SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** CUEPACS DI HATI KU***Tema Hari Pekerja CUEPACS 2023 : PEKERJA BERINTIGRITI TUNJANG NEGARA MADANI*** SAMBUTAN HARI PEKERJA 1 MEI 2023

16 November 2010

ISU COLA PATUT DIUTAMAKAN BERBANDING DENGAN BONUS

Metro
16/11/2010




KUALA LUMPUR: “Kongres Kesatuan Kakitangan Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) seharusnya lebih fokus memperjuangkan kenaikan elaun bantuan sara hidup (Cola) berbanding bonus dua bulan,” kata penjawat awam yang hanya ingin dikenali sebagai Anuar, 38.

Anuar yang bertugas sebagai pembantu am di Bukit Kayu Hitam berkata, dia menerima Cola RM100 sebulan dan mengakui bantuan itu tidak mencukupi kerana kos taraf hidup semakin meningkat.


“Pada pandangan saya, bonus dua bulan itu tidak adil terutama bagi penjawat awam gred rendah berbanding pegawai tinggi yang menerima ‘durian runtuh’ berikutan gaji lebih tinggi.

“Jika Cola ditingkatkan adalah lebih baik kerana bantuan berkenaan diberi sama rata, malah berpanjangan untuk beberapa tempoh sebelum kerajaan melakukan perubahan masa depan.


“Sememangnya pembayaran Cola dilakukan mengikut kawasan berkhidmat, jika ia tidak ditingkatkan, sewajarnya diselaraskan seluruh negara kerana kos taraf hidup di bandar dan luar bandar adalah sama,” katanya yang berkhidmat hampir 10 tahun dalam sektor awam, ketika dihubungi, semalam.


Katanya, dia tidak menafikan bersyukur dengan pengumuman bantuan RM500 oleh kerajaan dan ia dianggap adil, sama rata serta memenuhi konsep 1Malaysia.

Sementara itu, penjawat awam, Kamarunniza Abu Kasim, 33, bersetuju jika elaun Cola diberi penekanan berbanding bonus.


Dia yang bekerja di Taiping dan menerima Cola RM200 sebulan menganggap bayaran berkenaan tidak mencukupi terutama bagi individu berkeluarga besar.

Kamarunniza dan Anuar antara rakan Harian Metro (Member IM) yang menyatakan cadangan mengenai Cola menerusi sistem pesanan ringkas (SMS) di ruang IMLapor (halaman 21A), semalam. Ketika dihubungi, mereka berharap Cuepacs memperjuangkan isu kenaikan elaun itu bagi membantu penjawat awam seluruh negara.


Sementara itu, Presiden Cuepacs, Omar Osman menafikan pihaknya terlepas pandang isu Cola.


Katanya, Cuepacs sentiasa memahami kebajikan dan keperluan penjawat awam, malah isu Cola antara agenda penting yang diperjuangkan.


Katanya, beliau juga mengharapkan kenaikan Cola apabila pembentangan Bajet 2011 baru-baru ini, namun tetap gembira apabila bantuan turut diumumkan.


Katanya, wajar kerajaan menyelaraskan elaun Cola bagi semua penjawat awam kepada RM300 yang sebelum ini berjumlah RM100 bagi luar bandar, RM200 (peringkat negeri) dan RM300 (bandar).

19 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Seorang tokoh pembangkang hari ini menyelar keputusan kerajaan tidak memberikan elaun khas kepada penjawat awam tetapi sebaliknya mampu berbelanja mewah.

Datuk Mahfuz Omar (PAS-Pokok Sena) berkata, untuk membantu penjawat awam kerajaan selalu menggunakan hujah masalah kewangan tapi pada masa yang sama, kerajaan sanggup berbelanja besar untuk projek-projek lain.


"Kos untuk ubahsuai dan membina bangunan tambahan di kediaman Perdana Menteri, Seri Perdana sahaja kerajaan sanggup membelanjakan sebanyak RM65 juta.

"Rumah ini dibina pada 1997 atau 1999 dengan kos R24 juta. Ketika pentadbiran Pak Lah (Tun Abdullah Ahmad Badawi) kos ubahsuai ialah RM6 juta.

"Apa keperluan kehidupan Perdana Menteri untuk keluarga yang tidak sebesar mana tapi mempunyai rumah sebesar itu?," soal beliau ketika sidang akhbar di lobi Parlimen hari ini.

Pusara RM140,000 bagi orang sudah mati?

Beliau mengulas jawaban Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz dalam dewan semalam bahawa kerajaan tidak mampu memberi elaun khas kepada pejawat awam kerana masalah kewangan.

Bagaimanapun, mereka hanya menerima RM500 sahaja seorang bagi meringankan beban kehidupan.

Mahfuz juga mengulas mengenai cadangan kerajaan membina Pusara Warisan berdekatan Tugu Negara untuk golongan kenamaan yang bernilai RM70 juta.

"Jika pusara itu untuk 500 orang bermakna seorang menelan belanja RM140,000. Sama dengan harga sebuah rumah rakyat, jadi apa perlunya orang yang sudah mati untuk mempunyai pusara seperti itu," katanya.

Tanpa Nama berkata...

cola jer?? Pepsi, sprite @carlsberg xnak??aiya, sentuhla jg imbuhan tetap perumahan..apala mangkuk sngt penulis&pgomen nie..

Tanpa Nama berkata...

Apabila syarikat memperolehi keuntungan (meningkat) maka lembaga pengarah akan meluluskan pemberian BONUS kepada kakitangan syarikat berdasarkan kadar2 tertentu yg di fikirkan bersesuaian untuk kakitangan nya..bg PA pon sama bila kerajaan meng war2 kan bahawa ekonomi negara semakin baik(meningkat)maka sewajarnya lah juga PA di bayar BONUS dgn kadar2 tertentu(bersesuaian)..Isu nya bila kerajaan tak dapat bagi BONUS kenapa kerajaan kata tak ade duit pulak? BONUS dengan perbelanjaan bulanan(melalui gaji)ada lah sesuatu yg berbeza dan tak perlu di jadikan isu.BONUS yang di beri tak perlu nak tanya gaji PA kena potong berapa,byk hutang ke tidak dan sebagainya..Senang saja yg berjimat akan dapat tambahan jika ada BONUS yang boros akan juga akan dapat BONUS...harap2 paham ye istilah BONUS..jangan nak merapu tak tentu pasal..

Tanpa Nama berkata...

Aku cadang supaya COLA diberi hanya untuk PA yg keja kat Negeri dibawah pentadbiran BN diberi sebanyak RM1,000.00 sebulan. Selain tu tak payah langsung... So gerenti lepas ni semua sokong BN.. Amacam??? Setuju tak???
p/s : lepas ni sure aku kena kutuk punya...

Tanpa Nama berkata...

yg sokong BN bodoh...

Tanpa Nama berkata...

Dia ingat duit rakyat tu BN yg punya? senang2 nak bagi COLA pada negeri BN jew...kami yg sokong PR pon bayar cukai wey..ini negara demokrasi..paham x ape demokrasi?

senapi berkata...

woi duit Cola tu sah2 dtg dr kantung UMNO laa, paham ke x? bengap betul PA2 ni nak pahamkan

Anti Senapi berkata...

Dari Umno?celah mana..puii

khai72 berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Tanpa Nama berkata...

Cola dinegeri Melaka RM200. Kini Melaka telah diisytiharkan negeri maju. Elaun Cola tetap sama.Harga barang semakin mahal. Kepimpinan CUEPEC tidak bijak menangani isu2 semasa. Buat tuntutan yg tak pasti 2 bulan gaji dalam keadaan ekonomi yg tenat adalah sangat2 tak munasabah. Agaknya kepimpinan CUEPEC nak glamour buat tuntutan je ke...tapi tak dapat apa2.Kalu RM 500 tu aku dah agak memang boleh dapat.Kepimpinan CUEPEC biarlah bijak dalam kepimpinan.

Tanpa Nama berkata...

Naikkan lah cola kepada 300. ITP pun 300....Harap PM berkorbanlah dengar rintihan PA ni.....

Tanpa Nama berkata...

bagus kamu urang ni...minta elaun kula,sprite,fanta,susu kasang...kami urang sabah ndak cbuk2 pun elaun ni..mgkin kali ni kami minta elaun montoku mangkali..

Tanpa Nama berkata...

Aku cadang supaya COLA diberi hanya untuk PA yg keja kat Negeri dibawah pentadbiran BN diberi sebanyak RM1,000.00 sebulan. Selain tu tak payah langsung... So gerenti lepas ni semua sokong BN.. Amacam??? Setuju tak???
p/s : lepas ni sure aku kena kutuk punya...

baguih org atas ni cakap camtu...depa bg amik je...time ngudi pangkah bulan...hahaha

Tanpa Nama berkata...

Kepada PA yg suka minta apa saja kenaikan gaji ataupun cola patut diberhentikan kalau tak suka gaji kecil baik kamu orang berhenti saja kerja cari kerja yg bergaji beribu-ribu terutama sekali penyokong UMNO tu sepatutnya gaji kita PA ni semua dipotong 10% utk sokong kerajaan BN tingkatkan ekonomi negara dan diberikan kepada rakyat miskin

Tanpa Nama berkata...

kalau kira tidal adil semua tidak adil,pa yg bergaji rendah kata tidak adil kalau beri bonus 2 bulan gaji kpd pa yg bergaji tinggi,kita jgn dok dengki dekat orang yg gaji tinggi krn mereka berjawatan tinggi,mereka tanggungjawab besar,kalau berjuang dalam cuepacs kena adil jgn dok berjuang untuk golongan yg berpendapatan rendah saja,kita kena terima hakikat dalam pa ada bermacam2 kumpulan

seroja berkata...

saya cadangkan agar golongan PnP hanya menerima gaji pokok sahaja, an emua elaun ditarik baliik. ini adil kerana gaji mereka besar, kerja pula senang. barulah beza antara kami dan pegawai sikit, biar mereka merasa pula keperitan kami membayar insurans kereta dan servisnya dgn gaji kecil ini

Abu Jahal berkata...

bila agaknya penoreh getah juga hendak mendapat cola? kami juga ada diploma tapi hasil toren ditimbnag sama dengan penoreh yg x sekolah. dimanakah keadilannya? kerajaan patut serapkan penoreh getah ke skim M29 utk yg ada diploma, getah merupakan komiditi utama negara

Tanpa Nama berkata...

Apa mahu minta cola harga COLA dijual di kedai paling mahal RM2.00 setin kena mahu minta sampai RM300 bodoh manusia

Haaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa
Kehhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh

SYITAN DARI NERAKA

Tanpa Nama berkata...

yalah cola ke elaun rumah ke elaun khidmat awam ke patut sangatlah dinaikkan..bukan kisah sangat soal bonus tu..bonus sekali hadap je dah habis beb...gaji ke naik..

kerajaan BN kita kasi tukar sekali ok tak?

kalau pakatan rakyat tak ok, kita tukar balik le...