SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** PEKERJA CEMERLANG RAKYAT SEJAHTERA***CUEPACS DI HATI KU***

20 Disember 2010

PERATURAN DALAM SISTEM KEWANGAN NEGARA DIKAJI SEMULA

Bernama
20/12/2010



IPOH, 18 Dis (Bernama) -- Kementerian Kewangan sedang mengkaji untuk meminda atau melupuskan peraturan dalam sistem kewangan negara bagi memastikan ia tidak merencatkan sebarang polisi kerajaan yang digubal mengikut peredaran masa dan kesesuaian.Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah berkata langkah itu diambil bagi memastikan peraturan lapuk dan tidak lagi relevan dengan situasi semasa dapat dipinda segera.

"Ini kerana sesetengah peraturan kewangan ini telah diperkenalkan sejak dulu, yang mana dulu (pada ketika itu) memang menjadi keperluan tetapi dengan perubahan zaman peraturan ini mungkin tidak begitu relevan. Jadi apa yang kita tengah buat... kaji peraturan-peraturan kewangan, mana yang tidak relevan lagi kita akan pinda supaya ia dapat diadaptasi dalam keperluan dunia yang berubah," katanya kepada pemberita selepas ditemuramah dalam satu slot di Perak FM di sini Sabtu.Beliau memberikan contoh, sebelum ini pembekal yang mendapat kontrak dengan kerajaan dikehendaki meletakkan 'bon prestasi' dan ia kemungkinan menjadi halangan untuk pelaksanaan projek.

Ahmad Husni berkata demikian ketika diminta mengulas saranan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak kepada petugas Kementerian Kewangan pada Khamis lepas supaya mereka lebih peka kepada perubahan dan terdapat banyak peraturan dilihat sebagai penghalang kepada sesuatu polisi atau peraturan.Najib, yang juga Menteri Kewangan mengingatkan, para petugas kementerian supaya bersikap lebih berani membuat teguran dan perubahan dalam menjalankan tugas masing-masing.Ahmad Husni berkata oleh yang demikian perubahan terhadap mana-mana peraturan yang mengekang kemajuan dan pembangunan harus dilakukan segera selaras dengan Program Transformasi Kerajaan (GTP).Beliau menjelaskan semua penjawat awam terutama yang berkhidmat dengan Kementerian Kewangan perlu tampil untuk mengemukakan cadangan terhadap mana-mana peraturan yang memerlukan kajian sebelum ia dipinda.Katanya cadangan ini perlu kerana sesuatu peraturan lapuk yang diamalkan kini menyebabkan negara mengalami mengalami kesan negatif terutama membabitkan pelaburan asing.Sebagai sebuah kementerian yang penting, Ahmad Husni mengakui banyak peraturan kewangan wajar disesuaikan dengan perkembangan semasa dunia.-- BERNAMA

13 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Sistem gaji PA dan cara beri bonus pun patut dikaji semula.

Dulu gaji walaupun kecik tapi cukup makan. Kini RM2000 pun langsung tidak cukup.

Jadi apa tunggu lagi? Kaji semula lah.

Menteri berkaitan, pandai-pandai buat lah....

Tanpa Nama berkata...

Kaji untuk kesenangan puak2 penyamun nak menghabiskan duit rakyat! Selagi belum abis selagi tu dia akan kikis! Nak bayar bonus PA x mampu, buat konsert, ubah suai rumah, ada pulak duit! Dlm metro/kosmo hari ni ada polis kena santau... kpd org tersebut tolong la santau PM dan isteri dia dgn segera!!!

2bz4money berkata...

Pelaporan kewangan secara telus dan mematuhi standad antarabangsa akan meningkatkan tadbir urus yang baik disamping meletakkan asas perbandingan prestasi yang lebih adil sesama negara. Justeru itu dicadangkan negara kita mematuhi Standad Perakaunan Secara Akruan.

Tanpa Nama berkata...

Sistem pengurusan yang diselia lebih teratur serta lebih akauntibility tidak membazir serta atau berlaku ketirisan perlu sistamtik lagi beramanah perlu ujud disektor awam.
Perlu rujuk dan lihat bagaimana negara seperti singapura laksanakannya.

Tanpa Nama berkata...

Kerajaan perlu kurangkan jumlah penjawat awam

KUALA LUMPUR 20 Dis. - Kerajaan perlu mengurangkan jumlah pengambilan penjawat awam selain mencari jalan meningkatkan produktiviti kerja golongan itu bagi mencapai status negara maju menjelang 2020.

Naib Canselor Universiti Malaya, Prof. Datuk Dr. Ghauth Jasmon berkata, berdasarkan jumlah rakyat negara ini yang dianggap masih belum terlalu ramai, kadar penjawat awam di negara ini adalah tinggi berbanding kadar di negara maju.

"Malaysia mempunyai 1.2 juta kakitangan awam sedangkan rakyatnya cuma kira-kira 28 juta. Bandingkan pula dengan Korea Selatan yang mempunyai 48 juta rakyat tetapi hanya mempunyai dua juta penjawat awam.

"Begitu juga dengan Jerman yang hanya mempunyai dua juta kakitangan awam untuk 82 juta rakyatnya dan Jepun dengan hanya 4,449,900 penjawat awam berbanding 126,804,433 rakyat mereka," katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ceramah pada Seminar Pendidikan Sempena Konvensyen Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) Ke-25 di Dewan Tunku Canselor, Universiti Malaya (UM) di sini hari ini.

Hadir sama Presiden Cuepacs, Omar Osman serta dua timbalannya, Azih Muda dan Husain Mohd. Yasin.

Beliau berkata, jika pengurangan kakitangan dan peningkatan produktiviti dilakukan, ia mampu menjimatkan perbelanjaan kerajaan selain mempercepatkan proses kemajuan negara.

"Di negara-negara maju hari ini, kebanyakan rakyatnya rajin bekerja dan melakukan tugas secara 'pelbagai kerja'. Melalui cara itu, kerajaan boleh menjimatkan perbelanjaan walaupun mungkin terpaksa membayar lebih sedikit kepada seseorang kakitangan awam kerana beban kerjanya bertambah.

"Produktiviti pula berkait rapat dengan sikap rakyat itu sendiri. Jika di negara maju, para eksekutifnya hanya akan pulang pada pukul 10 malam sementara profesor dan mahasiswa universiti pula akan pulang selewat 12 malam. Budaya rajin bekerja ini yang perlu kita bentuk," katanya.



antara statement yg pada aku salah satu paling bangang kat dunia, compare dgn negara maju pasal budaya keje samapai tgh malam, mmg dunia org atasan yg asik mengejar kekayaan dunia sahaja tanpa memikirkan masalah sosial dan hubungan kekeluargaan yg amat penting sekali...berapa byk masalah sosial n kes bunuh diri kat negara maju tu?? kena fikir jugak pro n kontra dlm melakukan sesuatu..yg penting jadikan al-quran sbg panduan

Tanpa Nama berkata...

Biasa la prof2 tu semua sembang saja kuat... org tua2 kata ukur baju kt badan sendiri. Ni dok tgk negara maju...negara kita ni kebajikan rakyat pun terabai ni kan pulak nak suruh kerja kuat! Tukar kerajaan tu dulu baru leh mai sembang hal PA... pemimpin kerajaan tu kena perbetulkan dulu... kalihamput betul!

rashidi berkata...

minta kerajaan Umno dan BN jgn tunduk pada tuntutan PA yg mata duitan.. mereka ni dah terpengaruh dengan pembangkang dan jgn beri muka kepada mereka langsung, nnt jadi kaduk naik junjung

apa salahnya bersyukur dgn Umno yg sentiasa tidak pernah gagal membayar gaji kita? mana ada kerajaan yg bebas rasuah, tgk jiran2 indon dan myanmar cukup la, cakap mmg senang.

di kedah, penang dan kelantan, rasuah semakin menjadi2 sejak pembangkang menang. rakyat semakin miskin, byk org dh x mampu membeli kereta baru

Tanpa Nama berkata...

boleh balik pukul 10 malam/12 malam...tapi kena dimulakan dengan ketua-ketua jabatan dahulu..

lepas tu menteri2...

lepas tu buang kerja separuh kakitangan awam macam prof Ghauth cakap..tapi orang pertama biarlah prof. Ghaith dulu...lepas tu anak2 dan keluarga dia yang kerja gomen..

macam mana?

anak buah/staf biasa balik jam 10 malam..ketua2 jabatan/pegawai 12 malam setiap hari bekerja..ok no problem..

kita boleh start bila2 masa..

Tanpa Nama berkata...

Guna tenaga disektor awam perlu dikaji semula agar tidak berlaku lebihan, terutama sekarang ini kita dah banyak menggunakan teknoloji IT dan sebagainya,

guna tenaga terutama di kementerian keselamatan dalam negeri spt dijabatan polis sekarang begitu ramai, kerajaan perlu gunakan teknologi maju spt dinegera maju dari mengunakan tenaga manusia yg berlaku lebihan kurang daya maju dan produktif

Tanpa Nama berkata...

Top 10 Richest Countries in Asia

Country GDP per capita
1. Brunei $54,100
2. Singapore $52,900
3. Japan $35,300
4. South Korea $27,100
5. Malaysia $15,700
6. Kazakhstan $12,000
7. Azerbaijan $ 9,500
8. Thailand $ 8,700
9. Armenia $ 6,600
10.China $ 6,100

Hasil usaha penjawat awam di Malaysia selama 53 tahun membantu melaksanakan dasar Kerajaan telah menyebabkan negara berada dikedudukan ke-5 terkaya di Asia...mungkin prof.Ghauth tidak merujuk fakta dan realiti kedudukan Malaysia sekarang. prof.Ghauth juga tidak membandingkan teknologi dan kemudahan yang digunakan oleh penjawat awam di Malaysia berbanding penjawat awam di Jepun & Korea Selatan. prof.Ghauth juga tidak membandingkan kadar gaji penjawat awam di Malaysia berbanding penjawat awam di Korea Selatan & Jepun...Mungkin prof.Ghauth tidak perlu untuk membuat penyelidikan apakah faktor2kenapa Kerajaan perlu mengambil ramai penjawat awam kerana beliau sudah ada p.h.d dan membuat analisa tanpa kajian...

Satu lagi prof..., kadar rasuah di Korea Selatan, Jepun & Singapura rendah kerana penjawat awam dinegara tersebut dibayar gaji tinggi...!!!!

Tanpa Nama berkata...

prof. Ghauth ni prof kangkong barangkali?

kalau nak bodek pun berpada pada le..jangan jadi macam prof. kangkong UUM dulu pulak?

Tanpa Nama berkata...

Prof bolehlah dicalunkan atau di lantik senator, kajian perlu teperici sebagai prof jangan ambil secara prepektif yg kurang menyeluruh denagan keadan perbandingan yang lebih seimbang dan menepati.

Tanpa Nama berkata...

ASYIK MINTA BONUS JE KENAPOA TAK MINTA SELARASKAN COLA KATEGORI BANDAR DAN LUAR BANDAR