SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** PEKERJA CEMERLANG RAKYAT SEJAHTERA***CUEPACS DI HATI KU***

29 Disember 2010

PEMILIHAN CUEPACS DIPERTIKAI, GABUNGAN MAHU DIISTIHAR TAK SAH

The Malaysia Insider
TERKINI @ 07:08:09 PM 29-12-2010
December 29, 2010



KUALA LUMPUR, 29 Dis — Dilihat sebagai kali pertama dalam sejarah Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs), keputusan pemilihan minggu lalu kini dipertikaikan dan mahu diisytiharkan sebagai tidak sah.

Sekurang-kurangnya lima kesatuan gabungan Cuepacs membawa pertikaian berhubung tatacara pemilihan yang menyaksikan presidennya Omar Osman, yang kontrak perkhidmatan beliau dikatakan disambung setahun, dibawa ke perhatian Ketua Pengarah Kesatuan Sekerja untuk tindakan susulan — diisytiharkan sebagai melanggar peraturan dan undang-undang kesatuan sekerja.

Pemimpin-pemimpin kesatuan itu juga mahu satu pemilihan baru diadakan. Pemilihan minggu lalu diadakan sempena persidangan tritahunannya yang dirasmikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Dalam memorandum yang dikemukakan petang ini, antara lain kesatuan-kesatuan tersebut menggariskan Cuepacs telah gagal mematuhi tatacara pemilihan.

“Salah satu perkara yang menjadi pertikaian ialah sekretariat Cuepacs telah gagal mematuhi keperluan memberikan notis pemilihan lapan minggu sebagaimana dikehendaki oleh perlembagaan Cuepacs,” kata bekas setiausaha agung Ahmad Shah Mohd Zin kepada The Malaysian Insider.

“Ini pelanggaran yang jelas dan bertentangan dengan perlembagaan Cuepacs,” kata Ahmad Shah yang berada di Mekah untuk menunaikan haji.

The Malaysian Insider difahamkan notis itu dikeluarkan minggu kedua bulan November manakala persidangan perwakilan tritahunannya, yang dirasmikan pada 21 Disember.

Dengan pemilihan diadakan pada 22 Disember, sesi pencalonan pemilihan ditutup 30 November manakala pengesahan penerimaan adalah pada 15 Disember.

Ahmad Shah yang juga Setiausaha Agung Kesatria berkata, sekretariat Cuepacs juga telah gagal mewartakan tempat pemilihan sebagaimana dikehendaki oleh Akta Kesatuan Sekerja.

Malah mereka juga mempertikaikan pelanggaran keputusan tidak diumumkan pada hari yang sama, sebaliknya pada keesokan hari.

Bagaimanapun beliau enggan mengulas lanjut. “Kami berharap Jabatan Kesatuan Sekerja akan menyiasat dengan rapi dan mengarahkan satu pemilihan baru diadakan,” kata beliau.

Pada pemilihan yang berlangsung Rabu lalu Omar menewaskan Ramli Omar manakala Ahmad Shah pula tewas kepada Setiausaha Agung Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan, Lok Yim Peng dalam saingan tiga penjuru. Seorang lagi pencabar ialah Ku Azmi Ku Ibrahim, yang kali pertama bertanding jawatan setiausaha agung.

Jawatan timbalan presiden pula dimenangi oleh Azih Muda dan Zainal Ismail.

Azih yang juga timbalan presiden semasa memperoleh undi tertinggi dan dijangka akan menggantikan Omar apabila beliau bersara tahun depan.

Tiga kerusi jawatan timbalan setiausaha agung dimenangi oleh Adnan Mat, Abd Rahman Norrdin dan Mohamad Baharom.

Jawatan setiausaha kewangan yang menyaksikan persaingan satu lawan satu dimenangi Ja’apar Mansor, yang menewaskan Samuel Devadasan.

The Malaysian Insider juga difahamkan pertikaian itu boleh dibawa ke mahkamah jika kesatuan yang mengadu itu tidak berpuas hati dengan keputusan Ketua Pengarah Kesatuan Sekerja.

Cuepacs walaupun sebuah badan induk tetapi ia didaftarkan di bawah Akta Kesatuan Sekerja manakala Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia yang turut mengadakan pemilihan hari ini didaftarkan di bawah Akta Pertubuhan.

Dalam pada itu Bernama melaporkan, bekas Timbalan Presiden Cuepacs Husain Mohd Yasin kepada Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Kesatuan Sekerja, Omana P.V.C Pillai di lobi Kementerian Sumber Manusia, petang ini.

Husain, yang juga Presiden Kesatuan Kakitangan Am Universiti Malaya berkata, bantahan dibuat berikutan berlakunya insiden dan pelaksanaan konvensyen, yang turut mengadakan pemilihan pegawai tertinggi dan majlis tertinggi, tidak mematuhi perlembagaan dan peraturan Cuepacs serta Akta Kesatuan Sekerja 1959.

Antara kesatuan lain yang membantah adalah kesatuan kakitangan awam Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia, Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA), dan Universiti Utara Malaysia (UUM), katanya.

Husain berharap Jabatan Hal Ehwal Kesatuan akan melakukan siasatan dengan segera untuk menentukan kedudukan Konvensyen Cuepacs itu.

Omana ketika ditemui pemberita berkata pihaknya akan melakukan siasatan berdasarkan maklumat yang diperoleh.

11 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

POOORAAH LAH LU AHMAD SHAH ..ORANG TARAK SUKA SAMA LU

Tanpa Nama berkata...

AKU CADANGKAN CUEPACS DAFTAR JADI PARTI POLTIK...HAHAHA...CERITA KARTUN KEMBALI LAGI...HAHAHAHA

Tanpa Nama berkata...

Kita bila jadi pemimpin kena telus...dah yang kalah buat laporan, dia juga dalam Majlis Kongres dan Pegawai Tertinggi, dah kalah buat cara kalah lah...muhasabah diri pada Ramli Omar, Ali Omar, Haji Ahmad Shah, Saudara Hussin...biarlah yang ada ni meneruskan perjuangan...kalau x setuju..kenapa masa majlis kongres x betul kan...kalau orang politik macam husin ni..x yah ada dalam CUEPACS pun..

Tanpa Nama berkata...

dalam majlis mana boleh betulkan... tak baca perlembagaan ke? Apa la yang cakap nie tak paham tentang kesatuan. Omar boneka cupecas kalu azih muda nak jadi Presiden bersaing cara sihat la kenapa pula omar yang nak tolong Azih. Boleh ke kita ada fahaman nak pegang jawatan presiden cuepacs untuk sembilan bulan dan lepas tu turun kan pada orang bawah kita. Kalu omar betul2 nak jaga penjawat awam dan transformasi baru cukup ke 9 bulan. U all tak baca perlembagaan JHEKS ke.. Perlembagaan CUEPACS dah banyak ubah untuk kepentingan Pegawai Tertinggi.. fikir2 lah azih muda tak malu ke ambik jawatan presiden tanpa menjadi calon dan bertanding cara sihat. Ini semua politik omar kerena kesian kan Azih yang bakal berpencen 3 tahun lagi ia sama dengan SUA baru yang akan pencen 3 tahun lagi. Kenapa tak ambik pimpinan muda banyak idea..

Tanpa Nama berkata...

CUEPACS zaman Omar dah cacamerba ... banyak politiking.

Isu SMS, cek perlu ditandantangani oleh 3 orang ie Presiden, SUA dan SUK. Rujuk Perkara 22.2 dan 22.8 buku Perlembagaan Cuepacs. Ketiga mereka perlu bertanggongjawab. Bukan SUA seorang. Majlis Tertinggi 9 orang tuu lagi perlu bertanggongjawab.

Pemilihan semula ?
Jika betul dan benar dakwaan, pemilihan perlu diadakan semula.

rashidi berkata...

Jika pemilihan semula, kami harap semua yg bertanding hendaklah ahli Umno sahaja, ini penting supaya kita kekalkan Cuepacs menjadi tulang belakang BN

Tanpa Nama berkata...

Saya hadir di konvensyen, nampak sangat muka-muka calon yang cari makan ketika perwakilan sedang mengundi.
kesian tengok muka calon. lagi satu, selepas mengundi, masih ramai yang melobi dalam dewan .. tidak ada pegawai yang larang mereka. Nampak sangat tak telus pemilihan ini.
masa nak ambil kertas undi, pegawai yg bertugas tak mintak mykad @ lesen memandu kee .. jadik camno dia tau saya ni perwakilan yang tulen?? kalau saya wakil kpd orang lain pun boleh.

patutlah ...pemilihan perlu diadakan semula.
- ore kelate -

perwakilan yang mengundi berkata...

kita perlu perlu muhasabah diri...yang kalah perlu lihat diri sendiri samada telah melaksanakan tugas atau tidak.....jangan menidakkan majoriti perwakilan yang memilih pemenang....perwakilan pun ade akal dan fikiran...boleh bezakan yang mana ikhlas melaksanakan kerja atau menumpang.....so yang menumpang bak orang politik silalah tubuhkan kesatuan sekerja sendiri yang bebas berpolitik.....jangan dalam CUEPACS....CUEPACS untuk semua Penjawat Awam yang wajib berkecuali dan patuh pada pemerintah semasa...bukannya PARTI.....

Tanpa Nama berkata...

Untuk perwakilan yang mengundi...
Kita nie kumpulan sokongan.. bila kumpulan sokongan maknanya kumpulan yang jadi pencacai buat kerja kan.. jadi kita nie orang pandai ke.. Nasib baik kita tak di sebut BODOH aja sebab korang semua cakap tak pakai akal.. Sebab apa pegawai semua tak suka kita cakap macam bagus ajer macam pandai tapi sebenarnya bodoh.. Kiasan selalu diberikan dalam mana2 ucapan cuma kita nie yang memang dah bodoh tak paham orang cakap.

Kenapa anda pasti sangat yang tak menang tu menumpang. YAng ada tu boleh sangat ke wat kerja. Awak perwakilan mana Cikgu.. Awak pernah ke kawan tikam kawan. bila susah mintak tolong bila bot karam awak tekan kawan awak untuk selamatkan diri awak. Kita nie orang islam ada hemahnya.. ingat kalu hari nie kita mengata yang kalah, itu dan ini mana tau esok2 awak kena ke keluarga atau atau keturunan awak. Jangan banyak mengata kalu tak benar2 kenal mereka nie... sebab mulut badan binasa.
Sama ada awak yang bercakap nie menang, orang2 suruhan pegawai tertinggi tak kisah la kan... saya kenal omar tu bukan sehari dua.... Kena ingat kita hidup bukan cari kebencian orang. Lepas nie kalu kita buang kawan kita satu hari kita akan cari dia jugak... Saya menyokong rakan2 yang berani menentang omar sebab selama nie tak siapa berani menentang dia.. Kenapa omar sanggup rosak kan hubungan bersama2 kawan yang sanggup susah senang dengan dia..

pemerhati CUEPACS

Tanpa Nama berkata...

saya sokong statement PERMERHATI CUEPACS..

tikam kawan dr belakang,omar osman..time susah org ni la ko cari...time ko nak naik dulu,org ni la ko cari...bahkan mlm sebelum ngundi,org ni la ko cari.."Inilah barisan yg bersama saya"kata ko la..tapi bila tiba hari buang undi..ko pusing semua "chai nama"ko letak kat situ semua org2 yg takkan berani tentang ko...apa punya bapuk la ko nie omar..be gentle sikit bro...dulu ko org yg plg aku respect...tapi itu dulu..skarang lepas apa yang ko buat kat kawan yg bnyk tolong ko,bg pki tempat untuk konvensyen,terima kasih pun takda..aku jadi ilang respect kat ko..kawan ko sendiri ko bleh buat mcm tu..inikan pulak kat kakitangan awam..lg lah ko berani..ingat lah wahai TN HJ OMAR,hari ni kita buat org,esk lusa kita akan terima lg teruk..ALLAH MAHA ADIL..

kalau ko benar2 telus masa pemilihan,selepas pengiraan undi sepatutnya ko dah umum nama calon yg menang..kenapa perlu ko tunggu esk...aku tau ko takkan jawab...sebab ko nak tgk dulu senarai calon yg menang kan..senang ko nak ubah..pilihanraya pun umum mlm tu jugak..kenapa ko nak umum esoknya..kat situ dah nak nmpk ko punya politik kotor...dapat 3 juta,terus ko senyap pasal bonus...aku tau ko tak baca pun apa yg org komen pasal ko dlm nie..sebab ko mana nak terima kritikan.(sebab tu ko tikam kawan ko0.ko nak terima pujian jer...

tulus ikhlas
BLADE..penjawat awam bukan ahli cuepacs..

Tanpa Nama berkata...

mmmm...mmg lately en Omar ni byk diamkan diri je...dulu masa mintak bonus..cakap berapi-api..pastu terus senyap lepas PM kasik 3juta..

kalau lah cuepacs ni sebuah parti yang ikhlas nk perjuangkan hak PA..tolak je duit tu..cakap kalau tambah sikit lagi saya terima...leh kasik bonus kat semua PA..

mcm xpernah blaja matapelajaran sejarah pulak..bukan ke zaman penjajah dulu..omputih nk tutup mulut pembesar melayu dengan memberikan kuasa dan duit?

one more thing...apa kata paste je kat blog ni perlembagaan cuepacs..semua orang bley baca dan nilai sendiri..if perlu ada pemilihan semula..baik adakan..ini utk kembalikan kepercayaan ahli..kalau pemilihan hari tu mmg ikut perlembagaan..tanpa ada syak wasangka..then tak perlu adakan la..