SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** CUEPACS DI HATI KU***Tema Hari Pekerja CUEPACS 2023 : PEKERJA BERINTIGRITI TUNJANG NEGARA MADANI*** SAMBUTAN HARI PEKERJA 1 MEI 2023

26 Ogos 2010

CUEPACS BERTERIMA KASIH KEPADA KERAJAAN ATAS BANTUAN KHAS KEWANGAN

Sinar Harian
26/8/2010



KUALA LUMPUR - Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) dan Persatuan Pesara Kerajaan berterima kasih kepada kerajaan atas pemberian bantuan khas kewangan RM500 kepada penjawat awam dan golongan pesara seperti yang diumumkan hari ini.

Presiden Cuepacs, Omar Osman berkata, pemberian bantuan khas kewangan bagi Gred 1 hingga 54 dan pesara kerajaan itu akan meringankan beban mereka ketika menyambut Hari Raya Aidilfitri bulan depan.

"Kami berterima kasih kepada kerajaan atas pemberian itu, ini sebagai bantuan sumbangan perayaan yang bakal menjelang. Kami sebelum ini memohon bonus sekurang-kurang RM1,000 atau dua bulan gaji kepada semua penjawat awam," kata ketika dihubungi Bernama, di sini hari ini.

Beliau juga berharap kerajaan akan mempertimbangkan bonus yang lebih tinggi pada pembentangan Bajet 2011 pada 15 Okt ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam satu kenyataan hari ini, mengumumkan pemberian bantuan khas itu yang akan melibatkan lebih 1.24 juta penjawat awam dan dan 590,000 pesara kerajaan.

Najib yang juga Menteri Kewangan berkata, keputusan itu diambil setelah mengambil kira kebajikan penjawat awam dan pesara kerajaan terutamanya bagi meringankan beban kos persediaan bagi menyambut Hari Raya Aidilfitri.

Sementara itu, Presiden Persatuan Pesara Kerajaan Datuk Paduka Raja Wan Mahmood Pawanteh berkata, pihaknya amat berpuas hati kerana golongan pesara tidak dipinggirkan.

"Kita ucapkan terima kasih dan menghargai keprihatinan Perdana Menteri yang mana setiap kali pemberian bonus atau bantuan khas, kerajaan tidak melupakan golongan pesara yang telah berkhidmat kepada negara," katanya.


Raja Wan Mahmood berkata, pemberian itu menunjukkan keprihatinan Najib terhadap golongan pesara selain meringankan beban yang ditanggung oleh golongan berpendapatan rendah.

23 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

kakitangan awam negeri sabah adakah
bantuan khas 500.00 kesihan betul
kami ini.

Tanpa Nama berkata...

just nak tanya kakitangan awam yg berstatus sambilan dikira dapat juga kew??

Tanpa Nama berkata...

begitulah rakyat didahulukan
pencapaian diutamakan
terima kasih malaysia.

Tanpa Nama berkata...

salam, kalau dari staf gov kontrak dr tahun 2008, then serap ttap pd 1 julai 2010, layak dapat full gak ke????n ptj mana yg bayar??

Tanpa Nama berkata...

terima kasih kepada kerajaan barisan nasional.

tp pegawai kontrak yg dh berkhidmat lebih drpd tiga tahun belum mendapat pembelaan untuk diserap ke jawatan tetap.

kalau dilihat dari segi kerja mereka, tak kan habis sampai bila2malah makin bertambah.

serap kan sahaja mereka yg kontrak dan benar2 layak selepas ditapis.

yg peliknya pengambilan pegawai tetap baru dalam jawatan yg sama masih diteruskan oleh spa dan jpa.

cuepacs sila ambil perhatian

Pegawai Kerajaan berkata...

Korang semua tak perlu tanya la dalam comment ni. CUEPACS bukan nak jawab pun. Buang masa korang je......

Tanpa Nama berkata...

woi pegawai kerajaan! ko tu bodoh ker?

Tanpa Nama berkata...

penjawat awam otu memang bodoh. dia tak paham perasaan orang lain

Tanpa Nama berkata...

pegawai kerajaan bodoh. paling tidak operator blog ni boleh kasi maklumat kt bos cuepacs

Tanpa Nama berkata...

Apa pun saya syukur dpt bantuan khas hari raya, tetapi dimedia menyebut sebagai durian runtuh, kalau media nak gempak isu ni jgn sebuh duit runtuh nanti barang naik, tapi sebut aja kelapa kering komeng runtuh barulah sesuai mungkin kalu peniaga nak naik kan barang terpaksa batalkan hasrat tu.atau memang harga barang sekarang dah tak dapat dikawal kerana akan masuk kepasaran terbuka

Tanpa Nama berkata...

Terima kasih kerajaan Malaysia... Harap-harap bajet nanti dapatlah bonus anak nak sekolah...

Tanpa Nama berkata...

Nak tanye la..
Kalau kakitangan awam yg baru masuk bekerja macam mane?
Dapat jugak ke RM500?
Sedih tahun nie beraya xde duit..
Gaji masuk hujung bulan 9..
Mintak pendapat semua..

Tanpa Nama berkata...

klu belum smpai sebulan dan masih baru dlm kakitgn awam,bleh dapat ke?sy hrp ia diambilkira.kami juga menjalankan tugas seperti penjawat yang lain....

Tanpa Nama berkata...

macam tiada BUNYI...la for staf negeri SABAH..
anak pungut kerajaan persekutuan..
biasalah...

Tanpa Nama berkata...

kakitangan baru masuk..
aaaa...
ikut formula harian...
contoh..
1 hari X 3 sen
klu masuk 17 hari di kali dengan 3 sen
sama juga 51 sen + penggenapan (kira mudah & senang) = 55 sen..
macam tulah kiraannya.

Tanpa Nama berkata...

tolong la sesape nak tanya tu jgn la tanya soalan yg x perlu ditanya.baca pekeliling bantuan khas tu kt web jpa...nak baca pekeliling pun malas ke?hadoii...

Tanpa Nama berkata...

Segala puji bagi Allah yang telah membuka hati mereka berkenaan untuk menghulurkan bantuan kepada rakyat yang memerlukan.Sesungguhnya Allah yang melembutkan hati seseorang yang telah menjadi keras.Syukur kepada Allah.Kami bersyukur sangat kepada Allah.Kekayaan adalah milik Allah jua.

Tanpa Nama berkata...

Senang je nak tutup mulut PA...umumkan jer bonus atau bantuan apa-apa,asalkan duit..seronok dan suka la depa...RM500 tu tak banyak mana pun..harga barang naik setahun berkali kali..kita kena guna barangan setiap hari...belanja setiap hari...RM500 dapat sekali jer...bukannya setiap bulan...hehehehee...dalam diam-diam PA dah kena gula-gula....

Paklang berkata...

tui br bagi 500 dh akata cinta BN la syg UMNO la... kalo bagi 1000 agakya terus sujud kat bendera BN agaknya

Mozas berkata...

Guan Eng, bonus RM400 saja ka? Negeri BN semua RM500. Selangor pun RM500? Buat malu penjawat awam Penang la. Baca sini:

http://satulimatiga.blogspot.com/2010/08/guan-eng-bonus-rm400-saja-ka-semua.html

Jom tolak pakatan haram weh!

Tanpa Nama berkata...

Alamak..
Di gantung x bertali la saya..
Satu bulan kalendar apa maksudnyer?
Saya mula bekerja 2hb Ogos 2010. Kalau sampai 31hb Ogos 2010, saya dah 30 hari keje..
Dapat ke x nie..
Runsing saya..

Ampatuan berkata...

ko kena tnya kerajaan negeri sabah pnya gomen la, yg menyibuk tanya sini nk buat apa.. aku staf negeri kedah, nasib la kerajaan negeri nak gak bg walau umno sini kecoh2 kata MB Ustaz Azizan xnak bagi sebab kedekut. xdenya anak tiri, kalo Musa Aman xmao bagi nak kata apa? terpaksa mintak kat Pairin la yee. mungkin kantung Sabah yang amat kaya tu dah disedut oleh juak2 umno x

Tanpa Nama berkata...

Semua penjawat awam perlu mengucapkan kesyukuran kepada Allah, siapa yg bersyukot insallah all swt akan tambahkan lagi nikmat tersebut. Sesunggohnya semua rezki dalam alam ini datangnya dari Allah, cuma kadang2 manusia tidak berlaku amanah, adil, bersifat tamak, kecurangan inilah menyebabkan berlakunya kepincangan hidup dalam masyarakat semuga kita kembalilah mematuhi perintah allah dan rasulnya semuga kita selamat didunia dan akhirat, amin "takbir, Allah hu akbar"