Bernama
25/8/2010
KUALA LUMPUR, 24 Ogos (Bernama) -- Pemuda Barisan Nasional (BN) pada hari Selasa menggesa kerajaan menyegerakan penetapan gaji minimum sebagai menyokong matlamat menjadikan Malaysia sebuah negara berpendapatan tinggi.
Pengerusinya Khairy Jamaluddin berkata, sekiranya perkara itu tidak dimuktamadkan dengan segera, maka agak sukar untuk mencapai matlamat negara berpendapatan tinggi yang adil, saksama serta tiada jurang pendapatan yang begitu ketara.
"Kita mendapati melalui kajian kita pada waktu ini, 34 peratus daripada 1.3 juta pekerja di Malaysia mendapat pendapatan kurang daripada RM700 sebulan, iaitu pendapatan yang lebih rendah daripada garis kemiskinan (RM720 sebulan).
"Berdasarkan kepada kajian yang telah dibuat oleh Bank Dunia pula, Malaysia telah mencatat kenaikan gaji purata 2.6 peratus setiap tahun dalam tempoh masa 10 tahun yang lepas, berbanding dengan purata dunia iaitu 3.2 peratus.
"Kalau kita lihat dari segi gaji minimum juga, umum tahu bahawa 90 peratus daripada negara di dunia ini telahpun memperkenalkan beberapa bentuk gaji minimum," katanya kepada pemberita selepas bertemu pemimpin Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) dan Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) bagi membincangkan isu berkenaan di sini.
Khairy berkata Pemuda BN dengan kerjasama MTUC dan Cuepacs, akan menganjurkan "Forum Gaji Minimum" dalam masa terdekat dan segala ketetapan serta resolusi yang dihasilkan akan diserahkan kepada kerajaan supaya isu tersebut dapat ditangani dengan kadar segera.
"Pada waktu ini, masih terdapat banyak kes yang mana soal gaji ini tidak mencerminkan gaji yang boleh menampung kos sara hidup biasa, maka kita percaya bahawa isu ini telah menjadi terlalu mendesak.
"Apabila gaji itu tidak meningkat mengikut peningkatan kos sara hidup ataupun inflasi, maka akhirnya rakyat Malaysia menjadi lebih miskin, bukannya lebih berpendapatan tinggi.
"Jadi, atas kesedaran itu, hari ini Pemuda BN mencadangkan kepada pihak MTUC dan Cuepacs agar kita menganjurkan satu forum gaji minimum yang kita harap akan dapat dihadiri Perdana Menteri atau Timbalan Perdana Menteri," katanya.
Beliau juga berharap soal gaji minimum akan dapat diselesaikan sebelum dasar Model Baru Ekonomi diperkenalkan Oktober ini.
"Tiada gunanya mempunyai Model Baru Ekonomi bila satu aspek penting iaitu gaji minimum tidak ditangani, diperhalusi dan dilaksanakan oleh kerajaan," katanya.
Dasar gaji minimum dijangka dibentangkan di Kabinet pada akhir Oktober ini.
-- BERNAMA
22 ulasan:
Benar seperti dikata... Harapan agar terlaksana bukan sekadar retorik politik atau khabar tak kesampaian
Negara berpendapatan tinggi untuk yang gaji tinggi bolehla yang bawah bawah ni ibarat peminta sedekah sekolah je tinggi tapi fikiran macam????
gaji tinggi pun tak guna kalau harga barang pun tinggi, orang kampung jadi mangsa nanti.
Terima kasih Khairy Jamluddin....bawalah perkara ini ke tangah....kita PA ni dah lama sangat tunggu.
KAKITANGAN AWAM KEBANYAKANNYA TELAH BERALIH KEPADA PIHAK PEMBANGKANG.INI ADALAH KERANA LAYANAN YG BERBEZA YG TELAH DITUNJUKKAN OLEH PM SENDIRI.SEBAGAI CONTOH TUN MAHADIR..TUN TIDAK PERNAH MENGECEWAKAN KAKITANGAN AWAM BILA MENJELANG PERAYAAN.WALAUPUN NEGARA GAWAT,PEMBERIAN BONUS TETAP DILAKUKAN BAGI MENJAGA KEDUDUKAN SEKTOR AWAM DLM GOV.APA AKAN JADI SEKIRANYA UNDI POS YG DIWAJIBKAN OLEH SEKTOR AWAM DIHAPUSKAN..FIKIR2KANLAH.
itu cakap saja lama dah beritahu mahu cakap segerakan penetapan gaji minimum terutama sekali gaji PA
Kalau Pemuda BN mahu sokongan dari kalangan PA naikan gaji PA dan yg. mana gaji setaraf dengan kelulusan akademik PA, Kalau seorg PA itu Diploma beri tangga gaji Diploma itu Gred 27 dan berkelulusan Ijazah beri tangga gaji Gred 41 tak payah naik pangkat asalkan gaji setaraf dgn kelulusan mereka barulah PA 100% sokong BN nanti
Tak payah bagi PA apa2 bonus asalkan kerajaan dapat segera membuat perubahan terutama selaraskan semua gaji PA ke taraf yg lebih tinggi dan bersesuaian dengan kelulusan akademik PA jangan buat banyak kerenah birokrasi dgn buat bermacam2 helah. Saya harap PM pun buatlah tranformasi atau perubahan terhadap gaji PA.
Jangan saja asik menyuruh PA buat perubahan dlm perkhidmatan mereka tapi gaji diberi tidak cukup makan dan tidak setimpal dgn kebolehan @ kelulusan PA
Saya sanjungi Pemuda BN kalau dia dpt merelasasikannya kerana kami PA sekarang ramai yg berkelulusan tinggi ada degree tapi masih bergred gaji 17
harap impian itu tidak tinggal impian mak jenin Pemuda BN
Saya sokong usaha anda. KPI bro..periuk nasi kene mantap, baru semangat keje. Kalu barang2 keperluan asyik naik, dan naik..gaji kecik, tak seimbang dah..maka terjadilah inflasi..renung2 lah wahai pemimpinku yg bijaksana.
kalau setakat buat kajian tak dibuat apa2 tak guna geng.....bertahun2 masih dalam kajian.....ha....lu fikir sendiri.....
Bagi pendapat saya bukan tetapkan gaji minimum tapi pelarasan semula bagi semua kategori. Contohnay jika gaji permulaan PA paling rendah RM 1500 (PMR) RM2500 (SPM) RM3500 (STPM) RM4500 (DIPLOMA) RM5500 (IJAZAH) dan seterusnya.
Saya tak mahu hanya gaji permulaan terendah saja dinaikkan tapi yang di tengah-tengah statik. Akhirnya yang bawah sondol yang atas.
INI CONTOH SAHAJA DAN TAK MUNGKIN BERLAKU.
bila agaknya gaji PT/CC nak potong PTD atau cikgu? ini kerana kami kerja lebih usah dan intlek berbanding mereka
apa yang penting gaji mesti ikut akademik seseorang,sebagai contoh seseorang itu bekerja sebagai kerani dengan Gred N17,tetapi akademik tertingginya adalah ijazah,so seolah2 tidak adil baginya mendapat gaji setaraf SPM,sedangkan dia mungkin dibebani hutang PTPTN Ijazahnya yang terpaksa dibayar setiap bulan..fikir-fikirkanlah...
Dah tau kelulusan tinggi pegi mintak kj kerani pasai apa? dah kj kerani dpt gaji kerani la! masa nk mohon kerja dulu xpikir ke.sedar atau tidak korg dah rampas hak yg punya kelayakan spm shj bila korang mohon jawatan kerani tuh! dah dpt kj xtau nk bersyukur...banyak songeh lagi!
kalo seorang tu ada degree, tapi kerja driver maka dapat gaji griver laa..
kalo gaji ikut kelulusan, aku nak benti jadi cikgu nak apply tukang kebun plak lah sebab gaji tetap sama degree tapi tanggungjawab kurang byk.
kalau gaji ikut kelulusan aku nak tukar kerja lah, jadi tukang kebun je tanggungjawap tak lah berat sangat dapat keluarkan peluh lagi tak payah nak joging hujung minggu ha..........
Semasa mohon dulu tu Bro. /sis.hanya ada SPM saja dan dpt kerja kerani @ Driver sekarang sudah dpt degree dgn usaha sendiri
Tak payah cakap banyak lu org fikir kerja tukang kebun tu senang kah berpanas potong rumput. Kamu org jangan fikir kerja tukang kebun tu senang saja. hanya gaji kami saja yg rendah tapi otak kami pun ada yg berasap dan dpt juga Ijazah
Kamu org kerja besar tu duduk saja atas kerusi berhawa dingin tanda tangan saja surat lain kerja kamu suruh org bawahan yg buat gaji saja besar.
kamu fikir cikgu saja yg pandai buat kerja dan dpt maju PA kerja lain tidak pandai kah Bro. walaupun dia tu Driver, tukang kebun PAR mereka pun berotak mempunyai fikiran sekarang ramai PA jawatan rendah yg ada Ijazah malahan ada yg ada Master degree bodoh punya org tidak berfikir dulu sebelum cakap
Ni mahu minta golongan kami ni terbela dgn kerajaan
Kalau dah tau bijak..pandai..berhentila jadi tukang kebun, berhentila jadi kerani..pi la cari keja yang setaraf dengan kelulusan anda sekarang..apply la keje yang lebih baik.. usaha & jgn merungut.
.. aku sokong 100% ..tak pernah aku dengarla driver, tukang kebun yang bercita - cita tinggi sampai amik master degree!! kerani pun tak pernah jugak.. kalau da ada diploma, degree minta kerani memang ramai....sangat.. sembunyi kelayakan masa minta kerani sebab nak keje..hahaahha.. hebat2.. suruh diorang2 tulis surat kat PM minta gaji master ek.. kekekeke
sebenarnya kebanyakan kerani mahupun kakitangan awam skang ambil PJJ (Pendidikan Jarak Jauh) di universiti tempatan dengan harapan untuk merubah ekonomi dorg kepada yang lebih baik,salahkah golongan 17 buat PJJ dan ingin memiliki ijazah mahupun diploma?ini buka soal golongan ijazah rampas jawatan golongan SPM,jadi pkir2kanlah...x semua orang bernasib baik mampu memiliki jawatan setaraf dengan kelulusan dorg,pada yang jadi pegawai tu janganlah terlalu ego dengan jawatan yang anda sandang sekarang...contoh yang dapat dimabil adalah jawatan PA,sekiranya dia mempunyai diploma,dorg akan terus menerima anjakan gaji dan gred ke gred 27.
setuju....sama kes macam aku,aku ada diploma dan aku apply gred 29 tapi dapat temuduga jawatan 17,so salah ke kalau aku g ke jawatan 17 tu?aku bersyukur walaupun aku minta 29 tp ditawar 17,aku bukan niat nak rampas jawatan golongan SPM,sekarang aku tengah berusaha apply KPSL dan attachkan diploma aku untuk jawatan 29 pada masa sama aku buat PJJ untuk ijazah aku....lagipun aku bukan orang senang beb..adik2 ramai hutang PTPTN lagi..PJJ pun aku amik 2 paper je setiap sem sbb x mampu nak bayar mahal2...
..."Dah tau kelulusan tinggi pegi mintak kj kerani pasai apa? dah kj kerani dpt gaji kerani la! masa nk mohon kerja dulu xpikir ke.sedar atau tidak korg dah rampas hak yg punya kelayakan spm shj bila korang mohon jawatan kerani tuh! dah dpt kj xtau nk bersyukur...banyak songeh lagi!.."
SOKONGGGG!!!
Catat Ulasan