SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** CUEPACS DI HATI KU***Tema Hari Pekerja CUEPACS 2023 : PEKERJA BERINTIGRITI TUNJANG NEGARA MADANI*** SAMBUTAN HARI PEKERJA 1 MEI 2023

15 Mei 2010

TUKAR STATUS 95,000 KAKITANGAN

Harian Metro
15/5/2010





SERDANG: Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) mahu gelaran status Kumpulan Sokongan bagi penjawat awam ditukar kepada Kumpulan Pegawai Pelaksana supaya dapat membentuk budaya kerja lebih kreatif dan cemerlang.
Presidennya, Omar Osman berkata, tuntutan pihaknya itu selaras dengan Model Ekonomi Baru (MEB) kerajaan dalam usaha memantapkan sektor perkhidmatan awam di negara ini.

Menurutnya, pada masa ini ada 95,000 penjawat awam daripada Kumpulan Sokongan membabitkan pelbagai tahap dan kelayakan.

“Kami hendak status gelaran Kumpulan Sokongan ditukar kerana Gred 1 hingga 40 dalam kumpulan ini mempunyai diploma ke bawah. Peringkat diploma ini kita tak boleh panggil kumpulan sokongan. “Kalau meletakkan seseorang itu kumpulan sokongan jadi pemikiran pekerja ini menganggap seolah-olah ada kerja buat, tak ada kerja tak buat, suruh buat, tak suruh tak buat. Jadi masih perlu diarah.

“Justeru, kami dalam perhimpunan Cuepacs (baru-baru ini) kami bersetuju hendak minta ditukar kepada Kumpulan Pegawai Pelaksana. Apabila pegawai pelaksana, diberi arahan kena laksana sampai selesai, tak ada lagi timbul sokongan,” katanya pada Majlis Sambutan Hari Pekerja Kakitangan institusi pengajian tinggi awam (IPTA) di Universiti Putra Malaysia (UPM), di sini, semalam.

Majlis perasmian sambutan itu dirasmikan oleh Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) Kementerian Pengajian Tinggi, Datuk Omar Abdul Rahman, yang mewakili Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin. Hadir sama Naib Canselor UPM, Prof Datuk Dr Nik Mustapha Raja Abdullah; Naib Canselor Universiti Malaysia Kelantan (UMK), Prof Datuk Dr Zainai Mohamed dan Naib Canselor Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Prof Dr Aziz Deraman.

Sambutan yang julung kali diadakan Gabungan Kesatuan Universiti Malaysia (Gakum) itu bertujuan meraikan kakitangan dan ahli persatuan sempena Hari Pekerja 1 Mei lalu.

Omar yang juga Pengerusi Gakum, berkata perhimpunan terbabit penting kerana sejumlah 45,000 kakitangan awam dari Kumpulan Sokongan berada di IPTA. Justeru, beliau berkata, pihaknya berharap perhimpunan akan datang turut mendapat bantuan daripada pihak kementerian supaya sambutannya lebih gemilang.


“Kami berharap semua pengurusan universiti menyokong aktiviti ini. Ini kerana ia selaras dengan pemikiran kreatif dan inovatif, malah kami tidak lari daripada konsep itu,” katanya. Beliau berkata, dalam menuju ke arah konsep itu, sekali gus mempertingkatkan kemahiran penjawat awam di IPTA, pihaknya berharap semua bahagian latihan universiti dapat memantapkan aspek latihan.

“Malah, semua penjawat perlu diberikan pemahaman lanjut kerana universiti adalah berlainan sedikit berbanding agensi lain,” katanya. Katanya, ketika ini sebanyak 16 IPTA mempunyai kesatuan dan bernaung di bawah Gakum, manakala empat universiti lagi belum berbuat demikian.

“Kita minta jasa baik pihak pengurusan supaya dapat membantu dalam hal ini untuk menubuhkan kesatuan,” katanya

11 ulasan:

PTD Cerdik berkata...

kalo bagi nama BERUK MATYEH lagi buat kerja agaknya. skang ni pun asyik mengarah pegawai buat sendiri keje senang mcm fotostet, naik nama jadi pegawai pelaksana silap2 makan nasik pun pegawai kena suapkan

pendidikan rendah tp perasan hebat nak mampus

Tanpa Nama berkata...

Biar nama tak gah tapi gajinya gah, misalnya orang kata tengok si tukang sapu tu nama je tukang sapu tapi gaji RM10,000 sebulan jadilah nak apa lagi he he he...

Tanpa Nama berkata...

PTD Cerdik bercakap macam dia tu hebat sangat lah konon...orang yang biasanya sombong dan riak bercakap ni sebenarnya satu perangai ngan syaitan..syaitan ni biasa berbangga diri dan merasa hebat.....piii..lah...syook sendiri......kalau kerajaan tak ambil engko bekerja, mungkin menganggur sampai sekarang.....

Tanpa Nama berkata...

PTD Cerdik

tak baik ckp mcm tu...
hari ni awak nasib baik...esok lusa..akan dtg...anak cucu awak taktau ape jadi..

kalau jadi org bawah...rela ke awak org panggil anak cucu tu BERUK MATYEH...

kita sesama manusia..tak baik mengutuk/menghina...kalau ada kelebihan..semua tu pinjaman Allah..bila2 masa Dia boleh amik semula...sedarlah...

Tanpa Nama berkata...

salam semua..ingat x lagi ari 2,masa kat PICC..semasa kita tunggu PM mai..kita dihidangkan dengan ladu koir mengantuk..pastu PM pn sampai,bapak Presidan pn brucap..hebat,riuh dewan,pastu PM plak sampai abeh..laa xde pun kejutan pengumuman yang diwar2kan..masing tengok muka masing2.abok pun tarak..duit abeh,masa terbuang,ada yg tido dlm bas..x mandi pagi plak 2...apa ni bapak Presiden..kes nanya..

Tanpa Nama berkata...

kita ni asyik dok kutuk sama sendiri, cikgu pulak dah terima habuan kemarin...mmmmmmmmm...kata orang, pi mai pi mai kerani jugak tak naik gaji...kesian diri sendiri...

Kerani Senior berkata...

Tahniah Ceupacs... harap2 jawatan kami ditukar kepada Pegawai Pelaksana. Boleh kami dpt bilek, PA, parkir, elaun mcm 41 dan suratkhabar. Harap2 dpt claim tie dan kot mcm 41 juge. Br org respek kami!!

Tanpa Nama berkata...

Kpd PTD Cerdik..
rasanya kamu memang cerdik untuk memonupulasikan orang bawahan kamu.Kamu tak sedar yang kebanyakkan org bawahan kamu semuanya ada degree atau diploma.Nasib kamu je baik dpt jadi PTD yang tdk berpengalaman dan asyik mengarah itu-ini.


SEKOLAH TINGGI TAPI BODOH BERTINGGKAT.

Tanpa Nama berkata...

PTD Cerdik berkata...
kalo bagi nama BERUK MATYEH lagi buat kerja agaknya. skang ni pun asyik mengarah pegawai buat sendiri keje senang mcm fotostet, naik nama jadi pegawai pelaksana silap2 makan nasik pun pegawai kena suapkan
pendidikan rendah tp perasan hebat nak mampus

IYE LAH TU PTD.. KAMI LUPA LAK YANG KAMU NIH YANG BAYAR GAJI KAMI..
eh..eh.. saya silap taip ke tadi,
saya ingatkan dia nih yg bayar gaji kita nih.
TAK MALU PUNYA PTD, dia pun 2 X 5 makan gaji.

Tanpa Nama berkata...

PTD,
awak nih pun kira kena suap juga sebabnya awak pon makan gaji
hehe.. so kiranya awak nih "KETUA BERUK MATYEH"

Tanpa Nama berkata...

tah...PTD tak sedar diri...tah pak ko jadi polis greD 17 cam tu sara kau makan samapai buat degree di kira sebagai beruk matyeh...pi blahhhh la PTD bangang