SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** CUEPACS DI HATI KU***Tema Hari Pekerja CUEPACS 2023 : PEKERJA BERINTIGRITI TUNJANG NEGARA MADANI*** SAMBUTAN HARI PEKERJA 1 MEI 2023

20 Ogos 2010

KERJA LEBIH MASA IKUT PERUNTUKAN

Berita Harian
Oleh Azrina Ahzan
2010/08/19




PUTRAJAYA: Semua ketua jabatan diarah memastikan arahan bekerja lebih masa dikeluarkan kepada pegawainya hanya apabila sesuatu tugas itu benar-benar perlu dilaksanakan mengikut peruntukan. Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Datuk Seri Abu Bakar Abdullah, berkata mengikut Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 9 Tahun 1991, arahan bekerja lebih masa hanya boleh dikeluarkan apabila keadaan memerlukan pegawai terbabit berbuat demikian.

Antaranya, kerja kecemasan yang membabitkan pemulihan gangguan perkhidmatan, kerja penting yang tidak boleh ditangguhkan kerana khuatir boleh menjejaskan perkhidmatan, kerja yang perlu dilakukan seseorang pegawai melebihi bidang tugasnya dan kerja yang perlu diuruskan dalam jangka masa terhad.

Mengikut Perintah Am 11 Bab G, pegawai boleh diarah bekerja lebih daripada masa bekerja biasa yang ditetapkan dan mereka boleh diberi bayaran lebih masa atau cuti gantian jika mereka mempunyai sembilan jam tempoh bekerja lebih masa. Bagaimanapun, ketua jabatan perlu memastikan arahan bekerja lebih masa dikeluarkan bila sesuatu tugas itu benar-benar perlu dilakukan. Mereka juga perlu memastikan jabatan mempunyai peruntukan kewangan mencukupi bagi membayar bayaran lebih masa, katanya dalam surat edaran bertarikh 11 Ogos lalu yang dipaparkan di laman web jabatan itu, semalam.

Surat edaran itu bertujuan memberi penjelasan mengenai keperluan bekerja lebih masa dikeluarkan ketua jabatan kerajaan yang sejak kebelakangan ini menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan pegawai terbabit. Ada kes apabila pegawai yang diarah melakukan kerja lebih masa tidak dibayar bayaran kerana kekangan peruntukan kewangan, sebaliknya diberi kemudahan cuti gantian. Malah, Februari lalu Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) dilaporkan menuntut kakitangan awam diberi bayaran tunai untuk kerja lebih masa berbanding cuti rehat.

Setiausaha Agungnya, Ahmad Shah Mohd Zin dilaporkan berkata, hampir 50,000 kakitangan sokongan pelbagai jabatan kerajaan dan badan berkanun diberi cuti rehat untuk kerja lebih masa sejak Disember tahun lalu
.

8 ulasan:

2bz4money berkata...

Peringatan KPPA tersebut adalah amat wajar sekali dalam memastikan Ketua Jabatan sentiasa menyemak kedudukan kewangan mereka sebelum komit tugasan lebih masa. Jelas sekali peruntukan lebih masa pada OS14000 (ELM) tidak dibenarkan dilakukan sebarang pindah peruntukan kepadanya dan penggunaanya amat terhad untuk 'keperluan mendesak'. Budibicara Ketua Jabatan mungkin boleh digunakan untuk menukar bentuk ELM kepada 'time off' sekiranya telah kehabisan peruntukan OS14000 dan perkara ini perlu dijelaskan kepada pegawai yang diarahkan melaksanakan tugas lebih masa tersebut.

Tanpa Nama berkata...

cuba lihat kiraan formula lebih masa.......


Gaji Pokok x 12bulan
---------------------
313 x 8 jam


napa kiraan ini belum diubah lagi..... 313 hari bekerja(itu dulu)
8 jam (pun dulu punya)

Tanpa Nama berkata...

Alaaaa...apa nak di hairan dan terkejutkan dengan benda-benda lama ni bro...memang itu lah amalan JPA..tak pernah prihatin...bapak presiden pun macam tunggul kayu je...cuba tengok balik elaun PAR dan PRA...masih lagi menggunakan tuntutan elaun basikal..logik ke tu..memang sakit hati betui la....

Tanpa Nama berkata...

bukan apa...kat malaysia ni serba serbi ketinggalan dah...

kerajaan kena semak la..ubah cepat2...

jangan hanya tunggu komplen presiden cuepacs baru nak ambil tindakan...kerajaan sendiri kena peka la...

pandangan...

Tanpa Nama berkata...

aku kalu boleh nak je ajak mereka yg kat atas bertugas pada setiap hujung minggu, merasa panas dan hujung, keluar duit belanja. lepas tu nak claim org tak bagi, ambil cuti ganti je, sanggup nak tinggal pejabat semata-mata nakm ambil cuti ganti. tu pun kalu boleh cuti seminggu.cuti rahat pun tak terusik. pikirlah tentang isu bayaran tunai ini bukan sebagai isu picisan. bayarlah upah pada PA yang buat kerja hujung minggu, janganlah siksa mereka dengan alasan tak ada peruntukan, PA buka buta IT atau x tahu baca, sana sini ada je peruntukan untuk memenuhi hati rakyat, hati PA sapa ambil tahu?

Tanpa Nama berkata...

Inilah Contoh nyata 1 Malaysia dan juga ciri2 utama Negara Maju Versi Malaysia

Tanpa Nama berkata...

terlebih sudah.....oppp... kena ambil cuti gantilak......tnt kena had lak.....lebih tu kena masuk tambung mana?.....PA ni pekerja yg dipaksa kerja pada setiap hujung minggu.menurut perintah.......KALU X KENA TUKAR....kebajikan PA dipertaruhkan demi tugas....?

Tanpa Nama berkata...

macam mana pulak dengan pegawai yang saja datang lewat dan pulang lewat setiap hari kononnya dengan menggunakan alasan yang sama (kerani yang bekerja di Sekolah) - sedangkan tiada arahan dari pihak atasan.