SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** PEKERJA CEMERLANG RAKYAT SEJAHTERA***CUEPACS DI HATI KU***

11 Disember 2010

JPA PERLU BERBINCANG DENGAN KESATUAN SEKERJA SEBELUM LAKSANA PENILAIAN BARU

Bernama
10/12/2010




KUALA LUMPUR, 10 Dis (Bernama) -- Kesatuan dan persatuan pekerja kakitangan awam mahu Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) mengadakan perbincangan dengan mereka sebelum merangka dan melaksana penilaian baru bagi kakitangan perkhidmatan awam.Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) Omar Osman berkata, ini adalah penting untuk mendapatkan pandangan dan pendapat bersama bagi menghasilkan satu sistem penilaian yang terbaik, dan bagi menepati kehendak penjawat awam untuk menggantikan peperiksaan Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) yang ditamatkan Januari depan.

Beliau berkata penilaian baru yang akan diperkenalkan diharap satu sistem yang adil dan tidak berkonsepkan peperiksaan yang mana penjawat awam dinilai berdasarkan produktiviti, kreativiti, inovatif dan sumbangan kepada organisasi."Kita tidak mahu orang lihat yang lulus PTK itu saja yang cemerlang walhal orang bawah bertungkus lumus buat kerja, Jadi, saya minta penilaian yang baru nanti menilai penjawat awam sama rata, tidak ada unsur berat sebelah atau pilih kasih, katanya kepada Bernama di sini.JPA baru-baru ini mengeluarkan Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 13 Tahun 2010, yang memaklumkan mengenai pemansuhan PTK berkuatkuasa 1 Jan 2011, dan ia tidak lagi menjadi syarat kenaikan pangkat mulai 1 Jan depan.Pekeliling itu dikeluarkan berikutan pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semasa pembentangan Bajet 2011 pada Oktober lepas yang memaklumkan bahawa kerajaan memutuskan untuk memansuhkan PTK dan menggantikan dengan sistem penilaian yang lebih sesuai dan diterima baik oleh pegawai awam menjelang Jun tahun depan.

Omar berkata PTK yang diwujudkan tanpa kajian menyeluruh telah mencapai matlamatnya dan sepatutnya sudah lama dimansuhkan memandangkan ramai penjawat awam menolak peperiksaan itu.Untuk itu, beliau berkata penilaian semula yang lebih adil dan saksama perlu diadakan selepas ini.Sementara itu, Presiden Kesatuan Pegawai Pengangkutan Jalan Semenanjung Malaysia (KPPJSM) Hamzah Masri berkata dengan adanya perbincangan antara JPA dan kesatuan, sistem penilaian baru itu nanti akan memenuhi keperluan pelbagai sektor daripada hanya tertumpu kepada pandangan JPA sahaja.Beliau berharap penilaian baru ini tidak berorientasikan peperiksaan lagi seperti PTK yang diperkenalkan kerajaan pada 1 Nov 2002 yang diwujudkan untuk menggalakkan pembangunan diri pegawai perkhidmatan awam melalui pembelajaran berterusan.

Selain itu ia bertujuan meningkatkan budaya organisasi pembelajaran dan melaksanakan pengurusan sumber manusia berasaskan kompetensi, katanya.Hamzah juga berharap penilaian baru ini dapat memberi tumpuan lebih kepada bidang tugas masing-masing dan tidak dibebankan dengan peperiksaan."Penilaian yang melibatkan bidang tugas masing-masing (penjawat awam) lebih sesuai dan lebih tepat. Penjawat awam bukan lagi di peringkat pelajar. Kalau boleh penilaian yang baru ini tidak berbentuk peperiksaan tetapi dinilai mengikut tahap kecekapan bidang masing-masing yang mana lebih berkesan," katanya.-- BERNAMA

33 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

harap harap tiada sistem kuota untuk pekerja mendapat cemerlang dalam sistem penilaian ini seperti APC, setiap tahun ikut giliran...mana yang suda dapat, tak kan dapat lagi tahun depan walaupun bekerja dengan tekun dan menunjukkan prestasi yang baik. sepatutnya tiada kuota untuk anugerah cemerlang. begitu juga anjakan gaji. jika kakitangan menepati segala piawaian dan penunjuk prestasi dan mencapai markah yang memuaskan. tak perlu menunggu giliran untuk mendapat anugerah. (PANGLIMA GAGAH)

Tanpa Nama berkata...

BUKAN SETAKAT KUOTA...PILIH KASIH PUN TAK ADA, SIKAP DENDAM PUN TAK ADA, BERAT SEBELAH PUN TAK ADA...

BOS2 YG BAGI MARKAH TU PUN BUKAN BETUL SANGAT PUN...CUBA BAGI PELUANG PEKERJA BAWAHAN NILAI PULA...KALAU BOS TAK DAPAT 50% JE MARKAH...

Tanpa Nama berkata...

tak main le PTK PTK ni...kami geng askar dah nak dinilai perubahan gaji/naik gaji...bye bye...

lepas kami, polis..lepas polis cikgu...maap le kauorang sabor le...kami pembenteng negara, duduk dlm kem main sepakraga..kehkehkeh..jangan mare...nanti lekas tue..

Pegawai gred 54 yang minat PTK berkata...

Saya tahu ramai yang benci PTK. Bagaimanapun saya teramat sangat suka PTK. Sebab sistem PTK, dalam 7tahun sahaja saya telah berjaya naik pangkat dari gred 48 hingga 54. Senang aje duduk peperiksaan.

Senang bukan sebab soalan peperiksaan itu mudah dijawab, tapi sebab ramai senior tua-tua yang tidak sanggup menghafal jawapan. Kesian dia orang, sampai pencen pun masih di gred 48. Sungguh kesian... Tsk tsk tsk. Tapi apa saya perduli, saya dah dapat 54 tanpa titik peluh pun. Kira rezeki. Tuhan izinkan. Hahahaaha

Yang bodoh tu JPA yang buat sistem bodoh macam tu... Sungguh bodoh sekali.

Terima kasih PTK. Terima kasih JPA. Buatlah sistem baru yang lagi bodoh supaya saya boleh dapat JUSA dengan senang. Haaaaaahahahahaahaha

Tanpa Nama berkata...

kami geng askar ikut perlembagaan lebih tinggi gaji dari jawatan lain...lain2 jawatan rendah je...
gaji kami tinggi walaupun duduk rekat banyak..kawan2 kami ada yg pegi PBB, jangan tak tau...ini zahid hamidi kata..bukan kami kata...kehkehkehkeh...

Tanpa Nama berkata...

betullah...JPA ni memang buat dasar bongok la...kami pekerja tua dalam jabatan awam tak naik pangkat..yang muda2 semua naik pangkat...cerdik betul JPA ni dalam bahagian bongok ni..apa raaa....jadi saya setuju dengan pegawai gred 54 di atas..

Talib berkata...

kami harap penilaian baru akan melonjakkan kami ke gred 41 segera

Tanpa Nama berkata...

JURUTEKNIK OH JURUTEKNIK...nampak gayanya sampai pencen la dok takok lama....

Tanpa Nama berkata...

Jangan harap apa saja JPA buat perubahan ada saja yg tak sepatutnya dpt habuan tp ia dapat. Hantam lah JPA oii selagi masih hidup. Mati kalu buat peraturan kat malaikat pula. Cobaan

Tanpa Nama berkata...

hmmmm kes juruteknik sampai sekarang tak settle

Tanpa Nama berkata...

sy juruteknik umur baru 39...... lg 5 tahun gaji dah mati takda pergerakkan seperti biasa.....

Tanpa Nama berkata...

Itulah sistem yang dilaksanakan oleh manusia. Manusia ada pelbagai perasaan. Utk berlaku adil ... Buatlah macam2 motivasi, peraturan dan undang-undang. Semuanya tinggal dalam fail ajer. Pelaksanaan entah aper-aper ...

Tanpa Nama berkata...

Masalah dengan semua penilaian yang
sedia ada dan dengan penilaian baru yang akan dilaksanakanialah - tidak ikut meritokrasi!!!!!
kaedah yang di ikut ialah atas kuota-
senior/junior/kaum/ikut giliran macam main kutu.Selagi meritokrasi tidak diutamakan - semua kaedah untuk menilai prestasi Penjawat awam tidak akan meningkatakan kualiti kerja yang dikehendaki.Mesti telus---
paparkan markah /jangan main catur/
tahun ini saya dapat/tahun depan you dapat mesti disingkirkan.IKUT MERITOKARSI dan Jangan IKUT giliran

Tanpa Nama berkata...

"tak main le PTK PTK ni...kami geng askar dah nak dinilai perubahan gaji/naik gaji...bye bye...

lepas kami, polis..lepas polis cikgu...maap le kauorang sabor le...kami pembenteng negara, duduk dlm kem main sepakraga..kehkehkeh..jangan mare...nanti lekas tue.."...sombongnya...

" jangan pertikaikan kenaikan gaji ATM "..itu kata menteri bodoh zahid...sombongnya....

Naiklah gaji ATM sebanyak mana pun..memang takkan cukup,sebab kerja tak ikhlas makan gaji buta.anak bini makan gaji haram jadi darah daging,sebab itu lah ramai tentera dan kaum kerabatnya rosak dan binasa..aku memang tak halalkan dunia akhirat punya...

Tanpa Nama berkata...

Yang paling bodoh ialah menteri-menteri dan para pembodek BN. Ingat apabila SSB diperkenalkan, dia orang bukan main menyokong penuh.
Apabila SSB diganti oleh SSM dan PTK diperkenalkan, dia orang turut menyokong kuat.
Apabila PTK dimansuhkan, mereka meyokong lagi...
Mana pergi pendirian?

Tanpa Nama berkata...

Selagi namanya "manusia", ada saja yang tak kena. Saya bersyukur kepada Allah Taala kerana memberi kurniaan dengan lulus 2 kali PTK. Saya orang lama dan akan bersara pada akhir tahun 2012 nanti. Buatlah apa juga sistem, selagi namanya "manusia", ada saja yang tak kena. Kalau tak mahu ikut, buat pejabat sendiri di rumah, buat lah undang-undang sendiri, kerja sendiri dan tak menyusahkan orang ramai.

Tanpa Nama berkata...

Patut ramai anak2 penguatkuasa terutama Polis, ATM, Kastam jadi tak tentu hala... rosak akhlak pun banyak!!! Rupa2 nya banyak makan duit HARAM...kerja tak seberapa gaji saja lebih!!!

Tanpa Nama berkata...

PTK Tidak Relevan Di Sektor Awam

PTk bukanlah penilaian sebenarnya kecekapan dalam sektor awam PTK merupakan seperti kembali kezaman persekolahan yg hanya mengeluarkan mereka yg banyak dan kuat menghafal dalam sistem pembelajaran di negara kita ini.

Dalam satu kajian yg telah dibuat dalam proses kebolehan menghafal ini kalangan pelajar perempuan lebih mendahuluinya berbanding dengan pelajar lelaki sebab itulah di bidang2 seperti ini lebih ramai dikalangan kaum perempuan dan sebaliknya pula dibidang teknikal kaum lelaki lebih dilihat lebih praktikal dan berkebolehan.

Budaya hafalan seperti ini adalah tidak wajar diteruskan bagi melahirkan penjawat awam yg kreatif,berinovasi dan produktif sebagaimana yang dihasrat oleh kerajaan.

Budaya kreatif dan Inovasi ini perlu disuburkan disektor awam ini bagi mencapai sebagai hasrat sebagai sebuah negara maju yang boleh standing serta dapat bersaing dengan negera2 maju,

halim Jempol berkata...

ayuh PA mari kita berdoa agar dipeliharakan UMNO dan BN dari kejahatan Dajal.

kami bersyukur ya Allah dengan kerajaan BN ini, rahmatilah UMNO biarlah memerintah jgn Kau biarkan bumi tercinta ini jatuh pada pembangkang yang pro-Israel.. Kau teruskanlah kemuliaan pemimpin UMNO kami, kurniakanlah keimanan dan kekuatan agar mereka mampu lalui segala tohmahan palsu yang pembangkang lemparkan dengan penuh tawaduk. amin

p/s: kita perlukan subjek baru agar mendidik generasi muda bersyukur kepada Umno

Tanpa Nama berkata...

JPA tak perlu berbincang dgn CUEPACS. Siapa itu CUEPACS?? Budak yg mintak bonus tu .kerrr?

JPA perlu dengar dpd Penjawat Awam sendiri. PA di Malaysia bukan semua minat dgn CUEPACS.

CUEPACS sudah bertukar menjadi NGO Politik..!!!!

Aku dah lama agak Omar nii nak pangkat Dato' dan nak jadi Senator ...!!!
Poorah CUEPACS ............

Tanpa Nama berkata...

To Halim Jempul:


kahak tuiiii..

Tanpa Nama berkata...

Lepas ni wikileaks kuar cerita antaltuyya pulak...mampos ko haram jadah Najib!!!!

Tanpa Nama berkata...

Adakah Wikileaks benar dapat maklumat tepat atau mendapat sumber risikan dari prepektif sesorang aja tapi bukan reality, sebenarnya bila mediamengambarkan seolah2 sumber risikan yg ada kaitan amerika itu sumber yg cukop sahih, kita masih mencari2 sumber berita yg tak sahih sehingga kini gembar-gembur pengeboman 11 september wtc masih banyak dipertikaikan, begitu juga isu perang terhadap Iraq,

Mungkin sebahagian berita itu ada kaitan kebenaranya tapi masih tiada bukti yg kukoh, munkin hanya memberi politik mileage bagi sesorang aja bagi tujuan politik saja

Tanpa Nama berkata...

Benar kata Halim Jempul UMNO dan BN tu benar2 dajal semua kita semua dijauhi oleh Dajal, Semuga Bumi Malaysia ini dirahmati allah oleh pimpinan yg cinta kepada keadilan dan kedaultan Islam, amin

Tanpa Nama berkata...

Umno dan BN memang dajal..elok lah di tumbangkan di PRU13 nanti

Tanpa Nama berkata...

salam semua kawan2..plse la..no politics isues dalam blog cuepacs ni..

Tanpa Nama berkata...

Memang betul UMNO tu dajal sekiranya saudarA perhatikan betul pada lambangnya kita boleh lihat matanya satu di tengah dan ada pula 2 taring dibawahnya, sebabtulah kena hati2 dengan nya dan kena mimta perlindungan diri kita dan keluarga kedajalannya itu, wana nazibika min zalik

Tanpa Nama berkata...

JPA TAK TAHU MENILAI KELULUSAN KAKITANGAN AWAM, YANG KERJA SENANG MACAM TUKANG MASAK DINAIKKAN GRED, PEMANDU DIBERI ELAUN KHAS RM 150, PEMBANTU TADBIR TAK ADA ELAUN MACAM DRIVER YANG HARI-HARI PEGANG STEARING KERETA. ORANG KERJA PEJABAT TERDIRI DI KALANGAN YANG MENDAPAT KEPUTUSAN YANG BAIK, TAPI GAJI LEBIH RENDAH DARI POLIS. KERJA PEJABAT BANYAK PAKAI KEMAHIRAN TEKNOLOGI, FIZIKAL DAN OTAK, TAPI DINILAI RENDAH SANGAT...BODOH PUNYA JPA...ikut cakap menteri nak naikkan gaji kakitangan awam...tak adil...

Tanpa Nama berkata...

sekarang ni cakap pun tak guna..akhir sekali JPA akan membuat keputusan sendiri tanpa penyertaan CUEPACS..CUEPACS akan ditinggalkan macam apa yang dah berlaku sebelum ini.Nasib kakitangan awam tidak terbela..macam biasa yang terbela nasib adalah POLIS, ASKAR dan GURU.Macam dulu-dulu jugak ..Pi Mai..Pi Mai..Tang Tu Jugak..

Tanpa Nama berkata...

kami geng askar minta maap le sebab kami dah nak dinaikkan gaji dah, awal tahun depan agaknya. Jadi kami tarik diri dulu le bincang bab gaji ni sebab matlamat kami dh tercapai...

bagi yang belum ada nasib...teruskan berjuang. Jangan putus asa..

cuepacs jangan harap sangat le..

kami pun harap selepas kami dinaikkan gaji ni, kami juga berpeluang sekali lagi naik gaji bersama2 penjawat awam lain yg belum naik gaji lagi dlm pelarasan gaji nanti...itu pun kalau ada pelarasan la...kalau tak ada kira kami naik sekali je le...kalau ada kami naik dua kali..kehkehkeh...rezeki jangan ditolak...bertempur dengan komunis jangan dicari..heeeeee...heeeeeee..

cuepecs berkata...

Sebenarnya kami nak bagi semua dpt naik pangkat, gred,gaji dan elaun tp ramai yg kutuk kami kat sini maka apa-apa pun kami tak bagi.

Tanpa Nama berkata...

JPA sedang mesyuarat le...ha.....lepas tu kami makan ha..... kat hotel ***** ha..... kamu mana tau

Tanpa Nama berkata...

takpelah askar naik gaji...

pgorbanan mereka lbih besar... mereka ada senjata tapi tak pakai baju kalis peluru kbanyakannya...

n lagipun mereka yg paling banyak mengundi kerajaan bn.....;.