SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** CUEPACS DI HATI KU***Tema Hari Pekerja CUEPACS 2023 : PEKERJA BERINTIGRITI TUNJANG NEGARA MADANI*** SAMBUTAN HARI PEKERJA 1 MEI 2023

23 November 2010

PM terima gaji RM22,826.65 mulai 2004, kata Nazri

Bernama
23/11/2010



Perdana Menteri menerima gaji bulanan sebanyak RM22,826.65 mengikut Akta Ahli Parlimen (Saraan)(Pindaan) 2005, mulai 1 Jan 2004.

NONEMenteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata Timbalan Perdana Menteri pula dibayar RM18,168.15 sementara jemaah menteri menerima RM14,907.20.

"Gaji bulanan setiausaha politik sebagaimana yang ditetapkan dalam Ketentuan Saraan Setiausaha Politik 1980 adalah RM5,709.99 yang juga berkuat kuasa pada 1 Jan 2004," katanya.

Beliau berkata demikian dalam jawapan bertulis bagi pertanyaan N Gobalakrishan (PKR-Padang Serai) mengenai penetapan gaji dan semua bentuk elaun yang dinikmati anggota kabinet, setiausaha politik serta jumlah emolumen serta elaun kepada anggota kabinet dari 2005 hingga 2009 di persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Mohamed Nazri berkata jumlah gaji tahunan yang telah dibayar kepada anggota kabinet bagi tahun lalu ialah RM5,470,942.40 dan RM5,783,993.60 pada 2008.

Katanya, sejumlah RM5,858,529.60 dibayar pada 2007 manakala RM5,858,529.60 pada 2006 dan RM6,007,601.60 pada 2005.

- Bernama

25 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

wow!!!stahun gaji aku pun tak sampai tahap tu...dah lah derang ni perbelanjaan makan minum melancong di sponsor tak guna pun duit tu berkulat dalam akaun bank derang.

Tanpa Nama berkata...

wah... tingginya..... minta sikit.... apa sahaja yang mereka buat tak usik pun gaji mereka... sebab semuanya ditanggung oleh kerajaan... apatah lagi rumah, kereta, dan lain2... so kalau setahun mereka tak kacau gaji mereka... dah berapa?? kira2.... kalau PM memerintah selama 5 tahun, kali 5 lg... so dah berapa

Adam berkata...

Itu pasal orang sanggup bergaduh dan berbunuhan dalam politik. So kalau nak banyak duit masuklah politik. Hahaha

Tanpa Nama berkata...

x terfikir begi2 byk gaji meker...tahniah pada pm dan kabinet dpt gaji banyak...

Tanpa Nama berkata...

x la bnyk sngt gaji PM nie rupernyer...lbhkrng gaji bos aku jer...aku pkrkan 50k keatas....mhal lg gj PROF tmpt aku...huhuhu...

Tanpa Nama berkata...

x la mhal sngt..patutlaaa...da jd PM pun msh seleweng lg duit rakyat....huhuhu

Tanpa Nama berkata...

patut tak nak naik kan gaji PA, gaji PM dah tinggi, peduli apa gaji PA.....ha....

THAMBY berkata...

MANA ADA TINGGI ITU GAJI DIA.. MANYAK SIKIT LAA.. PATUT TAMBAH LAGI SIKIITT..

cikgu Nizar berkata...

sikit je sebenarnya, tapi bila tambah elaun boleh cecah RM 40k, masih sikit kalo nk banding dgn uruskan 30 juta penduduk dan RM200 billion ekonomi

Mimi berkata...

Memang gaji tak banyak, tapi keturunan mereka kaya, itu sebab ada enteri bayar bini dia 50M untuk selesai tuntutan cerai.

Itu baru banyakkan kan kan...

Tanpa Nama berkata...

nak kisah apa kalau mereka tidur atas duit...PA lain la. kejaan dah nasihat jangan boros..PA boros juga..

kemudian komplen tak cukup makan dan sebagainya.

kos hidup murah je kat malaysia ni. cuba pergi england. mahal beb kos hidup.

kalau ada PA dapat gaji RM2000.00 sebulan tu kira membazir je la...

baik duit tu diberi pada orang kampung..gaji PA di malaysia ni cukup takat rm1500 je..itu pun banyak tu..

PTD Cerdik berkata...

betul, gaji di m'sia ni lebih dr cukup kalo x boros dan suka berhutang mcm PA sokongan suka lakukan

Tanpa Nama berkata...

banyak songehlah...gaji 1500 bersih bolehla...kalu dah 1500 tolak hutg kete,perbelanjaan ank2,myk kete n belanja dapur lg...nak korek mana kalu xberhutang!Harap kerajaan bantu ringankan bebanan yg ditanggung pun xnampak jalan.500 setakat mana la...pg pasaraya pun beli telur pun dh rm9.50 30bj gred B.PM gj dh cukp hebat...belanja byk di tanggung...belum campur elaun...Zakat ada keluar ke?

Tanpa Nama berkata...

Kenapa nampak PA je yg boros...cuba berfikir secara logik sikit. Kalau perbelanjaan asas (makan minum, susu, diapers etc) pun melebihi daripada pendapatan macam mana!?

Tanpa Nama berkata...

Nampak gaya baik tukar keje jadi pengemis...pendapatan dapat > RM1000 sehari!

Tanpa Nama berkata...

PA bodoh! selalu minta bonus!
kerja malas!

Tanpa Nama berkata...

PA yang pandai je minta bonus..yg bodoh ikut telunjuk kerajaan je..pakatan rakyat mungkin pandai..heee..

Tanpa Nama berkata...

Dulu dari segi ekonomi, pencapaian kita adalah sebaris dengan Singapura, Korea dan Taiwan tapi sekarang kita berada dibelakang Filipines dan Indonesia. Bukan salah pemimpin kah?

Apa yg Singapore, Korea dan Taiwan ada? Mereka tidak ada apa-apa tapi kita ada segala. Kita ada semua hasil pertanian, kita ada indiustri dan kita ada kekayaan minyak RM120 bilion setahun.

Kalau lah negara kita ditadbir oleh pemimpin2 mereka...rasanya kita mampu bayar bonus 6 bulan gaji kpd civil servant..

Tanpa Nama berkata...

bersyukurlah dengan apa yg ada... rezeki dah tuhan bagi...jgnlah asyik nak minta lebih...jgn tanya apa yg kerajaan blh bagi pada kita... tapi..tya apa yg kita PA ni blh sumbangkan pd kerajaan..kutuk mengutuk sesama sendiri teda makna pya.. PM dapat gaji lbh pun sebab dia pikul tgg jwb lebih. apa-apa pn terserah pd nawaitu...belakang ari sendiri mau jwb ma.....

ccda berkata...

coteahanya mampu gelak tawar je la... ngn mainan DUNIAWI ni...

Tanpa Nama berkata...

ITU GAJI BERSIH JA TU... DAH SAH MANA ADA POTONGAN ANGKASA ATAU LAIN2... YE LA, SEMUA BELANJA FREEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEE

Tanpa Nama berkata...

RM22,000 tu belum masuk elaun beb...masuk elaun;

1. PEMBANTU RUMAH 4, 5 ORANG
2. DRIVER
3. TUKANG MASAK
4. TUKANG CUCI
5. TUKANG KEBUN
6. dan entah apa2 lagi elaun lain...

cuba kira jumlah dia...banyak beb...heeeeeeeeee....heeeee....heeee..heeeee...eeeeeee...mmmmmmmmmmmmm..gaji bersih beb tarak potong...

gaji you all ada belesih ka?

kehkehkehkehkeh....

jangan marahlah gurau je...

Penjawat Awam Veteran berkata...

Gaji penjawat Awam ????????

Gaji diparas kemiskinan.

Penjawat Awam Veteran berkata...

Bonus pun Tarak...............Hampehhhh

Dawilah berkata...

Penjawat awam BOROS?

Memang, kalau anak dah 3-4 orang maka perbelanjaan jadik 'boros'lah, harga barangan dah naik...

Kalau tak nak boros:-

1) Bagi anak minum teh kosong...
2) Makan meggi tiap2 hari..
3) Pergi kerja naik besikal...
4) Makan tengahari member yang belanja...

Tambah lagikla...aku dah tak larat nak tulis...

KOMPOM GAJI ANDA MENGALAHKAN GAJI PM....

Wakakkaakkakakaaakaaa.....