SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** CUEPACS DI HATI KU***Tema Hari Pekerja CUEPACS 2023 : PEKERJA BERINTIGRITI TUNJANG NEGARA MADANI*** SAMBUTAN HARI PEKERJA 1 MEI 2023

28 November 2010

SKIM PERKHIDMATAN KUMPULAN PARAMEDIK AKAN DIKAJI SEMULA - ROSNAH

Bernama
27/11/2010

KOTA KINABALU, 27 Nov (Bernama) -- Kementerian Kesihatan bercadang untuk mengkaji semula skim perkhidmatan kumpulan paramedik seperti pembantu pembedahan pergigian dan pembantu perawatan kesihatan, pada tahun depan.Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin berkata selain itu, turut dikaji ialah pewujudan insentif bagi menarik minat anggota kementerian tersebut berkhidmat dengan klinik bergerak IMalaysia, yang dijangka dilancarkan 9 Dis ini.

Bagaimanapun, penetapan gaji untuk penjawat awam yang bertugas di kementerian itu adalah di bawah bidang kuasa Jabatan Perkhidmatan Awam, katanya dalam satu kenyataan.Beliau mengulas kenyataan pengerusi DAP Sabah Dr Hiew King Che, yang juga anggota Parlimen Kota Kinabalu yang meminta Kementerian Kesihatan mengkaji semula gaji penjawat awam di kementerian itu.Rosnah berkata pada tahun ini sahaja, lima kajian penambahbaikan skim perkhidmatan telah dipersetujui kerajaan, termasuk jawatan bidan ditawarkan ke skim perkhidmatan jururawat masyarakat dan pembantu hospital rendah ke skim perkhidmatan pembantu tadbir (perkeranian/operasi).
Selain itu, beliau berkata kerajaan turut meluluskan bayaran insentif penempatan Sabah, Sarawak atau Labuan dan bayaran insentif perumahan Sabah, Sarawak atau Labuan, selain memanjangkan kemudahan perubatan kepada pegawai bukan warga negara yang dilantik secara kontrak, berkuat kuasa 1 Julai lepas.Katanya, laluan kerjaya yang lebih baik juga diperkenalkan tahun ini untuk pegawai perubatan, pergigian dan farmasi.-- BERNAMA

63 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

inilah yang tak best ni, kalau nak kaji pun, biarlah kaji semua penjawat awam yang berkhidmat dengan kerajaan ni. sekarang ni, menteri-menteri melobi supaya kerajaan menaikkan gaji kakitangan di kementerian masing-masing...ini yang tak adil untuk semua penjawat awam yang bekerja di semua sektor. keadilan perlu untuk semua kakitangan awam yang berkhidmat di semua kementerian, bukannya khusus untuk satu-satu kementerian sahaja...

Tanpa Nama berkata...

Betul..saya pun bersetuju dengan kenyataan tanpa nama di atas. inilah kalau budaya melobi diamalkan, dari menteri sampailah kepada kakitangan bawahan. apa nak jadi kepada kita PA ni.

Seragam berkata...

Nak selaraskan jwtn @ gaji biar lah menyeluruh beb..

Tanpa Nama berkata...

setujuuu....

Tanpa Nama berkata...

Apa kata Rahman Nanyan dan kerabat kerabat pengampu yg lain..x kan diam kut...kahkahkahkah

Tanpa Nama berkata...

kategori paramedik nie ramai ada juruteknologi makmal, pembantu farmasi, penolong pegawai perubatan, jururawat masyarakat, jururawat, dll....kenapa hanya PPK dan Pemb.jururawat pergigian sahaja nak kaji...Sepatutnya kaji tentang elaun oncall kerana hanya doktor sahaja yang menikmatinya...kritak elaun pun sama perlu di beri samarata...Nie suruh oncall 24 jam kat klinik sampai nak gerak kemana2 pun susah...Cuti susah sebab kena dapat penganti baru boleh cuti...Apa citer..Doktor yang duduk kat klinik kerja paling senang habis kerja terus balik sebaliknya kami paramedik nie kena oncall 24 jam..tidur tak cukup nak bersama keluarga bawa jalan2 pun susah...Doktor, Pegawai Farmasi naik pangkat kerja 8 tahun dah di gred U54...kami kerja 15 tahun baru naik gred itupun 1 gred jer. Contoh U29 ke U32...Apa-apapun pentadbiran kerajaan ini perlu diubah terutama di JPA..Banyak masalah disana..Nak senang naik jer gaji 10% ke 25% untuk semua Penjawat Awam baru nampak keadilan..Elaun pulak berdasarkan tugas yang diberikan...Siapa setuju????

Tanpa Nama berkata...

tapi agak pelik nama pembantu perawatan keihatan yang disebut sbb mereka bukannya duduk dalam kumpulan separa perubatan dan saya merasakan sepatutnya nama PEMBANTU KESIHATAN AWAM yang disebut....so kepada warga pembantu kesihatan awam macaman ni....?

Tanpa Nama berkata...

pakatan rakyat sahaja yg bijak dan mengerti nasib penjawat awam.

Tanpa Nama berkata...

Duduklah PKR dengan pemimpin "Kurniaan Tuhan" yang suka kaum sejenis! hahaha mmg betul perangai dr sekolah MCKK masih dibawa sampai ke hari ni...tu pun ramai yg bengong sokong membuta tuli!!!

Talib berkata...

kami yakin apa yg dilaksanakan adalah berdasarkan kajian terperinci, seperti lain2 tindakan kerajaan BN yg mmg terkenal dengan ketelusan dan keprihatinan kepada rakyat.

kita PA haruslah bersabar, kerana BN dan Umno x pernah melupakan PA dan setiasa membayar gaji kita tak kira gawat atau tidak.

minta juga bila pelarasan R1 KE r41 akan berkuatkuasa, kerana kami yakin janji BN akan ditunaikan, seperti biasa

panglima perang berkata...

sedih dengan cara penetapan gaji di sektor awam, ikut cakap menteri di satu-satu kementerian, bukan pula ikut kos sara hidup semasa....poralah

Tanpa Nama berkata...

saya setuju.sepatutnya kenaikan gaji dibuat sama rata tak mengira kementerian.ini baru adil

Tanpa Nama berkata...

kementerian kesihatan paling kurang di ambil perhatian dari segi gaji dan elaun.paramedik seperti pen.pegawai perubatan berkerja shift malam selama 10 jam tetapi tiada imbuhan atau elaun khas yang di terima/oncall elaun tak dapat elaun pos basic hanya rm100 sahaja.cuba bayangkan dalam kehidupan sekarang semua barng naik adakah jumlah mencukupi?

Tanpa Nama berkata...

Talib kata sabar..gaji skrg cukuppp..sokong BN..kakaka

Tanpa Nama berkata...

umno mana tau susoh rakyat. dia tahu pelekoh duit rakyat je...

PA umno buta hati..PA pakatan, terang hati...kehkehkeh...

Tanpa Nama berkata...

saya tengok gambr di sabahkan..rumah dia kecik je..macam pondok..duduk atas air pula..macam nak runtuh..tapi tetap sokong BN..patriotik betul...hebat..bukan macam PA pembangkang..sikit2 nak tukar kerajaan..

Tanpa Nama berkata...

kalau nak naikkan gaji, naiklah semua sekali..menteri ni nak bagi naik gaji kementerian dia saja..menteri itu pulak begitu..menteri ini pulak begini..oii...pening le..JPA kena jadi cerdik atau kelihatan bertindak cerdiklah..jangan nampak lesu dan berkutu...

Tanpa Nama berkata...

gaji skim kejuruteraan under KKM sekali lah ye.... kami pun penat jugak !!

Tanpa Nama berkata...

Anon 7:01..sebab org miskin kat Sabah tu boleh di beli BN dgn harga serendah rm100..bukan sbb patriotik pon..harap paham..klu x paham sy akan jelaskan lebih lanjut..ok?

Tanpa Nama berkata...

sebab org miskin kat sabah xde internet..xle nak dapatkan maklumat yg sebenar ttg dunia sekarang..akhbar,tv dan radio semue ditapis..

cuba masukkan internet kat setiap rumah kat sana..dalam masa setahun..cuba tgk..kat mana depa berpihak?

Saudara senapi yg insaf berkata...

yup..betoi betoi..senapi, rahman nanyan,talib elok jadi geng org miskin kat Sabah tu..kikiki

Ram L D berkata...

Semua skim PA patut diselaras semula. Saintis di Malaysia memag kesian, gaji paling paling tinggi pun sekitar RM10,000 (pada tangga maksimum P2T8 Gred54). Nampak macam tinggi tetapi tidak seberapa kalau dibandingkan dengan negara lain.

Gaji bulanan RM10,000 wajar dipanggil saintis ke?

Tanpa Nama berkata...

kawan rasa kerajaan bagi semua naik gaji baru kata kerajaan BN adil ini

Tanpa Nama berkata...

Semua Pembantu Kesihatan Awam Malaysia Gred U17mengharapkan pembelaan yang sewajarnya memandangkan kerja kami berhadapan berbagai risiko bila terjadi wabak@penyakit kami PKA yang dulu diarahkan tak kira masa, yang oncall ke tidak tanpa alasan kena mengawal mecegah dengan bemacam kaedah langkah pengawalan.. jangkitan kami PKA yg kena dulu, yg lain hanya tunggu sehingga langkah kawalan dibuat..da selamat baru buat analisis itu ini baru lapuran dibuat di kaji...tapi gaji elaun kami PKA sampai skg tak pernah dikaji...jangan sampai PKA tak buat langakah kawalan baru tau semua kena denggi,malaria,taun kencing tikus, taun maun,ingat...kalu ikut hati biar semua kena penyakit baru nak kasi...pikir-pikirkan lah wahai yang bertanggungjawab...kalu nak turun bala biar semua kena baru padan hhehehe..

senapi berkata...

saintis gaji rm10000? haram jadah, satu lagi pembaziran. harap kerajaan BN segera kaji semula gaji yg terlalu tinggi ni, barulah kami kakitangan sokongan tak jauh sangat ketinggalan.

kerja saintis amat mudah, melepak dalam makmal je bukan usah. pembantu makmal kerjanya lebih teruk dan intelek. kebnyakannya bengap sebab sokong pembangkang

harap Umno segera selaraskan gaji semua PA mula gari gred 41, barulah kesetiaan kami PT Persekutuan N17 akan berkekalan abadi, serta menambah perasaan harmoni 1Mlaysia

Tanpa Nama berkata...

umno nak kaji nak bagi naik gaji? malam le..umno sibuk kaji macam mana nak pelekoh duit atas kepala rakyat je...hari ni minyak naik 15 sen lagi..awal bulan dah naik 15 sen..dah 30sen beb...inilah umno...kehkehkehkehkeh...

PA Veteran berkata...

Bonus pun banyak kedekut nak bagi........Hampehhhhh

Tanpa Nama berkata...

Jumlah bonus perlu di bayar kepada PA sekitar 3 bilion hinggit..so sebab apa kerajaan tak nak bagi bonus?..jawapannya...sebab jika kerajaan bg bonus kerajaan tak dapat balun duit..kalau 3 bilion tu di gunakan untuk buat projek boleh dapat KOMISEN juta juta..ada paham??

Tanpa Nama berkata...

aku rasa senapi laa insan plg xda akal..nape dengki dgn saintis? biarlah gaji depa rm10K..kalo ko nak dpt gaji camtu..jadik saintis dulu laa...blaja jadik pandai..

mmg gaji aku jauh dari rm10K tapi aku xpenah dengki pom..org mcm senapi ni laa yg akan merugikan negara..kalau tak dijaga saintis2 ini..kalau depa migrate ke oversea..bukan ke malaysia jugak yang ketandusan pakar? pastu org yg bengap2 mcm senapi je tinggal utk duk dlm gov...lingkup kerajaan..senapi hanya pentingkan diri sendiri..

senapi..ko ni jeles jugak ke ngan gaji KSN? gaji PM ko jeles dak? ape kata ko berenti jadik PA..masuk dlm politik...cuba bertanding jadik PM..aku nak tgk mcm mana ko bley handle masalah ni dgn IQ yg ko ada..

Tanpa Nama berkata...

Saya dengan ini mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada DS Najib Razak atas keprihatinan Dato' Seri kepada masalah rakyat dengan menaikkan harga petrol RON97 sebanyak 15sen kepada RM2.30 bermula hari ini. Saya memuji langkah DS Najib menaikkan harga petrol ini kerana akan membantu merangsangkan ekonomi negara kerana dengan keuntungan tersebut, rakyat yang terdiri dari kroni PARTI UMNO akan menerima projek-projek pembangunan untuk kesenangan rakyat yang terdiri dari kroni UMNO dan seterusnya mengisi tembolok mereka. Ini bersesuaian dengan misi DS Najib Negara Berpendapatan Tinggi.

Kenaikkan harga ini juga amatlah baik dari segi ransangan ekonomi kerana apabila minyak naik barangan pengguna lain akan naik juga seterusnya akan membuatkan nilai matawang Ringgit Malaysia akan bertambah kukuh kerana barang naik dan perbelanjaan isirumah rakyat Malaysia akan bertambah, sesuai dengan dasar Rakyat didahulukan Pendcapaian Diutamakan. Dengan dermikian juga kadar OPR dan BLR yang mana itu merupakan kadar riba juga akan semakin bertambah.

Balas untuk Senapi berkata...

Tuan Senapi,

Kau ni hidup di tahun 2010 ke zaman P.Ramlee tahun 60-an dulu?

Gaji RM10,000 sebulan pada hari ini tidaklah boleh dianggap terlalu tinggi. Itupun untuk golongan profesional.

Apa salahnya golongan profesional di negara ini bergaji tinggi? Banyak negara luar bayar gaji lebih daripada itu.

Apa yang kamu dengki? Adakah kamu mau gaji doktor, peguam dan saintis kita menerima gaji sama dengan kamu PA sokongan?! Itu yang dikatakan adil? Kenapa dulu kamu tidak belajar hingga peringkat PhD dan cuba rasa jadi saintis?

Tidakkah kamu rasa malu kalau negara kita cuma sanggup bayar golongan profesional sekadar RM 2-3ribu? Itu yang betul betul berlaku sekarang. Macam mana nak jadi negara berpendapat tinggi?

Pelacur dan penjual DVD cetak rompak pun boleh dapat lebih daripada itu sebulan. Kamu tida dengki dia orang ke?

Tanpa Nama berkata...

Hoi cuepacs! Mana bonus kami? Cakap macam bagus..nak meeting la. Dah mentekedarah kenyang dlm meeting, masing2 buat dunno! Bodoh punya Presiden Cuepacs! Dah 2 thn xdak bonus...tak malu ke masih pegang jawatan presiden?? Dasar muka tebal...berambus la!

Tanpa Nama berkata...

mana presiden pegi ye..tak ade berite pun..

Tanpa Nama berkata...

Presiden opis kat JPM...kena tepuk2 belakang dgn PM terus dia isu bonus PA! Mmg xleh harap...semua dok jaga periuk nasik sendiri...Malu la sikit dh 2thn PA x merasa bonus. Ni lagi nk jd Presiden...letak jawatan laa sebelum org meluat!

Tanpa Nama berkata...

senapi:
xperlulah ko nak jeles dengan skim perkhidmatan yang lain..ko cakap macam IQ rendah..kita semua hendak kebajikan kita sama-sama dijaga..bukan hendak dengki sesama kita..

Tanpa Nama berkata...

Tuan Presiden,
saya tak pernah ada leader yang macam kamu. kat sekolah, presiden kelab dan ketua kelas saya lagi berwibawa daripada kamu. nak jadi ketua union untuk 1.2 juta penjawat awam, kenalah ada sedikit rasa tanggungjawab dan dedikasi. kamu telah menghampakan kami, dan kami sudah hilang harapan. sila ceritakan kepada kami, apa langkah-langkah yang telah tuan lakukan untuk isu bonus tahun ini. setakat ini, saya hanya dengar perjumpaan dengan PM dan telegram, itu saja. apasal sekarang tidak ada apa-apa berita? sudah putus asa? adakah telah diberikan gula-gula/rasuah? kalau tiada, tolonglah buat sesuatu. jangan jadi pemimpin yang lemah. kalau rasa tidak berkebolehan, bagilah peluang kepada orang lain.
pandangan saya pada cuepacs:-
1. lemah
2. berfikiran kuno
3. tidak pro-aktif
4. tidak rapat kepada ahli-ahlinya

ini ditujukan bukan hanya kepada Presiden, tetapi seluruh ahli jawatankuasa cuepacs.

Tanpa Nama berkata...

UNTUK MAKLUMAN, JWTN PEMBANTU PEMB PERGIGIAN, SATU JWTN YG MUNGKIN ORG X NMPK, TP AMAT PENTING DLM JBTN PERGIGIAN,KERANA MEREKA ADALAH 'TULANG BELAKANG' PEGAWAI PERGIGIAN...MANA MUNGKIN PEG MENJALANKAN PROSEDUR PEMBEDAHAN TANPA PMBANTUNYA...OLEH ITU MEREKA MENGHARAPKAN PEMBELAAN, LANGKAH KERAJAAN UNTUK MENGKAJI SEMULA JWTN ITU ADALAH AMAT DI ALU2KAN....KERANA SELAMA INI JWTN ITU SEOLAH2 TIDAK UJUD HINGGAKAN TANGGAJI MEREKA SETARAF DGN PEM. PERAWATN KESIHATAN YG TIDAK PUNYA SIJIL DARI MANA2 KOLEJ...HARAP MAKLUM...

Tanpa Nama berkata...

anggota paramedik kene on call 24 hours...begitu juga dgn PEM. PEMB. PERGIGIAN...tapi apa yg mereka dapat...elaun? jauh sekali...sesen pun x pernah dpt...elaun kritikal? jauh panggang dari api....fikir fikirkanlah.....

Saintis tempatan yang putus asa kerana gaji rendah berkata...

HARI ini, Malaysia sepatutnya mempunyai 120,000 saintis dalam pelbagai bidang sains dan teknologi. Malangnya, ketika ini, kita hanya mempunyai 30,000 saintis. Satu daripada sebabnya ialah kurangnya pelajar, graduan dan tenaga kerja dalam bidang ini. Berdasarkan laporan Penunjuk Sains dan Teknologi Malaysia 2000, jumlah graduan sains dan teknologi dikeluarkan institusi pengajian tinggi awam tempatan hanya 32.4 peratus berbanding keperluan 60 peratus dalam bidang itu.

Keadaan ini membimbangkan kerana ia memberi kesan negatif kepada perkembangan sains dan teknologi di negara ini, terutama dari segi penyelidikan dan pembangunan. Apatah lagi dengan perkembangan dunia hari ini yang menuntut penguasaan dan kecemerlangan dalam bidang berkenaan. Jika berterusan, mungkin Malaysia terpaksa melupakan saja hasrat melahirkan pemenang anugerah berprestij dunia itu.

Satu perkara penting yang perlu diberi perhatian ialah persepsi ramai bahawa kerjaya dalam bidang sains dan teknologi, khususnya saintis tidak menjanjikan pulangan yang lumayan.

Kajian Akademi Sains Malaysia beberapa tahun lalu mengenal pasti selain tanggapan bidang sains rumit dan tidak menarik, gaji yang rendah adalah faktor utama menyebabkan sasaran 60:40 antara pelajar aliran sains dan sastera masih belum tercapai.

Kerajaan harus melakukan sesuatu bagi memastikan kerjaya dalam bidang ini mendapat pengiktirafan atau setidak-tidaknya pendapatan yang menarik. Memang tidak dinafikan gaji saintis dan penyelidik yang rendah ketika ini membantutkan pelajar menceburi bidang kritikal ini di samping persekitaran kerja yang tidak menarik. Faktor ini jugalah yang menyebabkan ramai saintis tempatan mencari rezeki dan menabur bakti di negara asing.

Perdana Menteri Keempat, Tun Dr Mahathir Mohamad sebelum ini pernah mendedahkan, ramai penyelidik terkemuka di universiti dan makmal penyelidikan utama di Barat adalah rakyat Asia. Keadaan itu berlaku kerana, katanya, penyelidik terbabit berhijrah ke negara baru mereka berikutan peluang dan kemudahan yang disediakan.

Penyelidik ini, kata Dr Mahathir, mengikuti pengajian di negara berkenaan dan kemudiannya memutuskan untuk bekerja seterusnya menetap di negara terbabit. Keadaan itu menguntungkan negara Barat manakala negara Asia kerugian melainkan jika usaha diambil untuk menyediakan persekitaran yang dapat mengekalkan bijak pandai tempatan di dalam negara.

Perkara ini sememangnya berlaku. Ramai saintis dan penyelidik Malaysia berjasa di negara orang malah ada di antara mereka yang sudah membina empayar dan kekayaan selain kemahsyuran di negara asing sehinggakan apabila dipanggil pulang, mereka enggan berbuat demikian, terutama mereka yang menceburi bidang berteknologi tinggi, yang masih terlalu asing di negara ini.

Ada yang menempelak golongan ini kerana tidak patriotik, tidak cintakan negara. Jawab mereka, Malaysia tidak mampu menyediakan persekitaran penyelidikan yang menggalakkan. Kita harus terima hakikat ini. Persekitaran penyelidikan di negara ini masih hijau, terutama untuk bidang tertentu, belum lagi mengambil kira aspek gaji dan insentif serta kemudahan yang lain.

Kerajaan, penggubal dasar perlu bertindak segera menangani masalah ini atau tidak, kita bukan saja tidak mampu melahirkan lebih ramai saintis, malah yang sedia ada juga lari meninggalkan negara. Penggubal dasar perlu faham pentingnya bidang sains dan teknologi untuk memastikan negara mampu menghadapi perkembangan ekonomi dan industri berasaskan sains dan teknologi.

Penggubal dasar perlu faham betapa pentingnya memberi pengiktirafan pada kumpulan kritikal ini. Malangnya, kebanyakan penggubal dasar negara sendiri, terutama dalam hal berkaitan sains dan teknologi tidak mempunyai latar belakang dalam bidang berkaitan, apatah lagi untuk memahami masalah dan kepentingan bidang berkenaan.

Penyelidik bergaji rendah berkata...

Penyelidik hampa berkata...

Kerjaya dalam bidang sains dan teknologi serta penyelidikan di negara ini mungkin dibantutkan dengan masalah gaji rendah dan tidak setanding dengan gaji yang ditawarkan di luar negara. Ia bakal menimbulkan situasi sukar kerana banyak usaha telah dilakukan oleh pihak kerajaan dalam usaha untuk mempromosikan bidang berpotensi tinggi ini.

Beberapa media tempatan dan luar negeri juga mendapati ramai para penyelidik dan saintis berkaliber memilih untuk menerima peluang dari negara luar, termasuk jiran, Singapura yang mampu memberikan pendapatan lumayan kepada mereka. Apatah lagi jika keadaan ini dibandingkan dengan negara negara maju seperti Jepun, Amerika Syarikat dan Britain.

Seorang saintis negara yang ditemu bual oleh media antarabangsa International Herard Tribune, mengakui menerima gaji 5 kali ganda di Singapura berbanding dengan gaji yang diterimanya di Malaysia. Selain daripada faktor gaji, beliau juga mendapati Singapura menawarkan suasana kerja yang amat baik dan kompetitif.

Mungkin pernyataan beliau tidak terlalu mengejutkan kerana pada masa ini, Singapura mempunyai fasiliti bioteknologi dan biosains terbaik di dunia kerana kemampuannya menarik minat pelabur asing yang terdiri daripada syarikat gergasi dalam bidang perubatan, sains and farmasi. Antara syarikat terkenal dunia yang telah membina pusat kajian di Singapura ialah Eli Lilly, Novartis, Takeda dan Pfizer. Keempat empat mereka tergolong dalam 50 syarikat farmasi terbesar di dunia.

Negara jiran tersebut telah membelanjakan lebih daripada $2 billion pelaburan untuk menjana industri bioteknologi dan biomedikal.

Malaysia pula kekal pada peringkat laungan slogan MALAYSIA BOLEH.

Saintis putus asa berkata...

Malaysia pula hanya kekal pada peringkat laungan slogan MALAYSIA BOLEH.

Tanpa Nama berkata...

bagus kerana ingin mengkaji jawatan yg rendah bagi jawatan yg tinggi tunggu dan ikut giliran jgn suka menghina dan mempelekeh aje jawatan yg rendah.kita semua adalah hamba allah.rezeki pun pemberian allah.maka sama-sama bersabar.tunggu keputasan nya nanti.

Tanpa Nama berkata...

seronok je dgr gaji saintis kat luar malaysia bley dapat 5x ganda..baguslah mcm tu..kalo saya..saya terus migrate je..buat ape nk ditunggu..Malaysia takkan mampu nak provide gaji dan environment mcm tu..semua pentingkan diri sendiri..jaga periuk nasik sendiri sahaja..

kat sini rakyat makin tertindas..gaji ciput..hutang berlambak..kereta mahal..petrol mahal, xpadan dgn gaji yg diterima..brg2 tak berkualiti..kualiti hidup rendah..corruption berleluasa..tax melampau-lampau..makin lama kerja makin low motivation..

seronot saya dgr rakyat malaysia berjaya di negara orang..saya pon nak berjaya di negara orang jugak laa..hujan batu di negara sendiri..hujan emas di negara orang...baik aku p kutip emas dari kutip batu..

Tanpa Nama berkata...

Coursemate aku kat univ dulu dah ramai meninggalkan malaysia..pergi kerja dengan kompeni oversea..aku yg gatal pilih keje ngn gov..last-last merana gaji sikit..hutang berbukit..bank jugak yg kaya raya..tat's y bank bley bagi bonus kat pekerja berbulan2 tu..

seman E11 pintar bestary berkata...

org univeriti semua berlagak mcm pandai, mcm PTD tempat aku.. sombong.. tu yg kerajaan perlu tetapkan gaji sokongan kurang2 gred 41 barulah adil seksama dan kami dapat berdiri sama tinggi. kami pun susah juga belajar semasa SPM dulu

Tanpa Nama berkata...

Dah sahih la Presiden dh kena rasuah oleh PM sebab tu diam 1000 bahasa! Mana tindakan selanjutnya untuk tuntut bonus 2 bulan? Weii...LETAK JAWATAN laa LETAK JAWATAN!!!!

Tanpa Nama berkata...

presiden dah disambung kontrak perkhidmatan rupanya...so, no wonderlah dia senyap je...termakan budi, tergadai bodilah agaknya.

22hb Disember ni pemilihan kepimpinan cuepacs...so, saya fikir en. osman undurlah bagilah pada orang lain pimpin...

carilah orang yg betul2 wibawa sikit...kelompok2 dlm cuepacs tu semuanya slow motion je nampaknya.. tak ada orang gred profesional ke?

Tanpa Nama berkata...

Presiden skolah tak tinggi...cakap pun tergagap2! Patut laa tuntutan tak diendahkan...malu laa sikit! Kalau kt negara lain dh letak jawatan lama dah tak pun bunuh diri - harakiri. Bg org baru laa jd Presiden. Ni setakat dok gertak dgn telegram saja...HAMPEHHH!!!

Tanpa Nama berkata...

Oii Cuepacs BUDUH! Mana bonus kami? Cakap saja boleh laa....janji sana janji sini! Takdak bonus, muka Presiden kami tak mau tengok...pergi jahanam laa dgn Cuepacs!

Tanpa Nama berkata...

bonus sebenarnya tanggungjawab umno..umno patut bagi..tapi dah semua bodek umno..umno tak heran le kalau tak bagi bonus pun..

Tanpa Nama berkata...

saya mau jelaskan jwtn Pembantu Perawatan Kesihatan, saya amat kesal org yg berkata PPK tiada sijil di mana2 kolej..sangat tidak bermoral yang cakap begitu,kamu Pem. Pembedahan Pergigian hanya bertugas di pergigian ( satu tempat saja) Kami PPK boleh bertugas di pergigian, di kesihatan,di Hospital,di pejabat, jadi pemandu, malah tugas2 Pem. Pembedahan Pergigian PPK pun boleh buat...sebab itu gaji kami tinggi..jangan lah dengki ..itu urusan kamu dengan JPA Faham !!kebanyakan PPK berkelayakan dari PMR ke SPM..macam kamu juga...kalau masih dengki ..letak jawatan lah !kami pun ada kursus dan ada sijil NTP..

Tanpa Nama berkata...

nie yang nak dengar nie...tapi kan setahu saya mcm pembantu pembedahan pergigian tu kan memang layak naik...kalau kita lihat dia org tu ambil x-ray tahu...jadi kerani tahu...assist doktor apathlagi....dipendekkan cerita...kerja diorang sebiji mcm penolong pegawai perubatan (medical assistan)memenag sepatutnya dia org naik ke U29 diploma skill.harap dipertimbangkan....

Tanpa Nama berkata...

rosmah hanya mahu jawatan yang oleh anak sahabat karibnya sahaja dinaikkan gaji...nak jaga hati kawan

Tanpa Nama berkata...

Tidak sangka..walaupun malaysia sudah merdeka sejak 1963, nampaknya masih banyak orang yang masih BUTA... buta ilmu, buta it, buta segala buta la..dia ingat negeri dia la yang paling maju...excuse me..tolong selidiki siapa pengeluar minyak di malaysia dan negeri mana yang paling banyak menyumbang sebelum semua hasilnya disalurkan ke tempat yang bukan sepatutnya ia berada...fikir sebelum cakap...maaflah kalau tersinggung ya..tapi ini kenyataannya...lagi satu, kamu tau ka apa tugas2 hakiki pembantu pembedahan pergigian? jangan suka complaint atau menghina PPP kalau x tau...untuk pengetahuan kamu, tugas2 PPP adalah ASSISTING DENTAL OFFICER, AMBIL X-RAY, BUAT RETEN HARIAN/BULANAN DAN TAHUNAN, BUAT REPORT, MEMASTIKAN CROSS INFECTION X BERLAKU, KAUNTER, PUNGUTAN HASIL DAN SEBAGAINYA... banyak lagi sebenarnya tapi biarlah org dental saja yang tau...korang apa tau... mulau betul...badukang...!!

kepada CUEPACS, please la... tolonglah PPP dan PKA...selaraskan gred jawatan dan gaji semua paramedik... semua paramedik seolah-olah bergadai nyawa demi membantu pesakit..kadang2 ada yang terkorban kerana tugas... kalau boleh semua jawatan paramedik selaras, iaitu di upgrade sehingga ke U29 iaitu diploma holder semuanya...bukan hanya sijil... macam juga Jururawat Masyarakat...mereka membantu para ibu melahirkan..x adil sekiranya mereka hanya di gred U19...

kesimpulannya, naikkan gred semua jawatan penjawat awam dan naikkan gaji..kalau di luar negara boleh, kenapa kita x boleh? baru semua orang puas hati... TQ

Unknown berkata...

Kajian ke atas perjawatn yg di pikirkan betul-betul perlu dan kritikal adalah yang terbaik.Namun jika di kaji kepada jawatan yang tidak kritikal adalah tidak menguntungkan....sebagai contoh apakah keprluan sekiranya Malaysia di landa wabak penyakit berjangkit ,Cth Wabak Denggi,Wabak H1N5,Wabak Kolera Dll yang memerlukan kawalan...Jawatan apakah yang perlu di utamakan.Jadi sama-sama fikir....Seelok-eloknya kajian perlu di utamakan kepada kritikal tugasan tersebut bukannya kepada keupayaan staf yang bertugas sekarang namun tiada tugas yang hendak di pikul,Jadi harus di nilai kepada duit kerajaan yang di labur untuk kakitangan kerajaan biarlah berbaloi...er

Tanpa Nama berkata...

Salam 1 Malaysia...

Terlebih dahulu saya memohon kemaafan sekiranya ulasan saya ini akan meyinggung perasaan rakyat berbilang kaum di malaysia...
Bila saya terbaca ulasan di dalam Blog Cuepacs ini,ada pelbagai komen dan ulasan..namun itu semua adalah luahan rasa setiap kakitangan awam di Malaysia.
Harapan saya sebelum ulasan mahupun komen di keluarkan,terlebih dahulu fikir-fikirkanlah semasak masaknya,sebab blog ini pelbagai jawatan dlm sektor awam mahupun swasta membacanya,cukup malu bertengkar dgn jawatn rendah diperingakt rendah,peringkat tertingi di peringkat tertinggi...Jadi biarlah kita sama2 muhasabah diri,Apakah Jawatan kita..? Apakah kelayakan Akademik kita...?Kita berkerja di bawah arahan org yg paling kanan yg punya ilmu lebih dari diri kita...Jadi kita patut syukur dan terima hakikat mahupun kenyataan yg tuhan jadikan kita insan yang cukup mulia cukup indah yg memegang jawatan dlm sektor awam.Jadi kita sama2 cermin2kan diri kita.Insyaallah tuhan itu cukup adil cuma perlukan kesabaran...Bumi sudah tua kalau wok long jadi rajo mako tak dok gapo satualah Malaysia.Jadi kita sama2 tengok kemapuan kita.Setiap individu tu ada tanggunjawab masing2.Nukilan Pembantu Kesihatan Awam Kel.

Tanpa Nama berkata...

KEMENTRIAN KESIHATAN SEMEMANGNYA KURANG MENDAPAT PERHATIAN DARI KERAJAAN.TIDAK SAMA DENGAN ANAK EMAS KERAJAAN IAITU KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA YANG SLALU DIAGUNG2KAN.JIKA BADAN TIDAK SIHAT,MANUSIA PUN SUSAH NAK JD BIJAK.KERJA ADA ON CALL,SHIFT,KERJA LEBIH 7 JAM,TP ELAUN CIPUT,KENA MAKI JE LEBIH.

Tanpa Nama berkata...

knp elaun rumah bg paramedik rm180?knp xselaraskan?barang2 skang dah melambung tinggi.harga rumah dah makin mahal.rm180 tu sesuai tuk bayar rumah yang kos rendah.entah2 kos rendah pun lebih mahal dari tu.sila kaji dengan peredaran masa skang.

Tanpa Nama berkata...

Mintalah pihak yg berpatutan mengkaji semula jangkamasa belajar bagi seorang PKA yg mempunyi sijil menyambung belajar ke peringkat diploma..skrg PKA ke PPKP - 3 TAHUN , JM Ke SN - 1 tahun ..apa ka bezanya...sekurangnya PKA ke PPKP - 1 1/2 ( BARU RELEVAN )..
MINTA PIHAK BERPATUTAN MEMPERTIMBANGKAN SEGERA .

Dutertam berkata...

salam semua...seronok juga baca komen disini...dan kepada yang memberikan komen yang pedas tuh...renung2kan dulu diri anda..pada pendapat saya adalah satu cadangan yang baik sekiranya kerajaan sudi untuk mengkaji dan melakukan penambahbaikan pada jawatan PEMBANTU PERAWATAN KESIHATAN,baik dari segi skop kerja dan penambahbaikan skim gaji memandangkan gaji PPK masih diparas gaji yang amat rendah didalam sektor kerajaan,dan tugas2 PPK juga terbeban dengan kemasukkan pesakit yang ramai dan terdedah juga dengan keadaan kritikal ditempat kerja dan juga tugas-tugasan yang belum tentu jawatan lain sangggup lakukan.terbaru..kerajaan telah melakukan penambahbaikkan skim perkhidmatan yang baru dan memansuhkan skim perkhidmatan yang lama..dan telah menukar gred PPK U3 kepada PPK U11 namun TIADA perubahan atau kenaikan gaji setaraf dengan ke naikkan tersebut..perkara ini perlu dijelaskan kerana telah hampir setahun berlalu namun tidak ada khabar tentang penambahbaikkan ini dan masih menjadi tanda tanya..sekian terima kasih

Mohd Fariz Bin Abdul Jalil berkata...

Saya bersetuju dengan kenyataan saudara noriman syah,memandangkan tugas PPK ini bukannya boleh di pandang mudah.kalau Dr,Sn,Ma merasa elaun kritikal berilah jugak kepada PPK memandangkan Menjadi seorang PPK ini bukan lagi menarik minat golongan belia untuk menjawat jawatan ini memandangkan risiko dan kadar gaji yang paras2 hidung.justeru saya memohon pihak cuepacs dapat meluangkan masa bersama KKM dan JPA untuk membincangkan secara terperinci tugas2 Sebagai PPK ini,Sekian.