SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** PENJAWAT AWAM TIANG SERI NEGARA

10 November 2008

JPA DIGESA KAJI FUNGSI LEMBAGA TATATERTIB

Berita Harian
10/11/2008



KUALA LUMPUR: Cuepacs yang tidak berpuas hati dengan Lembaga Tatatertib Kakitangan Awam mahu Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) mengkaji semula fungsi lembaga itu yang didakwa tidak adil ketika membuat keputusan membabitkan kesalahan tatatertib kakitangan kerajaan. Presidennya, Omar Osman berkata lembaga itu harus memanggil dan mendengar rayuan kakitangan awam yang didakwa melakukan kesalahan sebelum mengambil tindakan tatatertib. Omar mendakwa, kini anggota sektor awam yang dituduh melakukan kesalahan, perlu menjawab surat tunjuk sebab diberikan majikan dalam tempoh 21 hari tanpa dibicarakan.
“Ini tidak adil kerana sesetengah kesalahan tidak boleh dijelaskan melalui surat, perlu bersemuka dengan panel lembaga baru boleh terangkan,” katanya semalam selepas mendapat banyak aduan daripada ahli Cuepacs berhubung fungsi lembaga itu. Beliau mendakwa, lembaga berkenaan hanya melayan surat yang dijawab dalam tempoh ditetapkan sebelum mengambil tindakan berdasarkan jawapan kakitangan awam berkenaan. “Lembaga itu seharusnya memanggil terlebih dulu mereka yang didakwa melakukan kesalahan dan dengar penjelasan mereka. Kita tidak boleh mengadili dengan hanya sekeping surat,” katanya.
Omar berkata, Cuepacs mahu lembaga berkenaan membicarakan sesuatu kes terlebih dulu sebelum mengambil tindakan. “Kita dapat tahu banyak anggota sektor awam dibuang kerja tanpa dibicarakan. Ini sungguh tidak adil. Kita berharap JPA melihat perkara ini secara serius,” dakwanya. Omar berkata, perkara itu akan dibincangkan pada mesyuarat Kongres Cuepacs yang bakal berlangsung di Kota Kinabalu, Sabah pada 13 November ini selama tiga hari. “Pada mesyuarat itu, kita akan membuat keputusan bagaimana untuk menyelesaikan perkara ini,” katanya.

4 ulasan:

Ibu teraniaya berkata...

Saya bersetuju jika fungsi Lembaga tatatertib dikaji semula kerana telah terjadi kepada saya, dimana saya dibuang kerja disebabkan kecuaian orang lain.Saya tidak dipanggil untuk membela diri diatas pertuduhan yang dikenakan atas saya sehingga dibuang kerja.Hasil perjumpaan saya dgn pegawai SPA menyatakan,mengikut piagam SPA satu kes mengambil masa 12 bln utk selesai.Setiap kes diadili dlm suatu mesyuarat yg di hadiri oleh panel2 yg dilantik.Jadi Keputusan hanya berdasarkan surat rayuan tertuduh dan ulasan pihak jabatan.Kalau mcm nie...sampai bila pun kes kakitangan awam yg teraniaya takan selesai.Bukan semua kakitangan awam banyak duit nak upah lawyer.Dimana integriti yang diperjuangkan...stakat cakap boleh la..Orang belum rasa kes macam ini boleh la cakap apa saja.Kalau boleh bubar terus fungsi lembaga tatatertib dan ditubuhkan satu badan yang baru yang berfungsi utk
membela kakitangan awam yang teraniaya.tq

Tanpa Nama berkata...

Saya bersetuju dengan 'Ibu Teraniaya', dimana saya salah seorang penjawat awam yang baru 4 bulan dibuang pada tahun 2010. Saya juga tidak di panggil untuk sesi bela diri oleh pihak jabatan, di atas kesalahan saya dan apa yg sy dpti pihak jbtn mmbuat proses pembuangan sy tidak mengikuti prosedur yg betul.sy merupakan kader di jabatn tersebut dan ketua perkhidmatan sy sendri tidak mengetahui kes sy skrg. Apa yg pelik sy sudah dikenakn hukaman diatas kesalahan sy pd tahun 2008dengan pemotongan emolmen. DEMI ALLAH selepas drpd hukuman tersebut sy tidak pernah melakukan ape2 ksalahn (insaf) dan berintegriti. sy dikenakan hukuman kali kedua ibarat dikenakan hukuman mati sebyk 2 kali. Dan merasakan sy berasa dianiyai. sy mohon dan merayu pada pihak Tuan, brilah peluang kepada sy utk berkhidmat didalam kerajaan yg sy sanjung dan sokong selama ini. Hanya ALLAH SWT sj tahu betapa seksa dan peritnya kehidupan sy skrg. Sy merayu jasa baik Tuan Hj. Omar memndang berat kes sperti kami.

Tanpa Nama berkata...

saya juga rasa sangat teraniaya..saya bercuti tanpa gaji setelah memohon dari pentadbir..saya terus bercuti tanpa menunggu surat kelulusan kerana menurut bos ia pasti lulus..memang itu salah saya kerana tidak sabar untuk bercuti..selepas dua tahun saya bekerja semula dengan penuh dedikasi. 6 tahun kemudian saya disuruh menjawab surat pertuduhan kerana tidak hadir bertugas..rupa-rupanya cuti saya 8 tahun yang lalu tidak diluluskan.Mgkin pihak berkenaan telah mghantar surat tetapi tidak sampai kerana saya berpindah alamat. Ketika itu saya sudah di gred 44..saya menulis surat representasi dan dalam masa sebulan selepas itu saya telah dikenakan hukuman turun pangkat ke gred 41..yaAllah..gaji, elaun semua turun..yang paling sedih, pandangan rakan sejawat, pentadbir dan junior di tempat kerja.Malu, marah, sedih, tidak dihargai bercampur baur..saya diberitahu oleh pembantu tadbir hukuman yang saya lalui ialah selama 48 bulan..hukuman yang paling berat selepas hukuman dibuang kerja. Ketika hukuman berakhir nanti saya sudah pun berusia hampir 50 tahun..sekarang pun hati saya bagai disiat-siat dan ditusuk sembilu bila melihat rakan2 bergembira dinaikkan ke gred 48..bukan saya cemburu tetapi saya sgt sedih kerana saya tahu saya juga berhak untuk menikmatinya setelah seluruh jiwa raga saya serahkan untuk perkhidmatan selama berpuluh tahun ini. Lebih menghiris bila adik-adik junior berusia awal 30-an sudah menikmati gred 44 tanpa sekatan..saya? Ummpama berlari ke belakang..Saya tertanya juga adakah kesalahan saya lebih berat dari kes jururawat 'cum' isteri orang yang ditangkap berkhalwat bersama KP nya baru2 ini? Dia hanya diturunkan tangga gaji..tempoh? cuma 12 bulan!!Inilah hakikat dunia tuan-tuan Hanya kepada Allah saya bermohon, sesungguhnya orang yang teraniaya doanya amat ampuh..ameen

Tanpa Nama berkata...

Saudara dan saudari yang teraniaya,

berikut adalah cadangan yg boleh difikirkan bagi masalah ni:

1. Pro Bono- Upah lawyer secara pro bono iaitu sath cara di mana lawyer akan melakukan pembelaan secara percuma

2. Jadikan isu ini isu 1 Malaysia iaitu masukkan isu ini di dalam media massa spt tv dan major newspaper

3. Buat laporan di Biro Pengaduan Awam JPM

4. Buat aduan di Suruhanjaya Integriti

5. Buat aduan di Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan

6. Buat sekaligus semua di atas

7. Tawakkal kepada Allah