SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** CUEPACS DI HATI KU***Tema Hari Pekerja CUEPACS 2023 : PEKERJA BERINTIGRITI TUNJANG NEGARA MADANI*** SAMBUTAN HARI PEKERJA 1 MEI 2023

11 November 2008

113 KAKITANGAN SAMBILAN JPN KELANTAN DIBERHENTIKAN , KATA CUEPACS

Bernama
: Ramjit-->
10/11/2008

KOTA BAHARU, 10 Nov (Bernama) -- Seramai 113 kakitangan sambilan Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) Kelantan yang telah berkhidmat antara 10 dan 18 tahun kini terpaksa mencari pekerjaan lain kerana perkhidmatan mereka tidak disambung, kata Pengerusi Cuepacs Kelantan Samsudin Mohd Noor.Beliau berkata kakitangan itu kini terpaksa mencari pekerjaan seperti memandu teksi bagi menyara keluarga.Samsudin berharap kerajaan mengambil kembali kakitangan terbabit untuk berkhidmat di agensi lain yang sesuai dengan kelayakan dan pengamalan mereka.Katanya seramai 300 tukang kebun dan jaga di Kelantan turut menerima surat pemberhentian kerja sehingga 31 Disember ini dengan alasan kekosongan itu akan diisi oleh kakitangan swasta."Apakah kerajaan mahukan mereka menganggur sedangkan mereka sebelum inipun berpendapatan bawah paras kemiskinan tegar iaitu kurang dari RM500 sebulan," katanya.-- BERNAMA

Tiada ulasan: