SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** CUEPACS DI HATI KU***Tema Hari Pekerja CUEPACS 2023 : PEKERJA BERINTIGRITI TUNJANG NEGARA MADANI*** SAMBUTAN HARI PEKERJA 1 MEI 2023

31 Januari 2009

PEKERJA KONTRAK NAFI DITAWAR PINDAH KERJA

Bernama
By:
Ramjit-->
31/1/2009



PULAU PINANG, 31 Jan (Bernama) -- Beberapa pekerja kontrak Perbadanan Perpustakaan Awam Pulau Pinang (PPAPP), yang ditamatkan kontrak mereka mulai esok, menafikan mereka diberi surat tawaran untuk berpindah ke perpustakaan desa seperti yang didakwa oleh kerajaan Pulau Pinang.Menurut mereka, kenyataan Timbalan Ketua Menteri II, P. Ramasamy bahawa PPAPP telah mengeluarkan surat tawaran itu sebagai cara untuk membantu menyelamatkan mereka daripada menganggur tidak benar sama sekali.Ketika dihubungi Bernama Ibrahim Ismail, 51, dari Permatang Pasir mendakwa kerajaan negeri berdolak dalik dan mengelak tanggungjawab untuk membantu 13 pekerja kontrak yang terumbang-ambing tanpa sumber pendapatan itu.Beliau, yang mempunyai lima anak dan seorang daripadanya menghidapi leukemia, berkata kerajaan negeri berpura-pura menunjukkan sikap prihatin kononnya cuba membantu mereka tetapi sebenarnya bertindak zalim dengan menamatkan pekerjaan mereka di saat ekonomi sedang gawat.Ibrahim, yang telah berkhidmat selama 10 tahun sebagai pembantu perpustakaan di Perpustakaan Seberang Jaya berkata sebelum ini Ramasamy, yang juga Pengerusi PPAPP, menyatakan bahawa pekerja berkenaan akan ditawarkan berkhidmat di perpustakaan desa atau diserapkan ke agensi kerajaan negeri yang lain."Kami hanya menerima surat penamatan kontrak mulai 1 Feb 2009 yang ditandatangani oleh Pengarah PPAPP, Shukriah Yon. Surat lain termasuk surat tawaran untuk berpindah ke perpustakaan desa atau diserapkan ke agensi kerajaan negeri yang lain seperti yang didakwa itu memang tidak ada," katanya.Ibrahim turut membidas kenyataan Ketua Menteri Lim Guan Eng semalam yang tidak mengiktiraf pekerja kontrak sebagai kakitangan kerajaan negeri kerana selama ini gaji mereka dibayar oleh Pegawai Kewangan Negeri.Norlela Abdul Hamid, 34, yang terpaksa menyara dua anak serta suami yang cacat penglihatan (OKU) mendakwa beliau telah menghantar surat rayuan kepada Ramasamy tetapi tidak mendapat jawapan sehingga hari ini.Selain itu, beliau juga menghantar surat sebanyak dua kali kepada Ketua Menteri untuk bertemu dan mendapatkan bantuan beliau tetapi tiada jawapan."Saya kesal dengan sikap kerajaan negeri yang kononnya mengamalkan dasar pintu terbuka dan telus sedangkan pada realitinya itu semua satu pembohongan. Apa agenda mereka sebenarnya? Nak menipu rakyat ke?" katanya.Beliau yang telah tujuh tahun berkhidmat di Perpustakaan Seberang Jaya berkata masalah berkenaan telah diajukan kepada Cuepacs dan berharap nasib mereka mendapat pembelaan sewajarnya.-- BERNAMA

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

SEBENARNYA MASALAH KAKITANGAN KONTRAK DIPANDANG ENTENG OLEH CUPEACS KERANA KITA ADALAH KAKITANGAN KASTA RENDAH...