SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** PEKERJA CEMERLANG RAKYAT SEJAHTERA***CUEPACS DI HATI KU***

02 Januari 2009

SENTRAL: ANAK KAKITANGAN DBKL TERIMA BANTUAN SEKOLAH

Berita Harian
2/1/2009



KUALA LUMPUR: Seramai 210 anak kakitangan rendah Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan ahli Kesatuan Pekerja-Pekerja Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (KPPDBKL) menerima sumbangan barangan peralatan sekolah baru-baru ini. DBKL memperuntukkan RM10,000 untuk Dermasiswa Sekolah 2009 bagi membeli barangan sekolah yang diserahkan kepada murid berumur tujuh hingga 12 tahun. Ketua Pengarah DBKL, Datuk Salleh Yusop berkata, peruntukkan itu adalah antara sumbangan DBKL untuk kakitangan berpendapatan rendah, selain tanda terima kasih atas kerjasama yang diberikan.
“Kita prihatin dengan semua keperluan kakitangan dan diharapkan bantuan ini menjadi motivasi kepada penerima supaya dapat belajar bersungguh-sungguh,” katanya. Hadir sama, Presiden Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs), Omar Osman serta Pengerusi KPPDBKL, Mohd IqbalAbdullah. Selain itu, Salleh mengingatkan supaya hubungan baik kakitangan rendah dengan atasan terus terjalin dan segala masalah diselesaikan bersama.
"Itu penting dalam sesebuah organisasi. Tanpa kata sepakat, maka tidak tercapailah matlamat organisasi memberikan perkhidmatan terbaik kepada masyarakat. “Saya juga berharap setiap kakitangan memberikan perkhidmatan terbaik serta mempunyai matlamat dalam menghadapi cabaran mendatang pada tahun 2009 ini,” katanya.

Tiada ulasan: