SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** CUEPACS DI HATI KU***Tema Hari Pekerja CUEPACS 2023 : PEKERJA BERINTIGRITI TUNJANG NEGARA MADANI*** SAMBUTAN HARI PEKERJA 1 MEI 2023

05 November 2008

PENJAWAT AWAM KINI MUDAH BELI KERETA BARU

Petikan Utusan Malaysia
5/11/2008
KUALA LUMPUR 4 Nov. – Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) menyambut baik langkah kerajaan meningkatkan had kelayakan pinjaman kenderaan yang membolehkan mereka mendapatkan kenderaan baru.
Presidennya, Omar Osman berkata, had kelayakan pinjaman kenderaan sebelum ini menyebabkan penjawat awam terpaksa membeli kenderaan terpakai berbanding kenderaan baru.
‘‘Ia menyebabkan penjawat awam terpaksa menanggung kos penyelenggaraan yang tinggi kerana menggunakan kereta terpakai,’’ katanya ketika dihubungi malam ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai langkah kerajaan yang memudahkan penjawat awam memiliki kereta dengan meningkatkan had kelayakan pinjaman.
Langkah berkenaan diumumkan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika menggulung perbahasan Bajet 2009 peringkat dasar Kementerian Kewangan di Dewan Rakyat hari ini.
Bagi gred Jawatan Utama Sektor Awam (JUSA), had kelayakan dinaikkan daripada RM60,000 kepada RM70,000 sementara bagi gred 41 hingga 54, had kelayakan dinaikkan daripada RM55,000 kepada RM65,000.
Bagi kumpulan sokongan pula, had kelayakan dinaikkan daripada RM45,000 kepada RM55,000.

Tiada ulasan: