SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** PEKERJA CEMERLANG RAKYAT SEJAHTERA***CUEPACS DI HATI KU***

23 Januari 2009

TIMBANG KENAIKAN PANGKAT KAKITANGAN AWAM - CUEPACS

Bernama
By: Ramjit
23/1/2009



SEREMBAN, 22 Jan (Bernama) -- Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) akan mengadakan bengkel semakan gaji di Kuala Terengganu, Terengganu, pada 5, 6 dan 7 Mac ini bagi membincangkan isu kenaikan pangkat bagi lebih 400,000 kakitangan awam Kumpulan Sokongan Dua.Presidennya Omar Osman berkata rumusan mengenainya akan dikemukakan kepada kerajaan untuk dipertimbangkan."Dalam hubungan ini, CUEPACS meminta kerajaan supaya lebih terbuka dan telus dalam mempertimbangkan kenaikan pangkat kepada kakitangan terbabit. Ini kerana kenaikan pangkat kepada kakitangan ini sedikit sebanyak dapat membantu mereka memperoleh pencen yang lebih baik."Lagipun, kenaikan gaji berikutan kenaikan pangkat yang diterima mereka bukan begitu besar jumlahnya, hanya sekitar RM50," katanya selepas bertemu kakitangan awam di Wisma Negeri, di sini hari ini.Omar berkata pihaknya mendapati sebahagian kakitangan terbabit bukan saja sudah berkhidmat 20 hingga 30 tahun, malah menerima pelbagai anugerah termasuk khidmat cemerlang dan mengikuti pelbagai kursus tetapi tidak pernah dinaikkan pangkat.Katanya, tindakan menyekat kenaikan pangkat menjejas prestasi dan produktiviti walaupun ia membabitkan pekerja bawahan seperti pekerja rendah awam, pemandu, operator mesin dan pembantu am pejabat.-- BERNAMA

8 ulasan:

Myzul berkata...

Baguslah...saya J17 berkhidmat 20thn, sekarang gaji maksimum P3T26, tempoh berkhidmat lagi 16-17thn utk pencen, dah lama lulus PTK tak ada apa pun..skop kerja lebih dari seorang J17, Harap tolong kaji.

Myzul berkata...

Minta semak juga skim gaji Juruteknik kenapa skim gajinya sama macam skim gaji N17 SPM, sedangkan juruteknik kelayakan Sijil/Diploma Politeknik..Dato' Sri S. Samy Vellu perlu kemukakan isu ini tapi senyappp aje.

Myzul berkata...

pembetulan..
Dato' Sri S. Samy Vellu pernah .....bukan perlu..sorry

scarecrowe berkata...

saya turut menyokong pendapat saudara myzul.Kenapa kita sebagai kakitangan sokongan sering saja di anak tirikan,kenapa P&P saja yang selalu mendapat perhatian.Cnthnya Kenaikan elaun perumahan yang kerajaan beri kepada P&P shaja baru-baru ini, dimana keadilan pada kakitangan sokongan..P&P dilimpahi dgn pelbagai elaun-elaun..kita pulak..renung2kan.

tokkayang berkata...

saya menyokong apa yang di perkatakan oleh Myzul. sebagai juruteknik yg telah lama berkhidmat dalam perkhidmatan awam sepatutnya di beri peluang untuk kenaikan pangkat atau gaji berdasarkan prestasi yang di capai selama ini. jika perlu, pegawai tersebut bolehlah dihantar bagi mengikuti kursus-kursus tertentu bagi membolehkan ia menjawat jawatan yang lebih tinggi dan jika tiada kursus berkaitan maka perlulah di wujudkan kursus tersebut. jika keadaan ini di biarkan lama kelamaan prestasi kerja akan menurun seterusnya akan merugikan sesebuah organisasi tersebut.

tokkayang berkata...

cuba lihat lampiran ini dan renungkan....

31 October 2007
Gaji baru 25,000 juruteknik dikaji

Berita Harian


Oleh Mohd Azis Ngah

Skim dinaik taraf kerana majoriti penjawat awam gred J17 lulusan diploma politeknik

KUALA LUMPUR: Nasib kira-kira 25,000 pembantu teknik dan juruteknik di seluruh negara bakal berubah selepas kerajaan bersedia membincangkan dan mengkaji semula tangga gaji mereka mengikut Skim Juruteknik yang tidak dinaik taraf sejak 1989.

Menteri Kerjaraya, Datuk Seri S Samy Vellu, berkata kajian mengenai skim lama itu akan dibincangkan dalam mesyuarat Kabinet sebelum ia diserahkan kepada Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Sidek Hassan untuk dipertimbangkan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

Berdasarkan skim lama, juruteknik dan pembantu masih menerima tangga gaji mengikut kelayakan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), sedangkan sebahagian besar kakitangan awam dalam bidang berkenaan mengikut gred J17 adalah lulusan politeknik.

Beliau percaya JPA akan memberi pertimbangan sewajarnya berhubung isu itu tetapi pada masa sama meminta pekerja awam membuktikan kemampuan mereka setaraf dengan kenaikan tangga gaji yang bakal diperoleh.

Katanya, peluang kenaikan pangkat daripada skim perkhidmatan dalam kumpulan rendah kepada skim kumpulan lebih tinggi mengutamakan pengalaman dan kebolehan.

"Kita boleh menilai kelayakan diri sendiri sama ada bertaraf global atau tidak dan mesti berusaha membaikinya.

"Adalah penting bagi kita terus belajar dan menimba ilmu baru dan amalkan konsep pembelajaran seumur hidup. Saya sendiri sudah berumur 71 tahun masih lagi membaca untuk menambah ilmu. Kita perlu mempunyai nilai tambah dalam perkhidmatan.

"Apabila kita bincang skim itu, kakitangan awam perlu buktikan ia setimpal dengan apa yang akan mereka nikmati kerana kerajaan memang memerlukan lebih ramai pakar tempatan untuk mengurangkan kebergantungan kepada pakar asing," katanya, semalam.

Sebelum itu, beliau merasmikan Persidangan Perwakilan Tiga Tahunan Kesatuan Perkhidmatan Teknik Semenanjung Malaysia (MTSU) ke-25. Turut hadir, Presiden MTSU, Shuhaimi Othman dan Setiausaha Eksekutif MTSU, Datuk Mohd Yusop Harmain Shah.

Mengulas permintaan MTSU supaya kerajaan mewujudkan sebuah institusi latihan menggantikan Institut Kerja Raya Malaysia (Ikram) yang diswastakan, Samy berkata, kerajaan memang akan terus melatih tenaga kerja mahir tempatan bagi mewujudkan pekerja bertaraf dunia.

"Tenaga kerja negara perlu mempunyai keupayaan mereka cipta untuk lebih berdaya saing kerana ia adalah inovasi yang akan mendorong semua usaha dalam segenap aspek penghidupan ekonomi dan sosial.

"Kita perlu berupaya menangani perkembangan teknologi yang makin pesat dan sentiasa berubah kerana pengetahuan semasa latihan akan cepat menjadi ketinggalan zaman. Ilmu boleh dicari dan ditimba di mana-mana saja," katanya.

Sementara itu, mengulas mengenai tindakan Parti Progresif Penduduk (PPP) yang dianggap mengganggu serta menggugat MIC, Samy berkata beliau menganggap isu berkenaan sebagai tidak langsung memberi ancaman kepada parti.

"Jika mereka cakap ada 30,000 ahli, jangan lupa MIC ada 600,000 ahli. Ini macam nyamuk, suka kacau. Dalam politik, macam-macam boleh berlaku tetapi kita tegaskan, MIC akan tetap berpegang pada konsep permuafakatan dalaman yang diamalkan Barisan Nasional (BN).

"Mana-mana parti komponen BN pun mesti amalkan konsep ini dan patuh kepada arahan supaya sentiasa bermuafakat," katanya.

Posted by Civil Servant at 3:02 PM

Labels: Gaji, JKR

Tanpa Nama berkata...

1 malaysia rakyat didahulukan pencapaian diutamakan. Slogan perdana menteri yang sukar difahami. Siapakah rakyat yang dimaksudkan. Pencapaian apa yang diutamakan. Seorang rakan kakitangan kerajaan telah pencen setelah berkhidmat lebih tiga puluh tahun dengan penuh kecewa. Dia pencen dengan jawatan yang berasaskan gred 17 yang disandangnya dulu dengan kelulusan SPM. Grednya berubah sedikit saja setelah berkhidmat hampir tiga puluh tahun bersama kakitangan baru yang dinaikkan kegred atau jawatan yang lebih tinggi seawal 4 atau 5 tahun perkhidmatan.
Walaupun dia mempunyai ijazah master tetapi pencen dengan jawatan yang sama sejak dia mula berkhidmat iaitu jawatan sokongan 2. Dia berusaha memperbaiki tahap pendidikan dari diploma,ijazah sarjana muda kemudian ijazah sarjana(master). Segala-gala ditanggung sendiri tanpa mendapat apa-apa kemudahan seperti cuti belajar atau sebagainya dari awal sehingga akhirnya. Dengan segala tekanan dan kesusahan ditempuhinya dengan amat payah. Dia pencen dengan jawatan asal disandang tanpa dinaikkan kejawatan yang sepatutnya. Hatinya remuk. Pulanglah dia kekampungnya dengan tidak ada apa yang dibawanya melainkan kekecewaan yang tiada siapa yang tahu. Pingat cemerlang dan dinaikkan kejawatan yang lebih tinggi jauh sekali. Hanya satu yang ada iaitu kekuatan semangat ingin meneruskan mencari ilmu dengan becadang meneruskan keperingkat Phd.
Dia rakyat kecil siapa yang mempedulikan nasibnya. Akhirnya pencenlah dia dengan jawatan yang disandangnya sejak mula dilantik lebih tiga puluh tahun yang lalu. Baginya slogan PM Najib itu tidak difahaminya. Rakyat yang bagaimana didahulukan sedangkan dia sendiri kakitangan kerajaan tidak dipedulikan. Kecewa dengan kerajaan sekarang dia bertekad akan bersama-sama menjatuhkan BN yang memerintah sekarang. Walaupun dia rakyat kecil tetapi ada peranannya. Disamping berdoa dia juga seorang pengundi. Dia boleh bersama-sama dengan orang yang sedia untuk berubah. Dia boleh mempengaruhi saudara mara dan rakan-rakan yang masih belum berpendirian. Dia bukan lagi kakitangan kerajaan yang dibelenggu ketakutan dengan perintah am dan sebagainya. Dia sudah pencen. Semoga dia salah seorang rakyat Malaysia yang akan menukar kerajaan yang ada.

Tanpa Nama berkata...

Kenaikan jawatan ke lain skim, i mean flexible, cth jawatan pegawai khid.pelanggan N17 boleh dilantik ke jawatan Pembantu tadbir Kanan N22. Apa yang berlaku skrg, sekiranya terdpt kekosongan PTK N22, PKP N17 tidak boleh dilantik dgn alasan rasmi, berlainan skim jawatan sedangkan kerja2 yg dibuat oleh PKP, 100% dgn kerja2 yg dibuat oleh PTK N22 spt kerja2 kerani dan akaun.
Apa nie...??! kerajaan tak prihatin langsung.