SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** CUEPACS DI HATI KU***Tema Hari Pekerja CUEPACS 2023 : PEKERJA BERINTIGRITI TUNJANG NEGARA MADANI*** SAMBUTAN HARI PEKERJA 1 MEI 2023

17 Mei 2010

HADIAH UNTUK GURU

Berita Harian
Oleh Rohaniza Idris
roha@bharian.com.my
2010/05/16





KUALA LUMPUR: Lebih 20,000 guru, termasuk pengetua dan guru penolong kanan hal ehwal murid (PK HEM) serta guru besar dijangka menikmati kenaikan pangkat, elaun dan manfaat lain yang akan diumumkan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, sempena Hari Guru peringkat kebangsaan yang disambut di Kuantan, hari ini.
Selain itu, pelbagai insentif lain juga dijangka diumumkan Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran termasuk langkah mengurangkan beban kerja yang selama ini ‘menghantui’ golongan ini. Sumber berkata, kenaikan pangkat yang membabitkan kategori DGA32 hingga DGA54 turut merangkumi pegawai perkhidmatan pendidikan yang bertugas di Kementerian Pelajaran, Jabatan Pelajaran Negeri, pejabat pelajaran daerah dan pensyarah Institut Pendidikan Guru.Katanya, ketika ini guru besar bukan siswazah di sekolah kurang murid kebanyakannya memegang gred DGA32 manakala guru besar di sekolah gred A, DGA34.“Bagi sekolah menengah, kebanyakan guru penolong kanan hal ehwal murid (PK HEM) berada dalam gred DGA44 berbeza dengan PK Pentadbiran dalam gred DG48. Mungkin ada penyeragaman pangkat di antara mereka,” katanya kepada Berita Minggu, semalam.Sumber itu berkata, Muhyiddin juga dijangka mengumumkan satu tawaran baru iaitu ganjaran kewangan kepada pengetua, guru besar dan guru-guru yang berjaya melonjakkan prestasi sekolah masing-masing. Selain itu katanya, ganjaran juga dijangka diberikan kepada pengetua, guru besar dan guru-guru yang berjaya melonjakkan kedudukan sekolah. Bagaimanapun katanya, Muhyiddin akan memberikan penjelasan terperinci mengenai perkara berkenaan ketika mengumumkannya.Sumber itu juga berkata, ganjaran yang diberikan kepada pengetua, guru besar dan guru pula lebih kepada pencapaian dan prestasi yang dicapai sekolah mengikut ketetapan kementerian.Mengenai beban tugas guru yang diberikan perhatian serius oleh Muhyiddin, beberapa tindakan juga dijangka diambil. Antara bebanan yang dijangka dikurangkan ialah tugas perkeranian yang sebelum ini menjadi bebanan guru sehingga mengganggu tugas hakiki mereka iaitu pengajaran dan pembelajaran di kelas.Selain itu, katanya, kursus yang akan dihadiri guru juga akan diselaraskan supaya tidak berlaku pertindihan. Ini bagi mengelak guru yang sama mengikuti pelbagai jenis kursus yang dianjurkan.Sumber itu berkata, pembahagian tugas di sekolah juga akan diberi perhatian dengan mengagihkan tugas secara adil bagi mengelakkan bebanan tugas tertumpu kepada guru tertentu saja.Katanya, Muhyiddin juga dijangka mengumumkan ganjaran untuk mereka yang berkhidmat di kawasan pedalaman yang bakal dinikmati semua guru selain mengambil kira tempoh perkhidmatan mereka di kawasan berkenaan.“Ini bermakna guru yang lama berkhidmat di kawasan pedalaman kemungkinan berpeluang untuk mengajar di kawasan bandar begitu juga sebaliknya,” katanya.Sumber juga berkata, pengumuman Muhyiddin itu adalah antara 10 perkara yang dibincangkan kesatuan guru dengan Kementerian Pelajaran. Namun, atas dasar penjimatan, beberapa tuntutan tidak dapat dilaksanakan tahun ini. Katanya, kementerian tidak mungkin menaikkan elaun wilayah walaupun beberapa tuntutan mengenai perkara itu sudah dibangkitkan kesatuan guru beberapa kali.Sebelum ini, Muhyiddin berkata, beliau akan mengumumkan satu dasar baru yang lebih komprehensif untuk guru sempena sambutan Hari Guru peringkat kebangsaan.Dasar itu, katanya akan mengandungi skim lebih baik untuk pengetua dan guru besar dari segi kenaikan pangkat, elaun dan manfaat lain.Ketika ini, ada 400,000 guru di seluruh negara, termasuk pengetua, guru besar, penolong kanan serta pegawai perkhidmatan pendidikan yang bertugas di Kementerian Pelajaran, Jabatan Pelajaran Negeri dan pejabat pelajaran daerah.

21 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Jgn fikir gaji dan elaun guru saja. kerani mcm mana? Kami pun beban keja byk.. tak adilla mcm ni.

Tanpa Nama berkata...

Jgn lupakan staf bawahan ni. mcm2 kerja kena buat. Gaji hanya cukup2 makan. Apa hadiah yg kami dapat? Fikirkan perasaan kami..

Tanpa Nama berkata...

Skim Teknikal dah lama tak naik naik...cikgu dah banyak kali naik

Tanpa Nama berkata...

cikgu ajela yg buat kerja....buat penat jer bising kat sini.."Guru didahulukan yg lain diketepikan" kita sbgi staff sokongan ni mmg tdk dihargai langsung!

Tanpa Nama berkata...

aku pun heran CUEPACS berjuang untuk semua penjawat awam NUTP berjuang untuk guru, bila CUEPACS mintak naik gaji dulu-dulu cikgu naik sekali tapi bila NUTP mintak, dapat, hanya cikgu saja dapat, sepatutnya kat negara kita ni ada satu saja persatuan yg memperjuangkan nasib pekerja di bawah perkhidmatan awam begitu juga hari, sepatutnya hanya ada satu hari saja yg mewakili pekerja perkhidmatan awam

Tanpa Nama berkata...

Mmg pun. cikgu ja yg buat keja, org lain tak buat keja. Cikgu ja dapat elaun, org lain tak pun. Cikgu mintak apa semua dapat. Staf sokongan mintak apa susah nak dapat malah mcm2 tapisan lagi.Kami staf sokongan pun buat keja, beban keja banyak. cikgu lainla, balik keja pukul 2.30 ja. Kami balik klu 5 tp klu byk keja balik malam. geram betoi dan meyakitkan hati ja

Tanpa Nama berkata...

Cikgu ja dapat elaun, diorang pun gaji mahal dah, setakat ajar budak sekolah ja nak kelebihan mcm2. Staf sokongan pun buat keja jugak malah mintak apa2 susah nak dapat.Tahun depan klu hari guru, apa plak cikgu2 nak mintak. Staf sokongan plak diabaikan. Kola pun tak naik2. Elaun perumahan klu setakat RM180 buat apa. Bayar bil pun tak lepas.

Tanpa Nama berkata...

polis bila naik gaji ,gila nak tembak budak sebab seronok

cikgu bila naik gaji,gila nak ajar tuisyen sebab tamak

http://www.imtiyaaz4u.com/rasidah2301 berkata...

senang aja, kalau nak gaji lebih dan besar, sambunglah belajar lagi. gaji yang kerajaan bagi sesuai dengan kelulusan. itulah dulu malas belajar.....

Tanpa Nama berkata...

kpd no.name
jgn terlalu ego bila bercakap..ramai golongan bawahan yg dah ada diploma atau ijazah tapi x penah diberi peluang utk naik..kalau anda dah dpt keje dgn kelulusan anda yg sbenar tu byk2 bersyukur la..jgn tduh org malas belajar..

Tanpa Nama berkata...

Sebenarnya apa yang dimaklumkan oleh TPM dan akhbar tempatan tak benar...TPM pun tak tau apa yang berlaku dalam sekolah...diam main cakap je...mana boleh GPK Hem je yang naik dan dapat elaun..sedangkan GPK Kurikulum,Ko Kurikulum,Penyelia Petang menjalankan tanggungjawab yang sama..baynak yang tak betul mesti dibetulkan....

Tanpa Nama berkata...

Hanya guru saja yang tahu apa berlaku dalam profesion perguruan...cuepacs pun tak mampu nak bela semua PA...NUTP...ayuh..!!!..keluar saja dari gabungan cuepacs..selama ini pun perjuangan kita dah banyak berjaya tanpa cuepacs...

Tanpa Nama berkata...

no.name..
BANGANG..

ni mesti guru yang kena queen control ni, di kelas atau di blog bukan main lagi..
kalau di rumah jadi tikus basah...

Tanpa Nama berkata...

YAH...ayuh NUTP...keluar dari gabungan cuepacs...
dan ayoh kerajaan... SWASTAKAN institusi dan profesion perguruan...
kakakakakaka...

Tanpa Nama berkata...

SOKONG...SWASTAKAN SAJA INSTITUSI PERGURUAN.

hah..knapa tak jawab..??!!

kalaulah diswastakan..hehe..
alamatlah guru2 gigit jari,
eksen betul.

Tanpa Nama berkata...

cikgu ajelah dapat naik elaun..kakitangan sokongan yang bekerja di sekolah xada pun naik elaun..klu nk ikutkan ramai kktgn bwhn ni ada pelajaran spt diploma n ijazah cuma peluang aje xade..ape salahnya cuepacs suarakan naikkn gji untuk semua yg ada kelulusan biar setaraf ngn kelulusan..

ADA NAMA berkata...

Jgn ada komen2 yg mencerminkan ketamakan diri dan dengki khianat..pls la.. Seharusnya kita bersyukur dgn rezeki yg ada.. Kita ada pelajaran, ada kerja dan dapat hidup sempurna pun kerana guru.. Fikir-fikirkan lah..

Pembentuk Akhlak Murid berkata...

Yang diumumkan dapat gamjaran, dapat kenaikan hanya lah Pengetua. Guru Besar, Pen Kanan Pentadbiran, Pen Kanan HEA ( wujud ke jawatan ini?) dan Pen Kanan Ko-kurikulum.. Pen Kanan Hal-Ehwal Murid TIDAK DISEBUT LANGSUNG !!! Ada kah mereka buta dgn jawatan di sekolah ??? Atau memikirkan jawatan ini tidak penting dan tak perlu disebut dalam media?? Atau mungkin kah memang tidak ada insentif untuk golongan ini??

PK HEM KECEWA berkata...

Nyawa saya terancam sejak jadi PK HEM yg cuba menangani kes-kes juvana , gengsterisme dan salahlaku murid di sekolah. Bila kerajaan umumkan insentif, jawatan kami di pandang sepi. Bagi saja lah PK Pentadbiran bangunkan sahsiah dan disiplinkan pelajar dan tolong pelajar-pelajar yg bermasaalah...What is this ???

PENGE-TUA berkata...

Unit Hal Ehwal Murid (HEM) tak penting agaknya..

Tanpa Nama berkata...

jgn kata kakitangan bawahann je...kenaikan gaji ni dari dulu sampai skrg pun asyik guru je yang dpt...kami ni pensyarah universiti x penah ada kenaikan...ada PhD tp tangga gaji lbh kurang cikgu sklh yang lulus maktab perguruan je...mmg x adil langsung..