SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** CUEPACS DI HATI KU***Tema Hari Pekerja CUEPACS 2023 : PEKERJA BERINTIGRITI TUNJANG NEGARA MADANI*** SAMBUTAN HARI PEKERJA 1 MEI 2023

06 November 2010

ELAK BUDAYA ROBOT - NAJIB

Utusan Malaysia
1/1/2010



PUTRAJAYA 1 Nov. - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mahu kakitangan awam menjauhi 'budaya automasi' atau bersikap seperti robot sebaliknya berfikiran kritis dan konstruktif semasa bekerja.

Beliau yang juga Menteri Kewangan berkata, sejajar dengan usaha transformasi penyelesaian secara kreatif dan inovatif.

Justeru, kata beliau, semua ketua jabatan dan agensi di bawah Kementerian Kewangan perlu secara berterusan membudayakan inovasi di dalam persekitaran kerja dan berusaha melakukan yang terbaik.

''Saya mahu melihat keberkesanan satu mekanisme yang boleh menggalakkan setiap warga kementerian berkongsi idea-idea kreatif dan bernas bagi memudahkan tugasan seharian supaya lebih efisien dan efektif.

''Keadaan ini seharusnya memberikan impak yang positif kepada perkhidmatan kerajaan sekali gus membawa kepada kepuasan rakyat," katanya ketika berucap semasa sambutan Hari Inovasi Kementerian Kewangan, di sini hari ini.

Teks ucapan beliau dibacakan oleh Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah.

Hadir sama Timbalan Menteri Kewangan, Senator Datuk Donald Lim Siang Chai dan Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Dr. Wan Abdul Aziz Wan Abdullah.

Najib berkata, proses membudayakan inovasi bukan hanya memfokus kepada ruang yang sempit melibatkan penghasilan kerja semata-mata sebaliknya perlu dilihat daripada pelbagai aspek kerja seorang penjawat awam.

Sehubungan itu, beliau yakin dengan membudayakan inovasi, kementerian tersebut dapat meningkatkan lagi daya saing dan nilai tambah terhadap penghasilannya.

10 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

mereka pun dah tak terkreatif dah sebab gaji elaun dn sebagainya tak naik...letih dah mereka tu..

yg naik harga barang dan perkhidmatan...

YB check tengoklah betul ke tak apa yg saya katakan tu..harga barang ada naik ke tidak termasuk hal2 bayaran lain...letih beb letih..

tapi tak apa kami tetap sokong BN..BN di hati kami selalu..

Tanpa Nama berkata...

susah nak cakap la mende nih...pegawai bawahan memang dah kreatif dah...ye la skang ni kebanyakan pegawai bawahan ramai yang dah sambung belajar pakai duit sendiri..secara tak langsung pemikiran pun dah berubah...yang masalah besarnya BOS2 BESAR yang tak KREATIF..bila bg cadangan yg bernas siap dgn fakta asik kena tolak jer..mula2 bole la terima lama2 mula la malas nak fikir..patutnya BOS2 ni yg bergaji BESAR nie di kreatifkan pemikiran diorg nie dulu jangan dok asik nak suruh org bawahan je yg kreatif..pi mai pi mai tang tu jugak la jawapnya

Tanpa Nama berkata...

hidup BN, kami PA daerah akan setia bersama Umno yg terbukti amat menjaga kebajikan rakyatnya, harap kerajaan BN akan kembali merajai Kedah demi mengelakkan banjir melanda. mesyuarat umno dh beritahu banjir ni berlaku sebab kerajaan Pas dimurkai Tuhan

zaifulfitri murad
majlis daerah yan

Tanpa Nama berkata...

Tanpa Nama berkata...

hidup BN, kami PA daerah akan setia bersama Umno yg terbukti amat menjaga kebajikan rakyatnya, harap kerajaan BN akan kembali merajai Kedah demi mengelakkan banjir melanda. mesyuarat umno dh beritahu banjir ni berlaku sebab kerajaan Pas dimurkai Tuhan

zaifulfitri murad
majlis daerah yan

AYAT YANG PALING BODOH DAN BANGANG YANG PERNAH AKU BACA...

Tanpa Nama berkata...

zaifulfitri murad,
perlis banjir besar tu pun sbb kerajaan BN dimurkai Allah jgk ke?.Nape ekk Penang kerajaannya DAP xdimurkai?.orang2 BN ckp Dap kafir Harbi?

omar berkata...

Oit zaifulfitri,apsal fkrn ko bengap sgt...jgn la tnjuk sgt yg org Umno tu bengap...dh tu,kg aku kt trganu banjir,xkn sbb Umno BN kot...buat malu je...

ila berkata...

Sbnrnye,brkenaan dgn pmkrn kreatif ni,rmai dh staf sokongn yg bg idea baik2,rata2 yg bg idea ni semuanya ade degree wlaupun gred rndah...tp ditolak mentah2 oleh staf P&P...kt pjbt aku slalu sgt brlaku...kta2 keramat P&P ni "ikut sahaja arahan saya" walaupun kita dh tau arahan tu bg efek xbaik...mmg org melayu genetiknya cmtu,xboleh lwn tokey...kene angguk sahaja...

Tanpa Nama berkata...

Orang BN memang otak udang....x der yang cerdik...menang kat galas ari tu pun sbb duit rakyat dah banyak abs bagi rasuah kat orang asli...sbb tu sebelum pilihan raya minyak naik 5sen,nak cover balik duit rasuah tu...BN ingat rakyat ni bodoh ke depa nak buat mcm tu,dah la naik minyak senyap² jer...orang dah tak tgk tv3 ngan tv1 la skrg berita...orang baca kat tenet jer,sume pembohongan kerajaan tertulis kat situ...pastu kasi tangkap bloggers.Haha

Tanpa Nama berkata...

kreatif tidak kemana,yg naik pangkat tetap kroni,bodohpun takpa yg penting orang depa,buat macamana,dunia......akhir zaman

Tanpa Nama berkata...

YB Mahfuz berkata, kerajaan sering memberikan alasan untuk beri bonus

KUALA LUMPUR, 11 Nov: Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar membidas jawapan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz bahawa negara akan mengalami implikasi kewangan yang besar jika menaikkan elaun sara hidup (Cola) kepada kakitangan awam.

Mahfuz berkata, kerajaan sering memberikan alasan sedemikian apabila melibatkan keperluan rakyat namun berbelanja besar untuk kepentingan pemimpin Barisan Nasional.

"Saya kesal dengan pendirian kerajaan itu. Untuk kakitangan awam,kerajaan selalu berhujah ia akan beri implikasi yang besar kepada negara.

"Bila Ceupacs minta bonus,alasan yang sama diberikan,mereka kata akan menelan belanja RM3.1 bilion. Tapi kerajaan tak kisah pun untuk beri peruntukan RM65 juta untuk ubah suai kediaman Perdana Menteri," kata Mahfuz dalam sidang media di lobi Parlimen hari ini.

Naib Presiden PAS itu turut menegaskan, beliau tetap berpendirian bahawa elaun Cola mesti dinaikkan untuk meringankan beban kakitangan awam.

"Saya tetap pertahankan bahawa kerajaan harus beri bayaran Cola tambahan kepada kakitangan awam.

"Saya cadangkan paling kurang kenaikannya sebanyak RM100. Itu paling kurang kerana beban yang ditanggung kakitangan awam ini dengan kos hidup yang meningkat.

"Tidak memadai dengan kerajaan memberikan bayaran penuh sebanyak RM500 yang diumumkan dalam bajet 2011 kononnya untuk bantu persekolahan.

Petang semalam, Nazri sewaktu penggulungan Rang Undang-Undang Perbekalan 2011 di peringkat Jabatan Perdana Menteri memberitahu cadangan kenaikan elaun itu tidak dapat dipertimbangkan kerana memberi kesan kepada kewangan negara.