SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** PEKERJA CEMERLANG RAKYAT SEJAHTERA***CUEPACS DI HATI KU***

05 Disember 2010

PERUBAHAN NAMA SKIM PERKHIDMATAN PEMBANTU TEKNIK KAPAL TERBANG, PEMBANTU TEKNIK UKUR, PEMBANTU TEKNIK UKUR BANGUNAN DAN PEMBANTU UNDANG-UNDANG

Media Cuepacs
5/12/2010



Pekeliling perkhidmatan ini bertujuan memaklumkan keputusan kerajaan mengenai perubahan nama skim perkhidmatan Pembantu Teknik Kapal Terbang, Pembantu Teknik Ukur, Pembantu Teknik Ukur Bangunan dan Pembantu Undang-undang.

Selaras dengan keperluan memperkemas nama-nama skim perkhidmatan dalam sektor awam, pemakaian nama skim perkhidmatan Pembantu Teknik Kapal Terbang, Pembantu Teknik Ukur, Pembantu Teknik Ukur Bangunan dan Pembantu Undang-undang didapati tidak lagi sesuai. Sehubungan itu, kerajaan bersetuju supaya nama skim perkhidmatan Pembantu Teknik Kapal Terbang, Pembantu Teknik Ukur, Pembantu Teknik Ukur Bangunan dan Pembantu Undang-undang diubah. Perbekalan-perbekalan lain dalam skim perkhidmatan berkenaan dikekalkan.

PERUBAHAN NAMA SKIM PERKHIDMATAN

Perubahan nama skim perkhidmatan tersebut adalah seperti berikut:


Pembantu Teknik Kapal Terbang kepada Penolong Pemeriksa Kapal Terbang
Pembantu Teknik Ukur kepada Penolong Juruukur
Pembantu Teknik Ukur Bangunan kepada Penolong Juruukur Bangunan
Pembantu Undang-undang kepada Penolong Pegawai Undang-undang


Untuk keterangan lanjut (sila klik disini)

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

APA ADA PADA NAMA??? ZAMAN NAJIB ZAMAN DUIT SEPATUTNYA NAIK GAJI, ITU YANG PALING UTAMA..!!!

Tanpa Nama berkata...

Ya betul tu...ni nanti bila lagi pula pembantu2 di kpm akan di ubah..cam pem makmal ke...pembantu pengurusan murid ke..pembantu juruteknik ke...

Tanpa Nama berkata...

setakat berubah nama baik tak payah! beruk kat hutan takde tukar nama pun boleh panjat kelapa sejak dulu lagi.
Yang penting gaji kena upgrade!
Setakat title 'pengarah', tapi pakai kereta kancil.
Aku rasa malu, malu, malu pengarah jabatan kerajaan bergaji seceput.