SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** PEKERJA CEMERLANG RAKYAT SEJAHTERA***CUEPACS DI HATI KU***

29 Disember 2010

AHLI GABUNGAN CUEPACS KEMUKA BANTAH DAKWA KONVENSYEN LANGGAR PERATURAN

Bernama
29/12/2010




PUTRAJAYA, 29 Dis (Bernama) -- Beberapa kesatuan ahli gabungan Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) pada Rabu mengemukakan bantahan mendakwa berlaku perlanggaran perlembagaan dan peraturan pada Konvensyen Cuepacs ke-25 yang berlangsung pada 21 hingga 23 Dis lalu.

Surat bantahan itu disampaikan oleh bekas Timbalan Presiden Cuepacs Husain Mohd Yasin kepada Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Kesatuan Sekerja, Omana P.V.C Pillai di lobi Kementerian Sumber Manusia, petang ini.

Husain, yang juga Presiden Kesatuan Kakitangan Am Universiti Malaya, berkata bantahan dibuat berikutan berlakunya insiden dan pelaksanaan konvensyen, yang turut mengadakan pemilihan pegawai tertinggi dan majlis tertinggi, tidak mematuhi perlembagaan dan peraturan Cuepacs serta Akta Kesatuan Sekerja 1959.

"Misalnya notis konvensyen yang diberikan kepada ahli gabungan tidak mengikut perlembagaan iaitu tidak mencukupi tempoh, dan wujud kepincangan tatacara ketika pelaksanaan proses pengundian.

"Ia seperti calon memancing undi semasa perwakilan sedang beratur menunggu giliran untuk mendapatkan kertas undi dan keputusan pengundian tidak diumumkan setelah proses pengiraan undi selesai tetapi ditangguhkan hingga keesokan pagi," katanya kepada pemberita di sini pada Rabu.

Husain, yang kesal dengan insiden berkenaan, menyifatkan kejadian itu adalah yang pertama kali berlaku sepanjang pemilihan diadakan sebelum ini.

Antara kesatuan lain yang membantah adalah kesatuan kakitangan awam Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI), Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA), dan Universiti Utara Malaysia (UUM), katanya.

Husain berharap Jabatan Hal Ehwal Kesatuan akan melakukan siasatan dengan segera untuk menentukan kedudukan Konvensyen Cuepacs kedua itu.

Omana ketika ditemui pemberita berkata pihaknya akan melakukan siasatan berdasarkan maklumat yang diperoleh.

-- BERNAMA

17 ulasan:

PA Malasia berkata...

Berita lucu macam cerita Mr. Bean. Hahahahaaha

Tanpa Nama berkata...

Adat pertandingan yang kalah menang kena terima keputusan dengan hati yang terbuka. Bila pak jib sumbang 3juta jangan berebut jawatan dalam cuepacs.....Allah akan memelihara orang yang jujur dan amanah

Tanpa Nama berkata...

rumah dah siap pahat masih berbunyi

Tanpa Nama berkata...

HAHAHAHA...CERITA KARTUN KEMBALI LAGI...HAHAHAHA

Tanpa Nama berkata...

Apa sebab dok berebut sangat nii nak jawatan nii?? pemimpin tidak boleh meminta-minta nak jadi pemimpin, biar ahli-ahli yang menentukan, kalau tak dapat jadi pemimpin alhamdulillah terlepas tanggong jawab, kalau dipilih jadi pemimpin kena pikul tanggong jawab dan amanah !!- sebab BERDOSA BESAR kalau tak amanah dengan tanggong jawab yang diberi

Tanpa Nama berkata...

Rebut jawatan ke? Atau membetulkan keadaan yang salah. Kenapa mesti takut.. dah memang salah tak ikut peraturan. dah wat perlembagaan tapi tak ikut baik buang ajer perlembagaan tu, buat apa susah2 ada benda tu tapi simpan dalam muzium. Selama nie semua oran takut dengan Omar osman kenapa ada yang membantah sebab dah tak tahan semua tak ikut peraturan pakai langgar ajer. Dan sebelum nie Pegawai Tertinggi tak boleh bukak mulut cakap. Sekarang dah bukan pegawai boleh cakap dan sebagai Mjlis kongres ada hak dan layak bercakap. Cuba baca perlembagaan cuepacs atau kalu tuan2 semua tak der cuba call mintak pej cuepacs entah2 pejabat pun tak simpan perlembagaan.

Tanpa Nama berkata...

Yang mengherankan kenapa perkara ini tidak timbul masa persidangan berlangsung atau menghantar resolusi tidah sah.

Betul kata yang lain rumah dah siap pahat berbunyi.

Terima je la kekalahan seperti Md Shah (tahniah) terima kekalahan dengan tenang.

Yang lain tu apa kena pula ni setengah tu dengar cerita ahli pun tak tahu ajk mereka pi mesyuarat kongres lucu.

tetapi kini sibuk melobi itu tak sah ini tak sah.

kalau dulu pegang jawatan tak mau bertanggungjawab maka terlepas la jawatan tu.

Dahla tu meluat rasanya

Tanpa Nama berkata...

Sebagai pemimpin matang menang kalah adalah adat bertanding / berlawan.
Cuma, jika berlawan tu Omar dah pakat awal-awal lagi nak pancung orang lain ... itu maknanya ada yang tak kena.
JHEKS perlu siasat .. membuat aduan secara berhemah adalah suatu yang baik dpd berdemonstrasi / ceramah haram.
Omar .. betul ke kau Presiden ? kaaan jadi Presiden Cabut.

Siti Zainab berkata...

tahniah, kami PA amat berharap mana2 anasir pembangkang dinyahkan dari mana2 kesatuan, dan jika boleh semua kesatuan MTUC dan Cuepacs memohon jadi ahli gabungan BN, itulah jalan yg dirahmati

perwakilan yang mengundi berkata...

inilah akibat hilang kuasa....kita patut berpegang pada undi perwakilan....mungkin ade sebab yang kalah itu tidak dipilih perwakilan....kita fikir-fikirkan dan muhasabah diri sendiri.....jangan mencari kesalahan orang jika kita sudah tidak diperlukan tapi cari salah sendiri.....bagaimana nak jadi Penjawat Awam kelas pertama sedangkan menerima kekalahan pun TIDAK BOLEH....jangan sesekali mengikut rentak PARTI POLITIK.......

Tanpa Nama berkata...

Dah jadi macam parti politik la pulak cuepacs nie......

Tanpa Nama berkata...

Mana boleh timbul masa persidangan isk korang nie tak tau pelembagaan. Batahan akan dibuat selepas keputusan keluar. Dan orang yang jadi pengerusi peraturan tetap pun yang tak tau perlembagaan.

Sebab bila nak masuk bertanding... pegawai tertinggi yang sekumpulan telah tikam kawan dari belakang. Lok kata dia buat 64 kertas kerja. ye ke. atau semua kertas kerja tu untuk cikgu. Kenapa orang benci mat shah sebab dia ambik duit. Kenapa pulak orang suka Lok sebab dia Pengerusi MBK dan semua orang takut dengan perwakilan cikgu yang banyak. Atau semua pegawai tertinggi kini Omar yang atur. Omar cantas kawan2 dia memalukan mantan Tim Presidn. Awal merayu2 tempat di UM sebab dah tak der tempat lain... entah la omar dah bermuka2 sebab Lok dah cautim dengan dia.. Kena tengok kenapa Lok nak sangat dok dalam CUEPACS? Ada apa dengan jawatan. Yang bantah semua adalah kawan2 yang omar dah tikam. Masa nak soh wat keja dia suruh ajer lepas keja dah selesai campak orang mcm tu nie tentang harga diri.. tuan2 dalam nie cakap tuan2 tak kena. Saya orang yang telah perhatikan cuepacs sejak 9 tahun dulu. Sapa yang ikuti sebelum omar masuk dalam cuepacs dia tau lah sebab saya satu kawasan kerja dengan omar nie...

Tanpa Nama berkata...

Yang menang tahniah,yang kalah jangan lah buat hal...Mat Shah makan duit sms tak banyak,masih ada baki 3,4, juta,,hehehhehhe ..konvensyen akan datang apa pulak cerita 1000 satu malam cuepacs..bedal yup

rakyatsandakan berkata...

PKR punca barangan naik.

Kuli Dawalla berkata...

KAlau main tikam sana, tikam sini macamana nak bela nasib PA?

Tanpa Nama berkata...

yg bercakap dlm ni mcm lah dah baca perlembangaan..
ceritanya sekarang,omar osman perlu jawab semua dakwaan kalau dia berada di pihak yg benar...
bnyk insiden2 "memalukan" berlaku semasa persidangan..perwakilan tanya omar,mana surat sambung kontrak..tapi hingga hari ni surat tu tak keluar..
yg mempolitikkan cuepacs ialah omar osman..tikam kawan dr belakang...LOK tikam kawan dr belakang...sekarang omar osman perlu jawab jer...jgn nak main spin sana spin sini...MUNAFIK namanya...depan ckp lain,balakng ckp lain...

Tanpa Nama berkata...

semua ni gila kuasa...ada tak keikhlasan dalam niat membela PA?

betul ke yang menang tu menang dengan TELUS? betul ke yang kalah tu tak dapat terima kekalahan?