SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** CUEPACS DI HATI KU***Tema Hari Pekerja CUEPACS 2023 : PEKERJA BERINTIGRITI TUNJANG NEGARA MADANI*** SAMBUTAN HARI PEKERJA 1 MEI 2023

17 Ogos 2010

JANGAN GUNAKAN PERKHIDMATAN AWAM WADAH RAIH POPULARITI - CUEPACS

Bernama
17/8/2010



KUALA LUMPUR, 17 Ogos (Bernama) -- Ahli politik seharusnya tidak menjadikan perkhidmatan awam sebagai wadah untuk meraih populariti, kata Setiausaha Agung Cuepacs Ahmad Shah Mohd Zin Selasa.

Beliau berkata "kebelakangan ini telah menjadi satu ikut-ikutan ahli politik untuk mengkritik perkhidmatan awam apabila mereka mahu mewajarkan alasan mereka kepada para pengundi mengapa projek tertentu lewat atau ditangguhkan".

"Sering kali kelewatan (pelaksanaan projek) bukan disebabkan ketidakcekapan penjawat awam tetapi kerana faktor-faktor di luar kawalan mereka," katanya.

Beliu menjelaskan sikap suka menyalahkan orang lain perlu dihentikan dan dibiarkan kerana ia mungkin melemahkan semangat para penjawat awam.

"Cuepacs sebagai badan induk kepada 1.2 juta penjawat awam amat menyedari akan peranan yang dimainkan para anggotanya bagi memastikan pentadbiran kerajaan di setiap peringkat lancar," katanya.

Ahmad bagaimanapun bersetuju bahawa masih ada ruang untuk memperbaiki kecekapan sistem penyampaian dan para penjawat awam di seluruh negara sedang melakukan yang terbaik untuk mencapai matlamat.

"Ada kala kita melakukan kesalahan tetapi kesilapan ini kecil. Apa yang menjengkelkan adalah kebanyakan kekurangan ini diperbesar-besarkan lantas memberi gambaran negatif kepada rakyat," katanya.

Namun, pencapaian yang jauh lebih banyak daripada kekurangan jarang pula dihargai," bidasnya.

Ahmad Shah berharap media dapat menonjolkan pencapaian-pencapaian dalam perkhidmatan awam terutamanya dalam tempoh lima tahun lepas.

"Pada masa berkenaan, kami telah berjaya mencatatkan tahap pencapaian yang memberangsangkan dalam sistem pencapaian.

"Jabatan Imigresen, Jabatan Pendaftaran Negara, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Polis Diraja Malaysia dan badan kehakiman telah meningkatkan sistem penyampaian dengan amat baik," katanya.

Jabatan Imigresen, contohnya memproses permohonan pasport antarabangsa dalam tempoh dua jam dan (JPJ) hampir meletakkan kesemua perkhidmatannya secara online bagi memberikan keselesaan kepada orang ramai.

Badan kehakiman juga mewujudkan satu sistem yang berjaya mengurangkan kes tertunggak manakala polis berjaya mengurangkan jenayah dengan melakukan lebih banyak rondaan di kawasan panas, katanya.

Ahmad Shah berkata banyak lagi jabatan Persekutuan dan negeri yang telah meningkatkan sistem penyampaian tetapi tidak menjadi tumpuan ramai kerana mereka kurang atau mungkin tiada kaitan dengan orang ramai.

"Secara keseluruhannya, saya ingin menyatakan bahawa perkhidmatan awam Malaysia adalah antara yang terbaik di dunia dan ini sepatutnya menjadi kebangaan seluruh rakyat Malaysia," katanya.

Ahmad Shah memberi jaminan bahawa Cuepacs akan sentiasa memberi motivasi kepada para penjawat awam untuk meningkatkan perkhidmatan dan berharap orang ramai, media dan ahli politik melaksanakan peranan mereka.



-- BERNAMA

6 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

KENAPA PERMINTAAN BONUS UTK TAHUN INI TIDAK DIHIGHLIGHT-KAN . ROGOL ,PEMBUNUHAN DAN BUANG BAYI ITULAH PENCAPAIAN RAKYAT MALAYSIA DIBAWAH PEMIMPIN KITA .

Tanpa Nama berkata...

Hasil 1 Malaysia yang paling menonjol

Tanpa Nama berkata...

Saya menyokong orang politik boleh meraih atau menonjolkan diri dalam politik tanah air dengan isu seperti dibawah ini:

Isu kenaikan gaji kearah negara berpendapatan tinggi ini adalah merupakan Visi negara kearah negara maju pada tahun 2020, ini merupakan rancangan jangka panjang, tapi kita tidak dapat menjangkakan bilakah dasar tersebut dapat dilaksanakan, ramai yang telah bersara agaknya munkin kenikmatan tersebut akan diperolehi genarasi muda atau baru yang akan menyertai sektor awam ini.

Tetapi apa yang menjadi keharuan kepada kakitangan disektor awam ini adalah tangga gaji mereka yang tidak lagi berssuaian serta stabil dengan kos sara hidup mereka yang kian hari meningkat serta menganggu prestasi kehidupan mereka khasnya bagi yang berpendapatan rendah.

Mungkin buat masa ini kerajaan belum mampu untuk memberi kenaikan bagi membantu gulongan tersebut maka satu mekenasime baru telah berjaya diujudkan bagi membantu kepada mereka dengan membuat kerja2sampingan,

Dalam isu kerja sampingan ini kerajaan perlu ingat akan risiko akan berlaku dimana kebanyakan maklumat kerajaan akan mudah diakses atau dibawa keluar dengan mudah kepada pihak luar, terutama maklumat2 yang sebelum ini perlu dibayar kos untuk mendapatkannya.
begitu juga maklumat2 dan teknikal yang sebelum ini kerajaan telah membangunkan dengan kos yang tinggi.

Dalam isu kenaikan gaji ini kita tidak dapat memaksa atau mendesak kerajaan untuk terus melaksanakan tuntutan tersebut,walaubagimanpun kerajaan perlu melihat kesimbangannya dengan menggunakan pendekatan yang berhemah, terutama kepada projek2 yang dianggap mewah yang tidak menjana kearah pendapatan perlu ditawakufkan buat sementara waktu, sementara mengerakan projek yang berinovatif serta memberi pulangan pendapatan kepada negara terutama sekali disektor awam dan juga swasta.

Bagi sektor awam ini bagi mendapatkan keupayaan yang tingi bagi menjana produktiviti serta sistem penyampaian yang berkesan mau tak mau kerajaan perlu melabur dalam asektor ini dengan memberi keutamaan kepada kenaikan gaji mereka yang bersesuaian serta seimbang dengan kadar kos sara hidup mereka masa kini, bagaimana mungkin mereka dapat menghasilkan produktiviti serta inovatif yang tinggi dalam susana tekanan ekonomi yang menyebakan terhalang akan prestasi mereka.

Disamping itu kerajaan perlu menyediakan prasana berteknologi tinggi seta program latihan yang boleh meningkatkan mutu dan daya kecekapan disektor ini.

Tanpa Nama berkata...

he..he.. PR nampak macam BEST aje nak perintah negara nie..silakan..cuba test dulu sepenggal..kalau ada baik teruskanlah...."Getah lama dah habis susu dah ""

Tanpa Nama berkata...

kalau getah dah tak ada susu..tebang je pokok getah itu dan tanam semula dengan pokok getah yang baru..

getah baru..susu pun baru...pasti lebih memuaskan...

kehkehkehkeh...

Tanpa Nama berkata...

Tengah tunggu masa jea nie... kekadang tak yah tunggu masa... tetiba jea tumbang sendiri..

p/s :bila dah rasa bersalah !!!