SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** PEKERJA CEMERLANG RAKYAT SEJAHTERA***CUEPACS DI HATI KU***

07 November 2008

CUEPACS MAHU KERAJAAN KAJI PELUANG KENAIKAN GRED KEPADA JURUTEKNOLOGI GRED 41

Bernama
By: Ramjit-->
7/11/2008

KOTA BAHARU, 6 Nov (Bernama) -- Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) mahu kerajaan mengkaji peluang kenaikan gred kepada juruteknologi makmal gred 41.Presiden Cuepacs Omar Osman berkata pengalaman kerja dan kemahiran yang dimiliki kakitangan terbabit adalah setanding dengan pegawai profesional lain."Sekarang golongan terbabit apabila sampai gred 41, seolah-olah disekat daripada kenaikan pangkat ke gred yang lebih tinggi sedangkan kepakaran mereka adalah lebih baik dari seorang pegawai," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Seminar Juruteknologi Makmal anjuran Universiti Sains Malaysia dan Kementerian Kesihatan di sini, hari ini.Katanya sudah sampai masanya kerajaan mengkaji semula kedudukan kakitangan terbabit yang dianggap memerlukan suntikan baru dalam menentukan kedudukan mereka setimpal dengan tugas yang diamanahkan.Beliau mendakwa kedudukan mereka kini agak terpinggir disebabkan peluang kenaikan pangkat tidak ada ataupun kurang.Omar juga mahu kerajaan mempertimbangkan insentif khas bagi kakitangan terbabit berdasarkan kepakaran mereka yang kini hanya menikmati elaun biasa sepertimana kakitangan awam yang lain.-- BERNAMA

1 ulasan:

Mohd Shamsuri Khalid berkata...

Tuan,
sila betulkan ejaan PELAUNG kepada PELUANG....

Terima kasih