SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** CUEPACS DI HATI KU***Tema Hari Pekerja CUEPACS 2023 : PEKERJA BERINTIGRITI TUNJANG NEGARA MADANI*** SAMBUTAN HARI PEKERJA 1 MEI 2023

06 April 2011

PEGAWAI KASTAM MATI JATUH BANGUNAN SORM

Malaysiakini
6/4/2011



Apr 6, 11 12:41pm

GALERI FOTO

Seorang pegawai kastam yang membantu siasatan kes rasuah ditemui mati dipercayai jatuh dari tingkat tiga bangunan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Jalan Cochrane di ibu negara pagi ini.

NONEMangsa dikenalpasti sebagai Ahmad Sarbani Mohamed, 56, yang berkhidmat sebagai pembantu pengarah di pejabat Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Selangor.

Pegawai kanan itu membantu siasatan membabitkan cukai tidak dibayar dan telah dibebaskan dengan ikat jamin dua hari lalu.

Pengarah penyiasatan SPRM Mustafar Ali berkata, Allahyarham Ahmad Sarbani ditahan pada 1 April lalu berhubung dakwaan rasuah dan pengubahan wang haram.

Penahanan itu dibuat di Klang.

Ahmad Sarbani kemudiannya dilepaskan pada 2 April lalu pada jam 12.30 petang.

Lelaki itu datang semula ke pejabat SPRM di Jalan Cochrane di Kuala Lumpur untuk bertemu seorang pegawai penyiasat berhubung kesnya, kata Mustafar lagi.

NONEPegawai penyiasat telah memintanya menunggu di situ sementara pergi mengambil fail kes tersebut.

Bagaimanapun, apabila balik semula ke situ, dia mendapati pegawai Kastam tidak ada, kata Mustafar lagi.

NONETambahnya, mayat Ahmad ditemui terbaring di atas gelanggang badmintion pada jam 10.15 pagi.

Siasatan ke atas Allahyarham dijalankan ekoran penahanan sejumlah 62 orang pegawai Kastam dalam satu operasi di Pulau Pinang, Selangor dan Pahang.

Operasi berkenaan dijalankan oleh satu tindakan bersama oleh SPRM, JKDM, Lembaga Hasil Dalam Negeri dan Bank Negara.

Seorang lagi dikesan mempunyai lebih RM1 bilion manakala dua lagi yang ditahan mempunyai lebih RM500,000 di dalam akaun masing-masing.

Salah seorang pegawai kastam yang ditahan dalam operasi itu dikesan mempunyai wang berjumlah beberapa juta di dalam akaunnya.

[Baca berita penuh]

Sementara itu, Bernama melaporkan bahawa tinjauan ke Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) di mana mayat Ahmad Sarbani dihantar untuk dibedah siasat, mendapati anggota keluarganya berada di persekitaran bilik mayat sejak kejadian itu dimaklumkan kepada mereka.

Namun sehingga lewat petang tadi, media elektronik dan cetak dihalang menemuramah anggota keluarga Ahmad Sarbani oleh pegawai Kastam.

Pihak hospital juga tidak memaklumkan waktu bedah siasat itu selesai yang kelak dapat merungkai keputusan pakar patalogi mengenai punca kematian mangsa tersebut.

Sumber hospital memberitahu Bernama bagi kes berprofil tinggi seperti kejadian ini, ia memerlukan masa untuk bedah siasat disiapkan di mana ada wujudnya kemungkinan bedah siasat kali kedua.

Katanya ini bagi membolehkan pihaknya mendapatkan keputusan bedah siasat yang betul dan sahih serta tidak dipertikaikan oleh mana-mana pihak kelak.

Presiden Cuepacs Datuk Omar Osman, yang turut berada di HUKM, memberitahu media bahawa pihak Kastam perlu diberikan masa secukupnya bagi menenangkan keadaan ketika ini.

"Pihak kami akan memberikan bantuan kepada keluarga Ahmad Sarbani dan semua pihak diminta tidak mengeruhkan keadaan," katanya.

Usaha menghubungi Ketua Pengarah Kastam Datuk Seri Mohamed Khalid Yusuf yang berada di Tasik Kenyir, Terengganu untuk mendapatkan komennya gagal, tetapi seorang pegawainya berkata beliau (Mohamed Khalid) akan berlepas pulang ke Kuala Lumpur malam ini.

Mohamed Khalid berada di Tasik Kenyir untuk mempengerusikan Mesyuarat Pengarah Kastam SeMalaysia ke-65 yang bermula semalam.

Setiausaha Kesatuan Pekerja-Pekerja Kastam Malaysia, Mohd Mazlan Mohd Shaari yang dihubungi pula berkata pihak kesatuan belum memutuskan sebarang pandangan atau keputusan mengenai kes kematian itu dan akan mengadakan perbincangan dalam masa terdekat.

"Kejadian itu baru berlaku dan kita tidak tahu sangat mengenainya dan kita tunggu siasatan polis," katanya ketika dihubungi.

Beliau juga enggan mengulas lanjut mengenai sama ada kes kematian itu mempunyai kaitan dengan kes rasuah yang membabitkan pegawai kanan kastam sebelum ini.

"Kita akan mengadakan sidang media mengenai kes itu Jumaat ini dan kita akan menyatakan pandangan kesatuan mengenai perkara itu," katanya sambil mengucapkan takziah kepada keluarga Ahmad Sarbani.

37 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Kes Teo Beng Hock tidak dapat banyak liputan di akhbat melayu. Harap kali ini akan buka mata orang melayu.

susu berkata...

alfatihah untuk aruah...

Tanpa Nama berkata...

Keja macam nak mampos kutip cukai...bonus untuk penjawat awam pun tak boleh nak bagi!!!! Ni laa akibatnya...

Rakyat malu berkata...

Video seks, kes rasuah kastam, dan ini pulak kes orang terjun (lagi) di SPRM...
Apa lagi perkara yang akan berlaku di negara ini demi menjatuhkan air muka saya di dunia global?

Tanpa Nama berkata...

al fatihah kepada Allahyarham, semuga rohnya akan ditempatkan bersama orang-orang yang soleh.
Takziah kepada keluarga allahyarham.

Tanpa Nama berkata...

Apa kes ni KASTAM mogok??? Nampak sangat rasuah berleluasa di KASTAM... Bila SPRM nak amik tindakan mula la mogok..Berani kerana benar takut kerana salah!! Pigi da mabuk KASTAM..rakyat marhaen beli barang2 dapur kat KASTAM dikenakan cukai. Barang berbilion harganya lepas pulak kat pelabuhan..BUBARKAN KASTAM!!!

Tanpa Nama berkata...

kena bagi ceramah agama kat kastam dan pegawai kerajaan lain mengenai dosa rasuah.

Tanpa Nama berkata...

Al fatihah utk siapa? Makan rasuah masih dapat ditempatkan bersama roh orang-orang yang soleh?

Arab Tua berkata...

Yang sudah pergi, biarkanlah pergi...hak untuk meletakannya di golongan orang yang soleh hanyalah Allah...bukannya kita....

YAng penting:HAPUSKAN RASUAH DAN TANGKAP PERTUALANG BANGSA NI DAN MASUKKAN DIBAWAH ISA!!!!

Tanpa Nama berkata...

lepas ni org dh tak berani p soal jawab ky SORM...mane tak nyer dulu teo beng hock pastu pegawai kastam..pasni tak tau lagi siapa lak kena buang dari tingkap..hahahaa

Tanpa Nama berkata...

dah 2x kes jatuh nie..baik pihak SORM buh kamera litar tertutup di setiap bilik soal siasat n bilik menunggu, baru tau lompat sendiri@kne humban...ngaper tak penah pikir benda ni, budak sekolah rendah pn tau nk pikir idea nie...dh tentu tau sp pny kojer..duit bnyk uat per simpan..hahaha

Tanpa Nama berkata...

kerajaan bagi gaji bukan main tinggi lagi kat pegawai-pegawai kastam ni,tapi biasa la bila sifat tamak tu ada...kerajaan amanahkan mereka2 ni untuk menjaga kepentingan negara tapi mereka menjaga kepentingan peribadi.. ada akhbar yang laporkan arwah terjatuh? terjatuh,jatuh,terjun atau menjatuhkan diri..bukan ke namanya membunuh diri? kenapa takda yang berani sebut tu ye? heran-heran.. tapi itu la kenyataanya,,

Ismail. berkata...

Kerja SPRM itu ibadah dan amat mulia disisi Allah, tapi kalau cara kita siasat tu melampau itu dikira HARAM JADAH.

Kenapa dera teruk sangat, cuba tanya anggota penguatkuasa yang disiasat SPRM, siapa yang belum kena harap diam2 saja, apakah anggota SPRM bangga bila orang disiasat tiba2 bunuh diri. Saudara pun ada anak bini, hidup tanpa kawan, tapi siasatlah secara berhemah, menjatuhkan air muka, belasah dan pelbagai cara lagi.

Orang Islam tak mahu bunuh diri, tapi bila disiasat terus hilang pertimbangan sampai nak bunuh diri. Sila guna akal, manusia waras tak nak bunuh diri.

Di akhirat boleh jawab siapa bunuh diri dan membunuh. Dulu saya amat menghormati anggota SPRM, tapi sekarang jabatan ini bertugas secara melampau hingga hilang batas kemanusiaan.

Saya tahu semua anggota SPRM memandang jijik kepada penjawat awam terutama penguatkuasa, tapi ingat anda tu manusia dan bukan malaikat.

Anggota sendiri liahat laman pornografi di pejabat SPRM yang diakui oleh pengarahnya sendiri, kan salahguna kuasa dan penyelewengan tu, pun dikira rasuah.

Akhir kata kerja tu berpada2 lah.

Tanpa Nama berkata...

salam semuanya...hanya Allah yang tahu apa berlaku ketika itu,adakah benar dia membunuh diri atau sebaliknya...,apa pon sbg saudara seagama,kita doakan yang terbaik untuk arwah,moga keluarga arwah tabah dlm menerima smua dugaan ini,dengan pandangan serong masyarakat dan kehilangan org tersayang,jika benar arwah terlibat dgn kes rasuah,harap Allah dapat ampunkan dosa2 beliau,harap pihak kerajaan dapat menantau SPRM,nk pisang berbuah berapa kali?ingat batasan kita sbg manusia,kerja menghukum adalah kerja Allah..

Tanpa Nama berkata...

salam saudara semua... Kenapa dah jatuhkan hukuman kepada gemulah padahal dia baru dalam siasatan. Apa-apapun takziah buat keluarga Allahyarham. Ada org kata jangan panggil org yg dah meninggal aruah/arwah bap itu salah satu daripada nama syaitan besar so ada bainya panggil Allahyarham/Allahyarhamah k....PEACE.

Tanpa Nama berkata...

sprm...

s : serang otak manusia

p : penderaan rohani

r : rentapan nyawa

m : malaikat mautttttt....

Tanpa Nama berkata...

kalu dah macam tu, jangan la amik rasuah..
xde la kena tahan dan siasat oleh sprm..

Tanpa Nama berkata...

ambik@x rasuah tue hal lain..tp jgn lh dera org ngan soalan yg xmasuk di akl,suh mengaku per benda yg xbuat,pastu buang lalu tingkap..mike mau ker kne buang dri tingkap...

Tanpa Nama berkata...

Ada kawan aku disiasat SPRM hanya kerana surat tomahan.Sepatutnya SPRM intip dulu, tanya orang lain atau kaji dulu secara berhemah baru panggil siasat.Setahu aku dan ramai kawan2 lain dia ini memang orang yang baik, bagus kerja,amanah.jarang tinggal jemaah dimasjid, taman kelapa sawit,cabai nak cari duit halal tapi kena torture dek SPRM.Betul-betul HARAM punya SPRM. yg wakil rakyat dok salah guna kuasa rasuah depa tak berani nak siasat.itulah dunia akhir zaman

Tanpa Nama berkata...

komen diatas . HARAM JADAH punya SPRM salah orang dia siasat

CNI Malaysia berkata...

al fatihah kepada Allahyarham, engkau orang fikirlah allayyarham pergi kerja naik moto bukan pandu BMW. kalau ikut akta SPRM orang yg beri rasuah pun patut kena siasat SPRM. Bayangkanlah mereka lah yg import banyak benda2 yg sengaja ta'dilapor untuk elak cukai dan sengaja mengisi dalam kontena benda2 larangan. Sudah sampai masanya anggota kastam cek 100% semua kontena walau pun ada beribu-ribu dan laporkan kepada rakyat apa syarikat2 ini buat. Patut juga ada akta supaya anggota SPRM yang terlibat rasuah disiasat juga oleh satu badan khas.

Tanpa Nama berkata...

1. jahilah rasuah yn membawa kehancuran didunia maupun diakhirat.

2. Penyiasatan yg menyebabkan kematian mati secara berulang sedemikian amatlah malang, w/pun bertugas untuk negara perlu punyai ethika sebenar sebagai peg. penyiasat

Tanpa Nama berkata...

SPRM sepatutnya pergi siasat dan tangkap Razak Bagina dan Najib Razak yang terbukti mengambil komisyen membeli kapal selam Scorpene RM500 juta wang rakyat. Jangan pergi siasat Kastam saja! Perimekar buka syarikat dengan modal RM2 saja kemudian dapat projek mengurusselia Scorpene. Wah...hebatnya! Rakyat akan tumbangkan BN dalam PRU13!!!

Tanpa Nama berkata...

SPRM -Suruhanjaya
Penyiasat
Rosmah
Mansor

Eeeee.....Altantuyaaaa....

Tanpa Nama berkata...

ikan bilis selalu yg menjadi mangsa, manakala ikan jerung bebas berenang mencari mangsa...

Tanpa Nama berkata...

Apa pulak nak divert isu pada Najib dengan rosmah pulak ni?? Kalo ada bukti, report la kat SPRM! Setakat tuduhan kosong..pigidah..semua orang boleh buat.. TUnjukkanlah VIDEO, dokumen, gambar..anything yang buktikan PM rasuah! Ada bukti??!! Kalo ko dapat tunjukkan bukti, for sure aku percaya n support korang Ni kes kastam terima RASUAH. APa kaitan dengan PM n Rosmah??!!

kitabakoajer! berkata...

Parah betul KASTAM sekarang ni. Berjuta-juta duit dari forwarding carrier masuk dalam akaun bank depa. Yang dah pencen pun sekarang dalam kepanasan. SPRM akan bongkar segaanya berkaitan KASTAM. Di harapkan pihak Polis dn SPRM dapat membongkar kemungkaran dan RASUAH yang berluasa dalam KASTAM. Amin!

Tanpa Nama berkata...

Kalau duit tu dapat untuk di bayar bonus untuk rakyat kan bagus.

Tanpa Nama berkata...

alfatihah untuk aruah/arwah









aku punya pasal la....

Tanpa Nama berkata...

sepa makan nangka,dia yg kena getahnya....

Tanpa Nama berkata...

Mampuih la kastam puki mak..ada ka logik keje kastan pakai BMW,Honda...memang kuat rasuah...lagi satu ni..pi la tengok sama bapak2 POLIS dan PBT...sama je rasuahnya.
Logik pikiaq la...berani kerana benar takut kerana salah...dah tentu buat salah sebab tu la terjun bangunan..

Kutil berkata...

Marah nampak.....

Tanpa Nama berkata...

kastam,polis,jpj,bhg perumahan,bhg projek n tender..check jer dp2 nie...rasuah bnyk sgt dlm setiap dept nieee....jgn lper yb,penghulu,dato2 kkk...hantar jer SPRM yg tulus ikhlas masuk uat kojer...

Tanpa Nama berkata...

bukan semua yg terlibat dlm kes rasuah 2.lgpun arwah 2 dibebaskan kerana x bersalah.SPRM yg mcm sial.siasat mcm hampeh.ade je yg terkorban.dh mcm pegi perang lak. kalo sprm yg rasuah,sape lak ambik tindakan?

Tanpa Nama berkata...

yeke sprm 2 tulus ikhlas sgt? ntah ye @ x. 2x5 jerk. dorank gunakan kuase yg ade suka ati jer.sampai mati org yg disoal.

menggunakan formula ALA2x unit tindakan khas. shoot to kill.

sprm: soal sampai mati.

Tanpa Nama berkata...

Baca Mastika April, nak siasat pun mesti kerana allah jgan gila kuasa. jadikan iktibar seorang pengawai penguasa kena tumbuk dan di toreh dahi di masjidil haram dan di masjid madinah. tak dapat nak ibadah. sebab PUKUL SUSPEK. Ingat kuasa tu semantara jangan belagak dan gila kuasa. siasat hormat orang jangan buat macam binatang. dan mati tu kira bunuh tak sengaja mungkin sakit jantung. rujuk hukum islam ada 3 cara dikatakan membunuh orang. jangan kutuk simati dia imam kekal kat surau. awak yang kutuk orang selalu jadi imam subuh? siapa boleh hukum orang itu masuk syurga atau neraka? banyakkan ilmu islam anda kutuk orang biar bertempat. wallahualam

Tanpa Nama berkata...

wei! sape yg kutuk allahyarham 2. kowank ade bukti ke? sial la wei! sprm yg cam gampang..sprm pun mkn rasuah gak! sudah la .gi mampos ar.bodo! kalo dia mkn skali,dia gi office 2 naik bmw,mercz ke?