SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** CUEPACS DI HATI KU***Tema Hari Pekerja CUEPACS 2023 : PEKERJA BERINTIGRITI TUNJANG NEGARA MADANI*** SAMBUTAN HARI PEKERJA 1 MEI 2023

20 November 2008

TIDAK PERLU ANUGERAH CEMERLANG JIKA PRESTASI KAKITANGAN AWAM MEROSOT

Bernama
By:
Ramjit
20/11/2008



KUALA LUMPUR, 19 Nov (Bernama) -- Anugerah Khidmat Cemerlang tidak perlu lagi diadakan di mana-mana agensi dan jabatan kerajaan jika benar kualiti perkhidmatan penjawat awam kini semakin merosot, kata Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) Omar Osman.Beliau berkata anugerah yang diadakan setiap tahun itu menunjukkan kakitangan awam menjalankan tugas dengan penuh dedikasi sehingga melayakkan mereka menerima anugerah."Setiap jabatan menghantar laporan kepada kerajaan. Kita lihat laporan prestasi adalah baik dan cemerlang. Tetapi kalau benar-benar merosot, tidak perlu adakan anugerah khidmat cemerlang," katanya ketika dihubungi Bernama di sini, Rabu.Semalam Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Tan Sri Ismail Adam berkata kualiti perkhidmatan awam kian merosot kerana Biro Pengaduan Awam Jabatan Perkhidmatan Awam menerima 6,059 aduan orang ramai yang tidak berpuas hati dengan mutu perkhidmatan awam, sehingga September lepas.Pada tahun lepas biro itu menerima 5,347 aduan, tahun 2006 (3,397 aduan), manakala 2,707 aduan dilapor pada tahun 2005 dan ia dijangka terus meningkat menjelang akhir tahun ini.Antara aduan yang sering dikemuka ialah kelewatan, tiada tindakan oleh pegawai, keputusan yang dianggap tidak adil, perkhidmatan tidak berkualiti, salah guna kuasa, penyelewengan, salah laku dan kegagalan penguatkuasaan.Omar berkata beliau juga mahukan laporan terperinci mengenai aduan itu sama ada ia mewakili semua jabatan dan agensi kerajaan atau melibatkan kumpulan tertentu sahaja dalam perkhidmatan awam."Kalau betul merosot, kena lapor secara terperinci. Ini perlu dimaklumkan juga kepada pekerja supaya mereka boleh memperbaiki diri," katanya.Sehubungan itu Omar meminta jabatan kerajaan menganjurkan seminar, perjumpaan bulanan dan mengarahkan pekerja patuh kepada akur janji yang dibuat semasa mula berkhidmat.Beliau berkata kakitangan awam harus membuat perubahan untuk meningkatkan prestasi masing-masing dan sebarang kesulitan atau aduan perlu diselesaikan secepat mungkin.-- BERNAMA

5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Salam Sejahtera,

saya ingin komen sedikit tentang aduan-aduan yang dicatatkan oleh JPA..apa yang dapat dilihat kebanyakkannya ia melibatkan pihak tertentu..seperti kelewatan, tiada tindakan oleh pegawai, keputusan yang dianggap tidak adil, perkhidmatan tidak berkualiti, salah guna kuasa, penyelewengan, salah laku dan kegagalan penguatkuasaan. Saya mohon pihak-pihak yang berkenaan memberikan statistik lengkap golongan yang diadu supaya lebih mudah untuk CUEPACS atau pihak-pihak berkuasa lain menananginya seperti berjumpa terus kepada golongan yang diadu. Jika ia digambarkan secara purata seolah-olah semua kakitangan awam terlibat dan bermasalah dan saya menyokong saudara Presiden agar anugerah khidmat cemerlang itu dihapuskan kerana jika kumpulan sokongan tidak cemerlang mana mungkin kumpulan atasan cemerlang.

Tanpa Nama berkata...

saya menyokong supaya Anugerah Khidmat Cemerlang dihapuskan.Kadang2 yang dapat anugerah tu kerja bukan bagus sangat.Saya cakap nie bukan dengki tapi ni la realitinya.Kumpulan atasan pergi meeting kat hotel-hotel.Balik meeting bagi arahan kat org bawah macam khadam.Yang dapat nama sapa..fikir-fikirkan.

Tanpa Nama berkata...

Penilaian Prestasi perlu dibuat dengan telus dan bijak dan bukan hanya pada tempoh semasa penilaian dibuat tetapi sepanjang tahun tugas yang dilaksanakan. Kebanyakkan penilaian dibuat pada tarikh terdesak laporan prestasi perlu dihantar kepada pihak Sumber Manusia. Banyak juga yang berlaku bukan penilai yang sebenar untuk menilai prestasi tugas pegawai dan anggotanya, wujud juga sentimen hasad dengki pegawai atasan yang melihat pegawai bawahannya yang lebih hebat hingga membalas dendam menerusi laporan prestasi, jika tidak tak mungkin berlaku anggota yang baru bertugas yang tidak sampai setahun layak mendapat anugerah cemerlang. SO, FAKTOR BODEK MASIH WUJUD DISEBABKAN PEGAWAI ATASAN YANG LEMAH LUTUT BILA DISANJUNG DENGAN PUJIAN. Sampai bila pun kerajaan akan lemah dan ramai orang Malaysia akan lari kerja di luar negara kerana tidak mendapat pengiktirafan dari kerajaan.

Tanpa Nama berkata...

Salam CUEPACS..salam sejahtera..macam-macam pekeliling yang dikeluarkan oleh JPA, pakai batik pada hari khamis,..tolong ketik punch kad orang lain, kena amaran...ponteng waktu kerja,masuk lambat dan sebagainya..salah laku pekerja awam memang ketara,gaji macam tu jugak, tidak terkceuali Boss sendiri...saya harap pihak JPA dan menteri-menteri berkenaan dapat lihat fenomena yang membarah dalam perkhidmatan awam..Sembang ke hulu ke hilir macam bagus tapi, sebenarnya menghabiskan wang kerajaan sahaja..

Tanpa Nama berkata...

Memang banyak salah guna kuasa berlaku. Saya juga orang kerajaan. Yang bawah dipijak yang atas di puja. Semoga allah memberi bala dan pengajaran kpd mereka ini...