SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** PEKERJA CEMERLANG RAKYAT SEJAHTERA***CUEPACS DI HATI KU***

01 Disember 2010

JANGAN MAKI PENJAWAT AWAM

Utusan Malaysia
1/12/2010




SEREMBAN 30 Nov. - Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan meminta semua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) supaya bersikap bersopan apabila berurusan dengan penjawat awam dan tidak mengeluarkan kata-kata keji apabila sesuatu urusan lewat atau tergendala. Katanya, sebagai ketua kerajaan di negeri ini, beliau melahirkan rasa kesal dan kecewa dengan sikap ADUN yang memaki hamun, mengeji mahupun menghina pegawai kerajaan dan kakitangan awam.

''Sampai ada yang menyebut perkataan 'binatang' dan dilemparkan kepada penjawat awam ini.
''Kadang-kala yang menjadi mangsa ialah kerani yang bertugas di kaunter dan paling banyak menerima ucapan sedemikian ialah petugas di Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) negeri," katanya ketika ditemui di lobi Dewan Undangan Negeri selepas penangguhan Sidang DUN, di sini hari ini.Mohamad memberitahu, sepatutnya ADUN yang bergelar Yang Berhormat menjaga status sesuai dengan kedudukan mereka di dalam dewan yang mulia ini.

''Saya melihat penjawat awam di semua jabatan kerajaan merupakan pekerja yang baik. Begitu juga yang berkhidmat di JKM. Banyak yang telah dijayakan oleh mereka.''Semua maklumat yang mereka peroleh dihantar ke ibu pejabat bagi tujuan pemprosesan tetapi malangnya kerja mereka ini tidak dihargai, sebaliknya menerima kejian, maki hamun dan kutukan daripada ahli Yang Berhormat ini," katanya.Katanya, kalau ADUN mengeluarkan kenyataan sedemikian rupa, apa bezanya mereka yang tinggal di bawah jambatan, tentulah tidak menunjukkan profesional dalam mengendalikan tugas masing-masing.

''Saya harap, jagalah kemuliaan dewan ini dan selaku ahli Yang Berhormat, andainya kita tidak bersetuju dengan penjawat awam berkenaan, sampaikan perasaan itu dengan cara terhormat.''Kita faham semua ADUN menjalankan tugas masing-masing. Begitu juga saya dan mereka yang digelar penjawat awam," katanya.Pada sidang akhbar itu juga, Mohamad memberitahu, dengan kejayaan Dasar Jaringan Keselamatan Sosial (DJKS), pihaknya mendapati ada penduduk dari Selangor yang datang ke sini dan sanggup menukar alamat, semata-mata inginkan bantuan yang disalurkan oleh JKM ini.

''Apabila kita siasat, individu ini tidak ada di alamat berkenaan. Mereka mahu mengambil kesempatan dari kerajaan negeri ini yang cekap membantu rakyat miskin. Kita tidak mahu, DJKS ini disalahgunakan oleh pihak berkepentingan," katanya.Terdahulu ketika membentangkan Rang Undang-Undang Perbekalan Tambahan 2010, Mohamad (BN-Rantau) berkata, sejumlah RM9,998,396 dikeluarkan daripada Kumpulan Wang Disatukan Negeri untuk menjelaskan beberapa emolumen.''Di bawah butiran itu peruntukan sebanyak RM6,675,896 bertujuan menampung keperluan gaji kerana kenaikan gred jawatan, elaun dan caruman kepada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja, selain bagi tujuan bayaran Bantuan Khas Kewangan sebanyak RM1,000 kepada kakitangan awam.

''Peruntukan tambahan sebanyak RM1,222,500 juga dipohon di bawah butiran Perkhidmatan dan Bekalan untuk tujuan bayaran tuntutan perjalanan, penyelenggaraan kenderaan, bayaran kontrak dan kawalan serangga Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan.''Ia juga adalah peruntukan untuk bayaran elektrik, air, Internet dan telefon untuk bangunan Wisma Negeri dan Kompleks Pentadbiran Daerah seluruh negeri," tegas Mohamad.Selain itu juga, Mohamad memberitahu, atas rasa prihatin kerajaan negeri terhadap golongan berpendapatan rendah, kurang berkemampuan dan yang menerima musibah bencana alam, penambahan peruntukan RM2,100,000 bagi JKM diperlukan.

''Ini untuk menampung keperluan tambahan bagi bantuan am daripada 5,316 kes sedia ada kepada 6,276 kes dan bantuan bencana alam yang melibatkan 1,037 keluarga," jelasnya.

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

PUKIMAK PUNYA ADUN MAKAN DUIT HARAM RAKYAT

2bz4money berkata...

Kebanyakkan mereka yg mempunyai kuasa sering melemparkan rasa x puas hati dengan bernada marah dan secara melulu kpd barisan hadapan sistem penyampaian kerajaan iaitu pegawai di kaunter. Tidak kira mereka ini smda ADUN atau boss berpangkat tinggi perlulah mengawal tingkah laku yg mencerminkan sikap tidak profesional mereka dalam menangani masalah.

Manakala pegawai di barisan hadapan kaunter pula perlulah mempunyai sikap berbudi bahasa dan cuba menyelesaikan pertanyaan yg dibangkitkan secara hormat dan cekap.

Tanpa Nama berkata...

Kadang2 ada yang perlu kena maki:

Yang Rasuah, poyo, gila kuasa....

Bukan setakat maki, belasah pun patut....

naz berkata...

kebanyakan mereka yang mengadu atau marah ni selaluye mereka yang mempunyai kuasa dan telah menyalah gunakan kuasa mereka. hanya kerana mereka ada kuasa mereka hendak mereka dilayan lebih daripada orang biasa. bila aduan dibuat mula pegawai tersebut menerima kritikan yang hebat sehinggakan kadangkala melibatkan perpindahan pegawai tersebut. ini juga kadangkala satu penganiayaan.