SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** CUEPACS DI HATI KU***Tema Hari Pekerja CUEPACS 2023 : PEKERJA BERINTIGRITI TUNJANG NEGARA MADANI*** SAMBUTAN HARI PEKERJA 1 MEI 2023

12 Ogos 2010

HATI-HATI DENGAN PELBAGAI PROMOSI PINJAMAN SEMPENA RAMADAN- PERSATUAN

Bernama
Oleh Noor Farhana Ahmad Norain
12/8/2010





KUALA LUMPUR, 12 Ogos (Bernama) -- Bagai 'menangguk di air keruh', koperasi dan syarikat pinjaman wang berlesen dilihat semakin galak mempromosikan pinjaman peribadi mereka bersempena bulan Ramadan dan juga jualan mega sekarang.

Slogan seperti 'Jangan ketinggalan, promosi pinjaman peribadi kami - Ramadan Special' yang menawarkan kadar faedah rendah disebar menerusi pelbagai cara termasuk internet.

Promosi serupa turut disertai sektor perbankan yang menggunakan sistem pesanan ringkas dan media massa untuk memberitahu pelanggan tentang pinjaman kecil mereka.

Bagi Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs), isu itu bukan perkara baru sebaliknya telah ramai yang 'terpikat' dan akhirnya terperangkap dengan hutang setiap kali musim perayaan.

"Daripada apa yang kita perhatikan memang ramai penjawat awam terlibat dengan hutang, tambahan pula di musim perayaan. Bila ditolak segala hutang, wang gaji yang tinggal tidak sampai 40 peratus," kata Presidennya Omar Osman kepada Bernama.

Beliau juga tidak menolak kemungkinan ramai penjawat awam akan bertindak serupa tahun ini memandangkan Hari Raya Aidilfitri dijangka disambut pada 10 Sept, iaitu hampir dua minggu sebelum gaji yang seterusnya.

"Kita bimbang apabila gaji bulan Ogos telah habis dibelanjakan untuk raya dan mereka tidak mampu menanggung perbelanjaan sepanjang September menyebabkan mereka berhutang, ambil wang pendahuluan dan sebagainya," katanya.

Justeru beliau mencadangkan agar kerajaan mempertimbangkan pembayaran gaji bulan September lebih awal bagi mengelakkan masalah itu.

Sementara itu, Setiausaha Agung Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Datuk Dr Maamor Osman berkata perbelanjaan pada bulan Ramadan seharusnya dibuat secara teliti dan berdisiplin.

"Ukur baju di badan sendiri. Adakan senarai keutamaan dan beli ikut keperluan. Dapatkan pandangan dari pihak kedua seperti pasangan dan keluarga agar tidak menyesal di kemudian hari," katanya.

Beliau mencadangkan agar setiap pembayaran dibuat secara tunai agar aliran wang keluar dapat dilihat dan seterusnya menjadikan penjawat awam lebih berhati-hati ketika berbelanja.

Setiausaha Agung Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (Fomca) Muhammad Sha'ani Abdullah pula berkata isu berhutang dapat dielakkan jika masyarakat dapat menghayati makna sebenar Ramadan iaitu mengingati nasib mereka yang tidak berkemampuan.

"Tawaran pinjaman memang banyak, tapi kalau keadaan tidak mendesak dan kita tidak perlu wang itu, jangan ambil.

"Hiasan dan perabot baru bukan benda penting. Jangan rasa rendah diri atau cemburu dengan jiran-jiran, fikir panjang sebelum buat keputusan dan jangan hidup berhutang," katanya.

Katanya, orang ramai harus bertanya pada diri sendiri sama ada mahu kemewahan tetapi dibebani hutang, atau hidup selesa tanpa kerisauan apabila kemeriahan Aidilfitri berakhir.

-- BERNAMA

30 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Bagi ler bonus !!!

Tanpa Nama berkata...

tau takpe

Tanpa Nama berkata...

bg bonus jgn le Umum, sedar2 ada dalam akuan, kan bagus, baru le peniaga tk naikan apa2

Tanpa Nama berkata...

tak pinjam macammana beb..rakyat tak cukup nak makan..

apa lagi time2 raya ni...

Tanpa Nama berkata...

Cuepacs pun sedang membuat promosi juga menuntut 2 bulan bonus. macam lah tak paham2

Tanpa Nama berkata...

macam manelah tak pinjam kalau raya jatuh tengah bulan ni bonus tak dapat alamat terpaksa pinjamlah, daripada pinjam kat saudara atau kawan2.

yang penting kalau kerajaan bagi bonus jgn lah gempar pula satu negara sebabtulah harga barang semua naik,

persolannya kalu tak gempar rakyat tak nampak kerajaan penyayang pilihanraya dah dekat ni, awas sikit

Tanpa Nama berkata...

yang gaji 9,10 ribu tu tak pe la..kami yang gaji RM1500 bersih ni nak raya pun cari baju anak kat bundle..huhuhuhu

Tanpa Nama berkata...

Kerajaan menolak permohonan Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) agar saguhati RM2,000 dibayar kepada setiap kakitangan kerajaan bagi menggantikan pemberian bonus.

Bagaimanapun 1.2 juta kakitangan awam mendapat lima lagi tuntutan yang diperjuangkan oleh kesatuan tersebut.

Lima tuntutan itu:

menaikkan elaun perumahan daripada RM180 sebulan kepada RM230,
meminta Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) menghapuskan peperiksaan Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) untuk kakitangan kumpulan sokongan I dan II (Gred 1 hingga 40),
memberikan semula elaun kritikal bagi kumpulan sokongan II yang ditarik balik pada Februari lepas,
melanjutkan umur persaraan wajib daripada 56 tahun kepada 60 tahun, dan
memperkenalkan kadar pencen mengikut perkhidmatan.

Presiden Cuepacs Omar Osman memberitahu demikian selepas bertemu perdana menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi di Putrajaya hari ini.

Yang ini bila nak selesai..Daripada PM Pak LAh hingga PM Najib..tak selesai juga..Buatlah sesuatu...jangan cakap aje..

Rahman Nanyan berkata...

sila jangan salahkan kerajaan umno-bn. PA sekarang menderita akibat pentadbiran pakatan pembangkang yang amat tidak cekap, kronisme, suka ambil komisen dan kuat membazir.

Tanpa Nama berkata...

Kerajaan BN-UMNO memang baik. PA je yg jahat. Kroni BN-UMNO je yg kaya,rakyat BN-UMNO, PA nak hidup pun puas kerja sana sini. YG BN-UMNO perintah 1Malaysia rakyat susah . sokong lagi. Tak pinjam mcm mana ceupacs oii nak TELAN pun tak berapa cukup. Nasib baik bulan puasa tak mkn siang hari. fIKIR kami sama manusia seperti engkorang juga.

tanpa nama berkata...

bonus kena bg.Kenaikan gj & elaun2 kena ada.Cola kena selaras sbb km yg duk kaw luar bndr pun mcm duduk kat bndr.Sewa rmh sini dr 350-450.Dr kediaman nak ke tmpt keje je minyak rm10 sehari gj la kck.Pg keje memg xpernh keluar pg beli.Bw bekl je.Tghr ikt perut.Bkn setkt dr sendiri..ank2 pun jd mgsa xprnh bg duit sek,bw bekl apa yg dmsk pg.Nk mkn blk tggu ptg pas sy blk keje.Gj kck mcm mana xhutg.Nk beli kete mana ada cash nk xnk beli kete hutgla.Gj PT byk manala sgt..keje bagai nk rak.Kernai rmai, tp setiap bhgn hnya ada 1 PT...mcm2 keje nk kena buat melayani grd yg tnggi.Smpai penyakit Hypertension pun dh dtg.
Kerjaan kena perihatin mslh k/tgn awam km jg rakyat malaysia.Dan km jg sush...xkan nak kena masuk BERSAMAMU.

tanpa nama berkata...

kalu dpt bonus 2bln,1bln sblm raya n 1 bln lg hujg thn...memg ringankn bebn kami yg bergaji rendah ni.Keprluan ry n keperluan sek memg sgt2 dinanti.

Tanpa Nama berkata...

BONUS DAPAT SEBELUM RAYA RM250.00
DAN HUJUNG TAHUN RM250.00 JUMLAH RM500.00

Tanpa Nama berkata...

weh...kalau kau orang felda bolehlah dapat bonus...ini PA saja...PA dah tentu kauorang dah sain akujanji...yg duduk di felda ni mana ada dia orang sain akujanji..tu yg saya kena bagi bonus pada orang felda tu...faham2 le...

Tanpa Nama berkata...

Sepatutnya kakitangan awam rasanya layak untuk terima bonus hari raya dan tambahan kenaikan gaji, disebabkan pembaziran wang negara telah berlaku begitu byk disebabkan oleh kerana rasuah yang melibatkan wang berbilion ringgit oleh pentadbiran yg tidak amanah dan pentadbiran yg tidak cekap, chontohnya PKFZ, perwaja, dan banyak lagi yang yang telah didedahkan oleh ketua Audit negara, justru itu raya ini belum tahu lagi dpt bonus, kalau dah macam ni akan darang kita tukarkan aja dgn pentadbiran yang baru, dlam ertikata laian putrajaya perlu bertukar wajah

Pemuda UMNO Bercham berkata...

jika pakatan pembangkang menang PRU-13 (walau mustahil) maka pentadbiran negara harus berpindah ke markaz pas, pkr dan dap. semua pejabat kerajaan yg dibina BN di putrajaya tidak boleh diduduki oleh pembangkang kerana bukan hak mereka. so, jgn harap putrajaya berubah wajah, bersyukurlah atas pemerintahan bn selama ni, awak merasa duduk putrajaya.

Tanpa Nama berkata...

BONUS TAHUN INI MIMPI SAHAJA, MUNGIN TIADA BONUS 2010

Tanpa Nama berkata...

sian kat kakitgn awam..mcm peminta sedekah plak mengharap huhuh

Tanpa Nama berkata...

lancau lu ..kami bukan peminta sedekah ..kami minta hak kami..
oii najib mentang2 felda kau warisi dari bapak kau ..felda juga yg kau utamakan..

Penjawat Awam Lama berkata...

Inilah dia Pak Nijib, Teringat akan pemerintahan Tun Mahathir, beliau sangat prihatin kepada Penjawat awam ini, Setiap tahun ade bonus dan wang ehsan untuk Penjawat Awam menyambut Hari Raya.
Wahai Pak Najib Prihatin lah sikit................
Kau orang tak per lah gaji dan elaun berpuluh ribu sebulan.
Fikirlah Penjawat Awam yang bergaji rendah ini.

Masih Teringat lagi akan betapa prihatinnya Era Tun Mahathir.

Kesal berkata...

Teringat akan kata-kata Pak Najib dulu, menghina Penjawat Awam yang sering meminta Bonus.

Cuepacs dapat geran kewangan sejuta..........terus senyap.

Tanpa Nama berkata...

Kalau dianalisa dizaman Dr Mahathir zaman paling loket nak dpt kenaikan gaji walaupun ekonomi baik tp beliau suka kpd projek2 mega tp walaubagaimanapun masih dapat bonus tahunan musim raya dan diakhir tahun, zaman paklah org kata paklah tidok ke tapi zaman beliaulah berjasa bagi perubahan kenaikan gaji dan elaun termasuk bonus tiap2 tahun, tapi zaman pm ni bermula zaman dapat bonus 500 dibahagi dua dan dizaman inilah sara hidup makin menekan kakitangan kerajaan yg berpendapatan rendah, dan kalau ni tak berubah rakyat(khaasnya kakitangan awam) perlulah membuat perubahan kepada memilih peminpin yg baru yg lebih perihatin akan masaalah penjawat awam ini

Tanpa Nama berkata...

Untuk pengetahuan Pemuda UMNO putrajaya tu bukan dibangunkan dgn duit parti UMNO atau duit BN tp menggunakan duit rakyat hasil negara hasil kutipan cukai dsb serta dari segi teknikalnya dibangunkan oleh kakitangan kerajaan semuanya dlm semua sistem pentadbiran telah diolah oleh kakitangan kerajaan cuma pemimpin waktu itu sebagai memberi idea saja satu sen duit dia tak keluar bahkan majlis pecah tanah projek jamuan semua gunakan duit rakyat.

Pemimpin atau parti yang memerintah hanya diberi amanah oleh rakyat mereka boleh dtg dan pergi, rakyat yg tentukannya seperti diamerika Parti Republican dan Demikrat, harta pembangunan adalah hak rakyat dibawah kuasa eksukitif Yg dipertuan Agung perlembagaan, parlimen, sistem undang2, jabatan2 kerajaan rakyat semuanya betaraf warga negara.

Justru mau tak mau adalah disarankan agar kakitangan kali ini diberi keutamaan utk diberi bonus serta kenaikan gaji bagi dpt meringkan nasib mereka disebabkan kos sara hidup terus meningkat, kesimbangan ini perlu bagi menstabilkan ekonomi negara.

Perlu ingat kakitangan kerajaanlah sebagai penyumbang utama bagi menjayakan seluruh projek2 kerajaan walaupun ada juga pihak swsta turut serta, Jasa mereka jgn diketepikan dan harus diiktiraf dalam arus pembangunan negara

Tanpa Nama berkata...

Memang benar tu kakitangan kerajaan adalah penyumbang utama dalam arus pembangunan negara dan mereka perlu mendpt pengiktirafan dgn diberi bayaran bonus tahunan terutama menjelang musim perayaan.

Tanpa Nama berkata...

kera di hutan di susukan....anak di rumah mati tak mkn......hahhahaa...2 kan pepatah melayu....betul la 2....hehehehhehee

Tanpa Nama berkata...

pak najib prihatin juga pada pekerja awam..tapi pada guru, askar dan polis saja kot...kehkehkeh...

jangan mare pak najib ye...

Tanpa Nama berkata...

orang felda nak kena jaga...tak jaga nanti diaorang tu boleh 'terpesong' pemikiran mereka...

tahu makna terpesong?

elok2 selama ini undi BN..mereka terpesong undi PR...(pakatan rakyat)...heeeeeeeeeeeee...

Tanpa Nama berkata...

Berita terbaru dapat dari kawan2 insallah bonus sebelum raya RM 1,000

Tanpa Nama berkata...

Dulu si najib kata PA tak bermoral..malu rasanya..lebih malu lagi bila diberi..separuh separuh pula tu..macam beli barang kat court mamoth..malu sangat...hina sangat...aku rasa tahun ni lagi malu kot..RM500 dibayar 5 kali...heheheheeeee..

charity white berkata...

Halo,
Ini untuk memberi tahu masyarakat bahwa Nyonya Charity White, pemberi pinjaman swasta memiliki kesempatan finansial untuk semua orang yang membutuhkan bantuan keuangan, membayar tagihan, untuk berinvestasi dalam bisnis baru atau untuk meningkatkan bisnis Anda. Kami memberikan pinjaman dengan bunga sebesar 2% kepada perusahaan dan perorangan. Ini tidak memerlukan banyak dokumen, juga syarat dan ketentuan yang jelas dan peka. Hubungi kami via e-mail: (charitywhitefinancialfirm@gmail.com) Kami akan memberikan layanan terbaik kami.