SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** CUEPACS DI HATI KU***Tema Hari Pekerja CUEPACS 2023 : PEKERJA BERINTIGRITI TUNJANG NEGARA MADANI*** SAMBUTAN HARI PEKERJA 1 MEI 2023

14 Mei 2010

MAHYIDDIN MINTA PENJAWAT AWAM LAKSANA DASAR KERAJAAN BERLANDASKAN 1 MALAYSIA

Bernama
14/5/2010




SIBU, 14 Mei (Bernama) -- Tan Sri Muhyiddin Yassin meminta penjawat awam supaya mengutamakan semangat 1Malaysia dalam melaksanakan dasar-dasar kerajaan termasuk yang digariskan dalam pelan transformasi kerajaan dengan lebih cekap dan berkesan.Timbalan Perdana Menteri berkata penjawat awam merupakan barisan pertama yang diberi tanggungjawab menyampaikan mesej kerajaan kepada rakyat berdasarkan slogan Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan."Penambahbaikan dalam perkhidmatan sektor awam akan memastikan rakyat akan menikmati sistem penyampaian perkhidmatan yang cekap dan cepat," katanya dalam satu pertemuan dengan penjawat awam negeri dan persekutuan di sini hari ini, yang turut dihadiri Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Dr Koh Tsu Koon dan Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak Datuk Amar Mohamad Morshidi Abdul Ghani.Muhyiddin juga mengingatkan penjawat awam supaya bersikap kreatif dan inovatif dalam melaksanakan tugas mereka.Dalam satu acara lain, beliau menyampaikan geran kerajaan berjumlah RM1.12 juta untuk enam projek pembangunan umat Islam di sini.Daripada jumlah itu, RM500,000 adalah untuk Sekolah Rendah Agama Lembaga Amanah Kebajikan Islam Sibu (Lakis), RM540,000 untuk empat projek melibatkan masjid dan surau dan RM80,000 untuk Perkim.Upacara penyampaian cek itu berlangsung selepas solat Jumaat di Masjid An-Naim di sini. Turut bersolat di situ ialah Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud.Pada majlis itu juga, Muhyiddin menyampaikan bantuan berjumlah RM365,000 yang diluluskan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak baru-baru ini untuk lapan sekolah kerajaan di sini.-- BERNAMA

8 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

gaji RM1000 sebulan..dah tolak2 tinggal RM400.00. tak sempat 2 minggu, gaji pun habis...

2 minggu seterusnya ialah mesti pinjam kawan untuk terus hidup...kehkehkeh...nak isi minyak motor la..nak beli makanan kat rumah la..nak bayar tol la...nak beli pampers la..nak beli susu la..kehekhekh..dan seribu macam lagi...

jadi..nak bagi berkesan lagi tak tahu la...memang penjawat awam pun bergelut untuk hidup...bersungguh2 juga mereka bekerja demi kejayaan 1 malaysia dan sebagainya.

kadang2..duit tinggal RM5.00 dalam poket..dah tentu dia asyik fikir mana tempat lagi dia nak pegi pinjam dan sebagainya...kalau tak...tak berasap dapur...tak berjalan motor..tak minum susu anak dia...tapi kerja tetap kerja...tak ada pun kakitangan awam yg tak buat kerja semata2 dalam poket hanya ada RM5.00 ja..kehkehkeh...kerja tetap kerja...

macam mana nak cukup beb..kos hidup melambung amat pantas...pendapatan kakitangan awam amat perlahan...

kalau dulu kos kacang hijau sekilo RM3.00..kemudian naik ke RM5.00..sekarang dah jadi RM6.50 sekilo...cam no...kehkeh..

tu baru bab kacang hijau...kehkehkeh...

ok la..letih...kehkehkeh...

PTD Cerdik berkata...

kami gaji pun cukup2 makan padahal dekat rm3000 tu. nk byr city + kondo + pampers + susu = habis licin

so sila naikkan gaji semua kakitangan awam, bukan asyik naikkan sokongan sahaja.

member aku lg kesian, gaji rm600 ke operator.. lg penin mana nk cr duit. so yg sokongan tu berhemah la ok

Gred 44 berjanggut berkata...

Semua PA memang cukup2 je gaji untuk hidup. Sekarang ni kalau gaji setakat 3-5k... hanya berbendapatan sederhana. Biasanya dalam gred 41-48. Jgn kata kita nak bergaya... tapi situasi memerlukan kita berbelanja lebih... bukan sombong tapi tak kan nak pakai baju bundle jerr...tentu pandangan mata awam anggap PA terlalu sengkek walaupun gred 41-48. Keta pun tak kan nak pakai Wira aje... operator pengeluaran pun pakai Wira... kurang2 Exora ke...Perdana ke... atau kalau mampu Wish ke... So kalau nak naikkan 40% semua gred mesti naik 40% baru adil. Jangan asyik lebihkan kum. sokongan je...

Tanpa Nama berkata...

entahlah..tanya la pak man omar kita. presiden tau kot nak buat macam mana. gaji kecik kos tinggi.

memang lemas la...

tak apa la..kita cuba jimat.

tapi nak jimat cam na lagi pun tak tau la..

rumah nak kena bayar..
bil2 kena bayar...
kereta nak kena bayar...
tol nak kena bayar..
barang2 dapur nak kena bayar..
hutang kawan nak kena bayar...
kos ubatan nak kena bayar..
pembantu rumah nak kena bayar..
hutang perabot nak kena bayar..
kad credit nak kena bayar..
PTPTN nak kena bayar...
emak dan bapa kat kampung nak kena support..
kenduri kendara nak kena bagi duit...
road tax, repair kerta nak bayar juga..
ikan sayur nak kena beli hari2...
tadika anak, anak sekolah kena bayar..
van sekolah, alatan buku kena bayar..
laa...letih nak tulis...
banyaknya.....

elok la pak presiden minta naik gaji banyak sikit...sian kat kita...

Tanpa Nama berkata...

dah tau takde duit nak pakai maid,keta besar.kad kredit(nie mesti kes berlagak la)HSBC kan ade nak beli piano pun boleh,,mengucap dalam berbelanja..cleaner gaji RM400 pun boleh sekolahkan anak dan boleh makan takkan hang penjawat awam kebulur

Tanpa Nama berkata...

takde duit yang gatal beli perabot utang tu wat per,,,jaga imej la konon,,pi la beli kat bundle,,kalau pandai mengemas buatla konsep jepun takde perabot cantik gak,,nak pakai maid,,berlagak la tu,apasal pakai kad kredit,,,nak beli benda branded tak takde cash apalagi kad kredit kasi gesek cam biola

Tanpa Nama berkata...

kehkehkeh...

Tanpa Nama berkata...

saya adalah penghantar Notis N3 telah berhidmat selama 21 tahun gaji dah langgar dinding. selepas tolak tolak tinggal 900 lebih saja tak tahan sampai hujung bulan. kini saya minta jasa baik pihak cuepacs semak semula gred N3 dan gred N1 Dan pemandu R1 kenapa nak di satukan.sedangkan dijabatan kami sekarang tiada jawatan R1 dan kami sebagai penghantar notis kena memikul jawatan tersebut tanpa sebarang elaun.