, Isnin.Majlis itu dirasmikan Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Ahmad Fuad Ismail.Omar berkata pihaknya banyak menerima aduan daripada kakitangan kontrak yang ditamatkan perkhidmatan, yang meminta bantuan Cuepacs untuk menangani perkara itu dengan menyalurkan masalah mereka kepada kerajaan.Katanya jika masalah itu sampai ke tahap kritikal, beliau akan berjumpa dengan Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi bagi berbincang mengenainya.Ketika diminta mengulas berhubung isu pindaan Penilaian Tahap Kecekapan (PTK), beliau berkata Cuepacs akan menyerahkan maklum balas mengenai perkara itu kepada kerajaan pada minggu ketiga Februari ini.Katanya maklum balas itu akan diserahkan selepas Cuepacs menerusi jawatankuasa bertindak khas yang ditubuhkan oleh kongres itu bagi menjalankan kajian dan semakan berhubung butiran pindaan ke atas PTK itu untuk membuat penambahbaikan.Baru-baru ini Cuepacs menolak 40 peratus daripada keseluruhan 34 pindaan ke atas PTK yang diterima Disember tahun lepas selain mendakwa tidak diberi taklimat mengenai pengedaran pekeliling itu.-- BERNAMA

Tiada ulasan: