SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** CUEPACS DI HATI KU***Tema Hari Pekerja CUEPACS 2023 : PEKERJA BERINTIGRITI TUNJANG NEGARA MADANI*** SAMBUTAN HARI PEKERJA 1 MEI 2023

22 Januari 2009

UTARA: PERPUSTAKAAN BERHAK TAMAT KONTRAK

Berita Harian
22/1/2009

GEORGETOWN: Perbadanan Perpustakaan Awam Pulau Pinang (PPAPP) berhak menamatkan perkhidmatan kakitangannya yang berstatus kontrak, kata Timbalan Ketua Menteri II, Prof Dr P Ramasamy. Beliau berkata, satu terma perkhidmatan menetapkan bahawa kontrak seseorang pekerja tidak semestinya disambung. Sehubungan itu, katanya, keputusan PPAPP untuk menamatkan perkhidmatan 15 kakitangannya akhir bulan ini adalah sah.
"Kami (kerajaan negeri) tidak boleh berbuat apa-apa mengenainya kerana PPAPP tidak mempunyai dana mencukupi untuk membayar gaji mereka,” katanya kepada pemberita pada sidang media pengumuman pelaburan baru ke Pulau Pinang oleh Ketua Menteri, Lim Guan Eng di sini, kelmarin. Baru-baru ini, PPAPP memberi notis pemberhentian kerja kepada 15 kakitangannya yang akan berkuat kuasa akhir bulan ini, dengan alasan perbadanan itu kekurangan sumber kewangan. PPAPP mendakwa menerima peruntukan sebanyak RM8 juta daripada kerajaan negeri pada 2006 tetapi dikurangkan kepada RM5 juta, masing-masing pada 2007 dan 2008.
Kelmarin, Presiden Cuepacs, Omar Osman dilaporkan berkata, pihaknya akan membawa isu berkenaan kepada pertimbangan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, dalam tempoh terdekat. Ramasamy yang juga Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi Negeri, Pendidikan dan Sumber Manusia, Sains Teknologi dan Inovasi negeri, mengakui menerima memorandum daripada seorang yang tidak dikenali dan aduan rasmi daripada salah seorang pekerja kontrak PPAPP mengenainya. Katanya, kerajaan negeri sedang meneliti perkara itu dan tindakan yang akan dilakukan. "Saya sedang meneliti perkara ini dan akan mengumumkan beberapa tindakan lanjut yang difikirkan sesuai untuk dilaksanakan jika didapati wujud unsur tidak adil dalam penamatan kontrak itu.
"Mungkin kami boleh menyerap mereka ke jabatan lain. Itu semua sedang dipertimbangkan," katanya.

Tiada ulasan: