SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** CUEPACS DI HATI KU***Tema Hari Pekerja CUEPACS 2023 : PEKERJA BERINTIGRITI TUNJANG NEGARA MADANI*** SAMBUTAN HARI PEKERJA 1 MEI 2023

10 November 2008

JPA DIGESA KAJI FUNGSI LEMBAGA TATATERTIB

Berita Harian
10/11/2008



KUALA LUMPUR: Cuepacs yang tidak berpuas hati dengan Lembaga Tatatertib Kakitangan Awam mahu Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) mengkaji semula fungsi lembaga itu yang didakwa tidak adil ketika membuat keputusan membabitkan kesalahan tatatertib kakitangan kerajaan. Presidennya, Omar Osman berkata lembaga itu harus memanggil dan mendengar rayuan kakitangan awam yang didakwa melakukan kesalahan sebelum mengambil tindakan tatatertib. Omar mendakwa, kini anggota sektor awam yang dituduh melakukan kesalahan, perlu menjawab surat tunjuk sebab diberikan majikan dalam tempoh 21 hari tanpa dibicarakan.
“Ini tidak adil kerana sesetengah kesalahan tidak boleh dijelaskan melalui surat, perlu bersemuka dengan panel lembaga baru boleh terangkan,” katanya semalam selepas mendapat banyak aduan daripada ahli Cuepacs berhubung fungsi lembaga itu. Beliau mendakwa, lembaga berkenaan hanya melayan surat yang dijawab dalam tempoh ditetapkan sebelum mengambil tindakan berdasarkan jawapan kakitangan awam berkenaan. “Lembaga itu seharusnya memanggil terlebih dulu mereka yang didakwa melakukan kesalahan dan dengar penjelasan mereka. Kita tidak boleh mengadili dengan hanya sekeping surat,” katanya.
Omar berkata, Cuepacs mahu lembaga berkenaan membicarakan sesuatu kes terlebih dulu sebelum mengambil tindakan. “Kita dapat tahu banyak anggota sektor awam dibuang kerja tanpa dibicarakan. Ini sungguh tidak adil. Kita berharap JPA melihat perkara ini secara serius,” dakwanya. Omar berkata, perkara itu akan dibincangkan pada mesyuarat Kongres Cuepacs yang bakal berlangsung di Kota Kinabalu, Sabah pada 13 November ini selama tiga hari. “Pada mesyuarat itu, kita akan membuat keputusan bagaimana untuk menyelesaikan perkara ini,” katanya.

19 ulasan:

Ibu teraniaya berkata...

Saya bersetuju jika fungsi Lembaga tatatertib dikaji semula kerana telah terjadi kepada saya, dimana saya dibuang kerja disebabkan kecuaian orang lain.Saya tidak dipanggil untuk membela diri diatas pertuduhan yang dikenakan atas saya sehingga dibuang kerja.Hasil perjumpaan saya dgn pegawai SPA menyatakan,mengikut piagam SPA satu kes mengambil masa 12 bln utk selesai.Setiap kes diadili dlm suatu mesyuarat yg di hadiri oleh panel2 yg dilantik.Jadi Keputusan hanya berdasarkan surat rayuan tertuduh dan ulasan pihak jabatan.Kalau mcm nie...sampai bila pun kes kakitangan awam yg teraniaya takan selesai.Bukan semua kakitangan awam banyak duit nak upah lawyer.Dimana integriti yang diperjuangkan...stakat cakap boleh la..Orang belum rasa kes macam ini boleh la cakap apa saja.Kalau boleh bubar terus fungsi lembaga tatatertib dan ditubuhkan satu badan yang baru yang berfungsi utk
membela kakitangan awam yang teraniaya.tq

Tanpa Nama berkata...

Saya bersetuju dengan 'Ibu Teraniaya', dimana saya salah seorang penjawat awam yang baru 4 bulan dibuang pada tahun 2010. Saya juga tidak di panggil untuk sesi bela diri oleh pihak jabatan, di atas kesalahan saya dan apa yg sy dpti pihak jbtn mmbuat proses pembuangan sy tidak mengikuti prosedur yg betul.sy merupakan kader di jabatn tersebut dan ketua perkhidmatan sy sendri tidak mengetahui kes sy skrg. Apa yg pelik sy sudah dikenakn hukaman diatas kesalahan sy pd tahun 2008dengan pemotongan emolmen. DEMI ALLAH selepas drpd hukuman tersebut sy tidak pernah melakukan ape2 ksalahn (insaf) dan berintegriti. sy dikenakan hukuman kali kedua ibarat dikenakan hukuman mati sebyk 2 kali. Dan merasakan sy berasa dianiyai. sy mohon dan merayu pada pihak Tuan, brilah peluang kepada sy utk berkhidmat didalam kerajaan yg sy sanjung dan sokong selama ini. Hanya ALLAH SWT sj tahu betapa seksa dan peritnya kehidupan sy skrg. Sy merayu jasa baik Tuan Hj. Omar memndang berat kes sperti kami.

Tanpa Nama berkata...

saya juga rasa sangat teraniaya..saya bercuti tanpa gaji setelah memohon dari pentadbir..saya terus bercuti tanpa menunggu surat kelulusan kerana menurut bos ia pasti lulus..memang itu salah saya kerana tidak sabar untuk bercuti..selepas dua tahun saya bekerja semula dengan penuh dedikasi. 6 tahun kemudian saya disuruh menjawab surat pertuduhan kerana tidak hadir bertugas..rupa-rupanya cuti saya 8 tahun yang lalu tidak diluluskan.Mgkin pihak berkenaan telah mghantar surat tetapi tidak sampai kerana saya berpindah alamat. Ketika itu saya sudah di gred 44..saya menulis surat representasi dan dalam masa sebulan selepas itu saya telah dikenakan hukuman turun pangkat ke gred 41..yaAllah..gaji, elaun semua turun..yang paling sedih, pandangan rakan sejawat, pentadbir dan junior di tempat kerja.Malu, marah, sedih, tidak dihargai bercampur baur..saya diberitahu oleh pembantu tadbir hukuman yang saya lalui ialah selama 48 bulan..hukuman yang paling berat selepas hukuman dibuang kerja. Ketika hukuman berakhir nanti saya sudah pun berusia hampir 50 tahun..sekarang pun hati saya bagai disiat-siat dan ditusuk sembilu bila melihat rakan2 bergembira dinaikkan ke gred 48..bukan saya cemburu tetapi saya sgt sedih kerana saya tahu saya juga berhak untuk menikmatinya setelah seluruh jiwa raga saya serahkan untuk perkhidmatan selama berpuluh tahun ini. Lebih menghiris bila adik-adik junior berusia awal 30-an sudah menikmati gred 44 tanpa sekatan..saya? Ummpama berlari ke belakang..Saya tertanya juga adakah kesalahan saya lebih berat dari kes jururawat 'cum' isteri orang yang ditangkap berkhalwat bersama KP nya baru2 ini? Dia hanya diturunkan tangga gaji..tempoh? cuma 12 bulan!!Inilah hakikat dunia tuan-tuan Hanya kepada Allah saya bermohon, sesungguhnya orang yang teraniaya doanya amat ampuh..ameen

Tanpa Nama berkata...

Saudara dan saudari yang teraniaya,

berikut adalah cadangan yg boleh difikirkan bagi masalah ni:

1. Pro Bono- Upah lawyer secara pro bono iaitu sath cara di mana lawyer akan melakukan pembelaan secara percuma

2. Jadikan isu ini isu 1 Malaysia iaitu masukkan isu ini di dalam media massa spt tv dan major newspaper

3. Buat laporan di Biro Pengaduan Awam JPM

4. Buat aduan di Suruhanjaya Integriti

5. Buat aduan di Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan

6. Buat sekaligus semua di atas

7. Tawakkal kepada Allah

Unknown berkata...

Smua sy dh buat hasil nya mngecewakn kna tukar kpimpinan baru ok kot....

Unknown berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Unknown berkata...

Smua sy dh buat hasil nya mngecewakn kna tukar kpimpinan baru ok kot....

AS7 berkata...

aslmkm...sehingga sekarang pertanyaan saya tentang status surat rayuan buang kerja saya masih tiada maklumbalas keputusannya,saya hanya dimaklumkan melalui email pihak spa putrajaya tentang aduan saya sudah diterima sahaja.setelah hampir setahun menunggu hingga sekarang masih juga tiada perkhabaran yang munasabah.apa harus saya lakukan ya....tq

Badboy berkata...

salam. Saya baru sahaja lulus exam jbtn dan perintah am negeri dan mencukupi syarat. tetapi akibat sebab ketidakhadiran saya pada 2016 di jabatan saya satu daerah terpencil mengakibatkn saya dbuang kerja. Saya sudah terima Surat pindah kerja Pada awal tahun tetapi tidak.dibenarkn oleh admin tanpa bertanya kepada Ketua seksyen.terlebih dahulu. kemudian pada hujung bulan 2016 surat kedua telah dikeluarkn untuk berpindah d jabatan bahagian dimana tempat sya lahir dan dibesarkn.Saya tidak berpuashati dengan Apa yg telah diberikan kepada saya Bahawa saya Dibuang Kerja pada 2018. Saya sungguh kecewa kerana tiada pertimbangan yg wajar diberikan. Hasil daripada perpindahan tersebuat menjadi keselesaan sya utk bekerja dan prestasi kerja sya meningkat. Tpi malangnya tiada Hasil saya perolehi. Berbanding d pejabat lama ya satu daerah kecil dgn tiada tempat tinggal sya terpaksa mengharungi hujan dan panas melintasi satu sempadan negara jiran kita iaitu brunei@temburong setiap hari . saya rasa seperti tidak adil kerana tiada peluang diberikan kepada sya.

Badboy berkata...

salam. Saya baru sahaja lulus exam jbtn dan perintah am negeri dan mencukupi syarat. tetapi akibat sebab ketidakhadiran saya pada 2016 di jabatan saya satu daerah terpencil mengakibatkn saya dbuang kerja. Saya sudah terima Surat pindah kerja Pada awal tahun tetapi tidak.dibenarkn oleh admin tanpa bertanya kepada Ketua seksyen.terlebih dahulu. kemudian pada hujung bulan 2016 surat kedua telah dikeluarkn untuk berpindah d jabatan bahagian dimana tempat sya lahir dan dibesarkn.Saya tidak berpuashati dengan Apa yg telah diberikan kepada saya Bahawa saya Dibuang Kerja pada 2018. Saya sungguh kecewa kerana tiada pertimbangan yg wajar diberikan. Hasil daripada perpindahan tersebuat menjadi keselesaan sya utk bekerja dan prestasi kerja sya meningkat. Tpi malangnya tiada Hasil saya perolehi. Berbanding d pejabat lama ya satu daerah kecil dgn tiada tempat tinggal sya terpaksa mengharungi hujan dan panas melintasi satu sempadan negara jiran kita iaitu brunei@temburong setiap hari . saya rasa seperti tidak adil kerana tiada peluang diberikan kepada sya.

Mama Nana berkata...

Sebaiknya penjawat awam di berikan akses bantuan guaman yg sewajarnya sebelum di berhentikan, saya sangat terkilan suami diberhentikan kerja setelah berkhidmat selama 12 tahun, hukuman d jatuhkan 2 kali, dengan keadaan suami sebagai cancer survivor, struggle untuk mulakan hidup baru, terpaksa jual rumah, memang sangat perit , walau pun 3 tahun sudah berlalu , setiap masa d belenggu rasa terkilan dan susah hati tentang msa dpan, mcm mana nanti kalau suami sakit semula, dan keadaan ekonomi sekarang sangat memberi tekanan.

Mama Nana berkata...

Sebaiknya penjawat awam di berikan akses bantuan guaman yg sewajarnya sebelum di berhentikan, saya sangat terkilan suami diberhentikan kerja setelah berkhidmat selama 12 tahun, hukuman d jatuhkan 2 kali, dengan keadaan suami sebagai cancer survivor, struggle untuk mulakan hidup baru, terpaksa jual rumah, memang sangat perit , walau pun 3 tahun sudah berlalu , setiap masa d belenggu rasa terkilan dan susah hati tentang msa dpan, mcm mana nanti kalau suami sakit semula, dan keadaan ekonomi sekarang sangat memberi tekanan.

Telok berkata...

Saya kakitangan awam yg dituduh atas kesalahan 12/2 akta dadah ..setelah diberi bon kebenaran baik oleh mahkamah .. setelah saya menunggu selama 15 tahun kini saya telah mendapat tindakakan tatatertib dibuang kerja ada kah saya sepatut nye menerima nasib saya begitu atau harus membela keputusan lembaga tata tertib kerana saya memang tidak bersalah

Yuri boyka berkata...

Si malang..

Kes sya sma mcm anda..baru dibuang keje pada 1.2.2019.ada fb atau no phone boleh kita berkongsi pandangan

Yuri boyka berkata...

Kes kita sama.ada x fb atau email yg boleh sya hubungi utk kita bertukar pandangan..baru dibuang kerja pada tarikh 1.2.2019 kes 15 (1) dan 12 (2) dilepaskan dgn bon berkelakuan baik (2thn)

S H I T E Q berkata...

Kita bincang dlm fb atau no phone tglkn . Saya sampai skrg blum ada kputusan rayuan. Ntah baca atau buang sja kot yg sya hantar tu.. Baca la dulu rayuan kita. Pahami dan tau setiap manusia lain2 masalah yang dihadapi. Nak report dah satu tahun xda balas. Sampai kena buang keluarga. Tq lah sbb buat kita mcm ni . Sila tglkn no fon. Apa2 kita bleh isu sama2

Yuri boyka berkata...

Jikalau ada yg nak bertukar pandangan mcm kes saya ni sila email ke rayyanmikail8176@gmail.com

Pairjoy476@gmail.com berkata...

Salam..boleh saya bantu

Unknown berkata...

Saya juga mengalami nasib sama di buang kerja tanpa melakukan kesalahan yg di tuduh.Bukan la ingin mnyatakan saya baik n sempurna tp saya di aniaya sedangkan saya sebatang kara..betapa kejam hati mereka memfitnah,membuat laporan palsu terhadap saya.Sekarang nama saya pun di istihar "BANKRUPTCY", bayangkan mcm mn kehidupan saya SEKARANG.IM SO DOWN N IM NOTHING! Sy x tau buat apa.Slpas di panggil bekerja tiba2 saya di buang pulak..ya Allah..
No sy utk yg sudi berkongsi masalah n kita yg senasib mgkin blh Cuba tebus Smua yg trjdi.Mga Allah trus mbntu kita insan2 teraniaya ini..amin....