SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** CUEPACS DI HATI KU***Tema Hari Pekerja CUEPACS 2023 : PEKERJA BERINTIGRITI TUNJANG NEGARA MADANI*** SAMBUTAN HARI PEKERJA 1 MEI 2023

21 Ogos 2010

MINDA PENGARANG: CUEPACS PERLU LEBIH BERTIMBANG RASA ISU BAYARAN LEBIH MASA

Berita Harian
2010/08/21





PERMINTAAN CUEPACS supaya kerajaan membayar 70 peratus tunai dan 30 peratus cuti gantian untuk kerja lebih masa bagi kira-kira 450,000 kakitangan kumpulan sokongan yang memperoleh gaji di bawah RM1,500 sebulan pastinya disambut baik pekerja sektor awam dalam kategori ini. Ini adalah antara cadangan penyelesaian CUEPACS berhubung rasa tidak puas hati ahlinya yang diarah bekerja lebih masa oleh lebih 40 ketua jabatan yang tidak dibayar tunai kerana kekangan peruntukan kewangan, sebaliknya diberi kemudahan cuti gantian. Kita percaya kerajaan melalui Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) memahami hasrat CUEPACS ini dan akan menimbang pendekatan terbaik untuk mewujudkan keadaan ‘sama-sama menang’.

Bagaimanapun, dalam membuat desakan sebegini, sewajarnya CUEPACS meneliti terlebih dulu kemampuan kewangan kerajaan ketika ini, selain memastikan hak kakitangan awam dalam kumpulan lain, termasuk profesional turut diberikan perhatian sama. Penumpuan berlebihan ke atas sesuatu kumpulan pekerja sektor awam boleh mewujudkan perasaan kurang senang dalam kalangan kelompok lain, sekali gus menyebabkan kelancaran perjalanan pentadbiran awam terjejas. Tidak dinafikan kakitangan termasuk pemandu, pekerja rendah awam, pembantu am pejabat, pekerja bengkel, pekerja teknikal dan pembantu rawatan kesihatan lebih memerlukan pembelaan kewangan daripada CUEPACS, namun sumbangan semua kakitangan awam kepada negara tidak boleh dipinggirkan. Jika CUEPACS sebelum ini melihat tindakan ketua jabatan menggantikan kerja lebih masa dengan kemudahan cuti gantian untuk kakitangan kumpulan sokongan sebagai melunturkan semangat pekerja dan boleh menjejaskan produktiviti, sewajarnya ia juga memikirkan kesan sama dirasai kumpulan profesional yang ketika ini langsung tidak dibenarkan membuat tuntutan lebih masa atau tuntutan perjalanan. Kelmarin, Presiden CUEPACS, Omar Osman mengemukakan dua syor kepada kerajaan supaya membayar kerja lebih masa kepada kakitangan kumpulan sokongan dua Gred 1 hingga 16 iaitu diberi 70 peratus tunai dan 30 peratus cuti gantian dan cara kedua ialah bayaran tunai diberi secara tertunggak seperti diamalkan di Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Sehari sebelumnya, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Datuk Seri Abu Bakar Abdullah, berkata mengikut Perintah Am 11 Bab G, kakitangan boleh diarah bekerja lebih daripada masa bekerja biasa dan boleh diberi bayaran lebih masa atau cuti gantian jika mempunyai sembilan jam tempoh bekerja lebih masa. Arahan itu hanya boleh dikeluarkan apabila sesuatu tugas itu benar-benar perlu dilaksanakan mengikut peruntukan. Kita yakin masalah tuntutan bayaran kerja lebih masa yang timbul di antara ketua jabatan dan kakitangan ketika ini tidak akan menjejaskan mutu perkhidmatan awam kepada rakyat. CUEPACS dan kakitangan awam perlu bertolak ansur dan bertimbang rasa dalam soal ini kerana sebarang keputusan oleh kerajaan membabitkan peruntukan kewangan tambahan akan mengambil masa untuk diteliti dan mengambil kira kesannya kepada ekonomi negara. Yang pasti, kerajaan akan turut mengambil kira kepentingan kakitangan awam sebelum membuat keputusan membabitkan masa depan mereka.

Adalah tidak wajar, terutama CUEPACS melihat isu kerja lebih masa ini sebagai satu eksploitasi ke atas kakitangan awam, sedangkan kerajaan seboleh-bolehnya mahu memenuhi setiap permintaan dikemukakan kesatuan terbabit. Hakikatnya, ketika ekonomi negara kukuh dan kedudukan kewangan kerajaan baik, kerajaan tidak pernah mengabaikan kebajikan pekerja sektor awam, termasuk menyediakan pelbagai insentif dan ganjaran sebagai galakan untuk terus kuat bekerja.

20 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Kakitangan profesional di tmpt kami, memanglah tidak perlu membuat tuntutan kerja lebih masa sebabnya, kaaami yg diarah berkerja hari sabtu dan ahad bukannya dorang, dorang nie hari sabtu dan ahad dirumah bersama keluarga, bersiar-siar.
Keluarga kumpulan kami pula yg tunggang langgang..

wiratua berkata...

xde kakitangan profesional yg datng sabtu dan ahad untuk bekerja, penulis ni kalau tak tahu jangan cakap, kononnya bila dpt tulis kat surat khabar dia adalah seorang yang hebat, inilah salah satu cara golongan sokongan menambah pendapatan, terlalu jumud pemikiran penulis kerana melihat dari segi ini (tulisan penulis)

"Bagaimanapun, dalam membuat desakan sebegini, sewajarnya CUEPACS meneliti terlebih dulu kemampuan kewangan kerajaan ketika ini, selain memastikan hak kakitangan awam dalam kumpulan lain, termasuk profesional turut diberikan perhatian sama. Penumpuan berlebihan ke atas sesuatu kumpulan pekerja sektor awam boleh mewujudkan perasaan kurang senang dalam kalangan kelompok lain, sekali gus menyebabkan kelancaran perjalanan pentadbiran awam terjejas.

adakah kerana ketidakpuasaan kakitangan profesional boleh menyebabkan kelancaran tergganggu, untuk makluman, pengambilan cuti ganti masa yang berlebihan juga mengakibatkan benda yang sama, lebih malang lagi apabila tidak dibenarkan cuti apabila dimohon, jika tiada peruntukan tak perlu arahkan kerja lebih masa, sebab yang mengarahkan pun kakitangan profesional, so jangan memandai kalau tak tahu ape crite sebenarnya walaupun komen saya ni mengundang ketidakpuasan kakitangan profesioanal, lgpun kakitangan "profesioanal" ini sepatutnye berfikiran lebih profesional dari kami yang selalu dituduh tidak profesional dan lebih malang tidak matang, selalunye pun semua tuntutan dari golongan sokongan seperti kami pihak "profesional" ini pun merasa sama sebab diaorng ni pun selalu nye ibarat berbadan harimau berjiwa tikus, profesional la kakatakan.

smn berkata...

Sebenarnya kakitangan profesional tidak memerlukan sangat elaun lebih masa , sebabnya gaji banyak dah! kena kerja kuat la nak naik pangkat 44,48,52,54,jusa...!
Pegawai yang merananya hok dok tengah nii.. sokong habis-habisan tak bagi Boss rebah!! memang layak ditimbangkankanla sedikit sebanyak elaun lebih masa tuu!!
Kalau tak bagi 70% pun bagi 50% pun dah bagus..!!

Tanpa Nama berkata...

bini x kerja tanya,bang x dapat bonus ke bang,sakit jiwa dibuatnya,kalau x dapat tahun ni dah 2 kali x dapat.

gred 44 je berkata...

Dia orang hanya pandang polis. askar dan felda aje... kenaikanla... bonusla... duit rayala... kita sekadar nyanyi lalalalalall bagi kebenaran guru masuk politik untuk apa? Nak tau siapa sokong BN siapa sokong pembangkang. Perangkap ni...

gertak berkata...

pendapat org yg x pernah buat ot, selalunya xleh pakai. bukan 70 atau 50% yg jadi isu tapi, istilahnya PA yg dah buat kerja lebih masa @ ot, biarlah dihargai dgn sedikit imbuhan berupa bayaran tunai. transfomasi apa yg PA dpt, hakikatnya kebajikan PA nak trans. pun bagai2 alasan, tu nak pegi pendapatan tinggi, naik gaji pun x seberapa. jadi PA tetap mcm tu, swasta mungkin merasa kemewahan itu. kenapalah susah sngat utk kerajaan dan sewaktu dengannya nak luluskan pembayaran tunai pada PA. PA bukan berkira, tapi bayangkan kalu setiap hujung minggu bertugas. semuanya untuk menyampaikan wadah kerajaan, tapi apa yg PA bertugas dpt. cuti gantian dan tiada peruntukan kewangan, tak turun tak boleh dah jadi tugasan. susah sangatkah cuepacs dlm memperjuangkan nasib PA dlm isu bayaran tunai ini, lg pun bukan semua PA yg buat OT, jab @ agensi tertentu je. berilah peruntukan yg sewajarnya kepada PA dibarisan hadapan, melaksanakan program dan kempen kepada masyarakat pada setiap hujung minggu. mungkin org ingat PA ni OTnya kat opis je, bagaimana yg mrk bertugas diluar, tanpa sebarang elaun mcam agensi berunifrom. bayaran tunai ini serba sedikit meringgan beban PA yg hidup dibandar besar. gaji 1500 ke 5000 di pusat bandar bukanlah besar sangat, tapi kalu tengok seketul tu memanglah besar, tapi hakikatnya, tolak kos hidup dan keperluan berapa yg tinggal? selagi tiada arahan dari pihak kerajaan JPA tetap pakai Perintah Am 11 Bab G, yg semengnya tak memihak kepada PA.

Tanpa Nama berkata...

pendapat org yg x pernah buat ot, selalunya xleh pakai. bukan 70 atau 50% yg jadi isu tapi, istilahnya PA yg dah buat kerja lebih masa @ ot, biarlah dihargai dgn sedikit imbuhan berupa bayaran tunai. transfomasi apa yg PA dpt, hakikatnya kebajikan PA nak trans. pun bagai2 alasan, tu nak pegi pendapatan tinggi, naik gaji pun x seberapa. jadi PA tetap mcm tu, swasta mungkin merasa kemewahan itu. kenapalah susah sngat utk kerajaan dan sewaktu dengannya nak luluskan pembayaran tunai pada PA. PA bukan berkira, tapi bayangkan kalu setiap hujung minggu bertugas. semuanya untuk menyampaikan wadah kerajaan, tapi apa yg PA bertugas dpt. cuti gantian dan tiada peruntukan kewangan, tak turun tak boleh dah jadi tugasan. susah sangatkah cuepacs dlm memperjuangkan nasib PA dlm isu bayaran tunai ini, lg pun bukan semua PA yg buat OT, jab @ agensi tertentu je. berilah peruntukan yg sewajarnya kepada PA dibarisan hadapan, melaksanakan program dan kempen kepada masyarakat pada setiap hujung minggu. mungkin org ingat PA ni OTnya kat opis je, bagaimana yg mrk bertugas diluar, tanpa sebarang elaun mcam agensi berunifrom. bayaran tunai ini serba sedikit meringgan beban PA yg hidup dibandar besar. gaji 1500 ke 5000 di pusat bandar bukanlah besar sangat, tapi kalu tengok seketul tu memanglah besar, tapi hakikatnya, tolak kos hidup dan keperluan berapa yg tinggal? selagi tiada arahan dari pihak kerajaan JPA tetap pakai Perintah Am 11 Bab G, yg semengnya tak memihak kepada PA.

Tanpa Nama berkata...

moga PM dpt membantu dlm isu pembayaran tunai ini. bila dah dibiarkan ianya makin berlarutan, PA tetap dinafikan pembayaran tunainya. alasan biasa ketua jabatan : tiada peruntukan dan ambil cuti gantian. senang je jawapan nya, memanglah mereka tak rasa sebab mereka gaji besar. cuma terfikir ada ke mana agensi atau syarikat selain kerajaan yg suruh pekerja buat kerja tapi tak bayar upah, ambil cuti gantian je. kalu ada tolonglah war-warkan. kenapa bila peruntukan tak cukup tak ditambah, mungkin sebab mereka pikir tak apalah PA, buat tak kesah je. mana ada dalm parlimen org bising-bising tentang kebajikan PA, wakil rakyat pun x nampak isu ni penting untuk undi mereka. jadi isu mungkin akan sepi macam selalu tanpa pembelaan yang sewajarnya. cuepacs pun tak tahu isu ni tahap mana nak diperjuangkan, tulah timbul 70% tu, bukan nak desak kerajaan bayar ot, tapi PA lak kena bertimbangrasa. apa selama ini PA x bertimbangrasa ke? siarkanlah permohonan ot bayar tunai ini sebagai perjuangan CUEPACS yang berterusan selagi tiada jln penyelesaian, siarkannya sebagai mana isu bonus dan pendahuluan 1000 tu, biar nampak cuepacs benar-benar serius dlm perjuangan nasib PA, bukan bila hujung tahun dan raya je.isu ini akan kekal berterusan tanpa pembelaan jika cuepacs hanya bising sambil lalu je. pikir-pikirlah.

Tanpa Nama berkata...

ot x bayar, ot bayar tak sampai sparuh dr gaji, ot ganti cuti ganti, ot hanya lepas waktu pejabat je, ot hujung minggu claim cuti ganti, ot dihadkan, ot tak dpt bayar sebab tiada peruntukan, ot hanya 17 kebawah je layak claim.
Itulah sebahagian cara PA dilayan bila bab pembayaran tunai OT, lain ketua lain kepala, lain jabatan @ agensi lain caranya.
Sekarangpun TNT (elaun perjlnan) pun dah dinafikan hak PA. alasan sama je tiada peruntukan. tu yang hadkan bayaran TNT RM 100 je.
Apa cuepacs x sedar nasib PA yg dinafikan hak mereka apa entah lagi kebajikan mereka yang terpaksa bertugas hujung minggu 7-8 jam, masih lagi ke sesuai hanya dibayar dengan upah cuti gantian. berilah pendptan sampingan kepada PA dengan cara ini, kurang-kurang dptlah menampung kos sara hidup yg sememnagnya tinggi. cuepacs jengok2 dan periksalah agensi atau jabatan yg menghadkan bayaran ot dan tnt ini dan mungkin tak bayar langsung. turunlah kebawah, barulah tahu apa cerita sebenarnya.....

Tanpa Nama berkata...

susah sangat....kita tukar Omar.

Isaac Newton berkata...

tukar pak jib la lg best, sebab alang kita semua x bermoral dan berpijak di bumi nyata semata2 minta bonus,makla dengan umno sekali kita kapankan

Tanpa Nama berkata...

Ya Allah Ya Tuhanku...bukakanlah hati sinajib untuk menerima permintaan ahli-ahli di bawah kepimpinan si omar...amin....

Tanpa Nama berkata...

ok gak la leh OT n claim..dri xde lnsung cm sy..huhuhu

Tanpa Nama berkata...

benda mudah je....kita wat keje lebih masa kita patut di bayar...kalau kita pegi mana2 n tak dapat elaun perjalanan seperti kakitangan profesional tak payah pegi....cakap je, kalau pegi ni perbelanjaan perjalanan saya macam mana???ingat sket kakitangan profesional, korang semua makan gaji macam kami, kalau korang yang bg gaji kami leh terima, ini korang pun makan gaji,...so sama2 kena adil...

Tanpa Nama berkata...

diaorang ingat cuepacs tak buat kajian ke sebelom kuar statment...malas nak cerite lebih2...org yg komen nie sempit sangat pemikirannya...nianak kata bodo marah bila dicakap bangang semyum pulak...

Tanpa Nama berkata...

Nak bayar lebih masa macamana?????? bonus pun mungkin tahun ke-2 tak dapat. Anak umur 3 tahun pun tanya ....Bahhhh bila boleh bonus.. adik nak baju baru..Eeeee kesiannya.. nantila kita beli dengan duit raya adik.. alai hai keciannyaaa....

Tanpa Nama berkata...

Aku rasa begitu "TIDAK BERMORAL" kerana mintak BONUS...Dalam fikiran aku.."UNDILAH LAGI MASA PRU13 NANTI"..Sesungguhnya aku ini "MUDAH LUPA"bila dapat BONUS dekat-dekat PRU13 nanti..nanti aku akan kata "UNDILAH LAGI"

Tanpa Nama berkata...

OT......bilalah nak selesai.....JPA?

Tanpa Nama berkata...

Kenapa kita tak tau bersyukur??? Sbg peg penyelia, sedih sebab yang claim OT tak betul...punch card dtg...tapi hilang...dekat waktu balik... timbul...punch card balik. Mmg byk claim...Penyelia tegur...melenting...tak boleh bayar...riuh...tapi buat kerja tak betul...???...Tingkatkan produktiviti bukan provokasi...Bonus??? Syukurlah masih ada kerja dan gaji. Kerja adalah amanah dan ibadah...Ukur baju dibadan sendiri...Balik lewat, pergi off juga jika perlu wpun x dibayar OT. Kekadang pengorbanan kakitgn prof...orang bawah x nampak dan kami x perlu canang...
Musykil mcm mana pbangkang nak selesaikan masalah mcm ni...pernah ka tanya???

Tanpa Nama berkata...

claim ot x betul sebab penyelia x pandai nak pantau, byk cara boleh disemak tentang tugasan ot....yg payahnya bila org buat keja x bayar. apa guna jadi penyelia kalu x tahu nak selaraskan....cuba pikir. apa nasib pa yg buat ot atas arahan, bukan suka2balik lambat...hanya bayar cuti ganti dan tnt pun dihadkan. apa pergerakan pa pakai air ke, anak bini dpt subsidi ke nak makan.