SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** PEKERJA CEMERLANG RAKYAT SEJAHTERA***CUEPACS DI HATI KU***

02 Disember 2010

SU AGUNG SAH PERTAHAN JAWATAN, PRESIDEN CUEPACS DIDESAK UNDUR

Malaysia Insider
@ 02:09:36 PM 02-12-2010
Oleh G. Manimaran
December 02, 2010




KUALA LUMPUR, 2 Dis — Pemilihan Cuepacs mula rancak dengan wujud desakan agar Presidennya Omar Osman, yang baru-baru ini disambung semula kontrak perkhidmatan, agar berundur untuk memberi laluan kepada pihak lain memimpin kongres itu.
Setiausaha Agungnya Ahmad Shah Mohd Zin yang berganding dengan Omar pada pemilihan tiga tahun lalu berkata, sudah sampai masa bagi Cuepacs memerlukan seorang presiden yang baru.
Pada pemilihan 22 Disember ini, Ahmad Shah akan berganding dengan Ramli Omar iaitu Presiden Kesatuan Kakitangan Mardi Malaysia kali ini.

“Presiden patut ditukar... beliau wajar memberi laluan kepada orang lain sebab Cuepacs memerlukan pemimpin baru, dengan idea-idea yang baru. “Saya atau barisan kami tidak mengatakan beliau tidak memberi sumbangan, tetapi sudah sampai masanya Cuepacs memerlukan kepimpinan tertinggi yang baru,” kata beliau kepada The Malaysian Insider.
Cuepacs mengadakan mesyuarat majlis kongres semalam mengesahkan senarai pencalonan, yang sesinya ditutup Isnin lalu.

Mereka yang dicalonkan perlu mengesahkan penerimaan pencalonan sebelum 15 Disember ini.
“Ini pandangan ahli-ahli akar umbi. Cuepacs mahukan kepimpinan lebih dinamik,” kata beliau.
Ahmad Shah yang mengesahkan akan mempertahankan kedudukannya buat penggal ketiga berkata, kali ini akan bertanding dalam pasukan Ramli yang turut memutuskan mencabar Omar.
Ketika ditanya mengapa tidak berada dalam pasukan Omar, Ahmad berkata, “nampaknya beliau yang tidak mahukan saya.”

“Kesatuan beliau tidak mencalonkan saya pun, untuk jawatan setiausaha agung. Jadi saya menganggap saya tidak diperlukan oleh Omar. Maka, saya bergandingan dengan Ramli,” katanya lagi.Ramli pula berkata, pihaknya telah menyusun barisan calon dengan memilih Ahmad Shah untuk jawatan setiausaha agung.“Saya dah memutuskan tanding jawatan presiden sekali lagi. Ahmad Shah akan jadi gandingan untuk jawatan setiausaha agung,” kata Ramli, yang pernah dua kali bertanding jawatan presiden sebelum 2007.

“Saya yakin kali ini selepas dua kali mencuba sebelum ini,” katanya ketika ditanya peluang beliau.
“Cuepacs memerlukan perubahan dan pembaharuan, yang akan membantu kakitangan awam seiring dengan gagasan 1 Malaysia,” katanya. Cuepacs mengadakan pemilihan terakhir tiga tahun lalu. September lalu, Omar, 58, memberitahu The Malaysian Insider bahawa kontrak perkhidmatannya telah dilanjutkan tetapi tidak memaklumkan tempoh baru.

Usaha menghubungi beliau masih belum berhasil.Sumber mendakwa perkhidmatannya hanya disambung enam bulan sejak September lalu.Beliau juga belum mengesahkan sama ada mahu mempertahankan jawatannya kali ini.Bagaimanapun rakan-rakannya yang dihubungi mengesahkan kepada The Malaysian Insider bahawa Omar, Presiden Kesatuan Kakitangan Universiti Putra Malaysia, akan bertanding lagi.“Omar sudah memberitahu kami yang beliau akan bertanding lagi,” kata seorang pemimpin kesatuan gabungan Cuepacs.

Cuepacs ada 130 kesatuan gabungan. Omar memperoleh 48 pencalonan. Ramli dicalonkan oleh satu kesatuan manakala Azih Muda, kini merupakan Timbalan Presiden Cuepacs, juga menerima satu pencalonan. Ahmad Shah juga menerima satu pencalonan bagi jawatan presiden.
Bagi jawatan setiausaha agung, selain Ahmad Shah, turut dicalonkan Lok Yim Pheng yang menerima 30 pencalonan, Ku Azmi Ku Ibrahim (dua) dan Adnan Mat (satu).

“Kita mahukan struktur dan peranan Cuepacs yang lebih efektif... saya yakin barisan kami ini mampu menyediakan ciri-ciri kepimpinan yang berkualiti ini,” kata Ramli lagi.
Ahmad Shah menambah, “saya melihat kepimpinan Cuepacs memerlukan gandingan yang ada sefahaman dan sehaluan untuk berjuang bagi kakitangan awam.”

Dalam pada itu, bagi jawatan timbalan presiden, pemimpin dicalonkan ialah Azih yang menerima 27 pencalonan, Husain Mohd Yasin yang kini merupakan seorang lagi penyandang dengan mendapat 24 pencalonan, Ramli (empat), Zainal Ismail (enam), Lok (dua), Hamzah Masri (dua), Shuhaimi Othman (satu), Mohd Mazlan Mohd Shaari (satu) dan Ibrahim Ahmad (satu).

Bagi tiga kerusi timbalan setiausaha agung pula seramai 14 orang dicalonkan iaitu Adnan yang menerima 32 pencalonan, Abd Rahman Nordin (20), Ku Azmi (13), Lok (10), Mohamad Baharom (empat), Mohd Mazlan (tiga), Kang Beng Leng (dua), Rus Bakaruraini Shahfie (dua), Ja’apar Mansor (satu), Dr Zainal Shaik Dali (satu), Sayuti Dollah (satu), Ali Omar (satu), Hamzah (satu) dan Ibrahim (satu).Samuel Devadasan dicalonkan untuk mempertahankan jawatan setiausaha kewangan.Turut dicalonkan bagi jawatan itu ialah Ja’apar yang menerima 10 pencalonan berbanding Samuel 35 pencalonan.

Bagi jawatan timbalan setiausaha kewangan, Ja’apar menerima pencalonan tertinggi iaitu 34 dan disusuli Mohd Razak Singah (dua), Mazlan (satu), Rus Bakaruraini (satu), Kang (satu), Azhar Abdul Shukri (satu) dan Hamzah (satu).Persidangan Tiga Tahun Sekali Cuepacs akan berlangsung pada 21 dan 22 Disember dengan dirasmikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak. Pemilihan diadakan pada hari kedua persidangan.

5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Apa2 hal pun kami mau bonus kami...

Tanpa Nama berkata...

kesian tu ada jugak pada pak omar tapi kepentingan seluruh PA kena amek kira. dah tak boleh pegi jauh dah dlm perjuangan apa boleh buat undur jelah..

Tanpa Nama berkata...

Ahmad Shah kalau dilihat dari mata aku tidak mempunyai ciri-ciri langsung..dgn muka masam sombong tak pernah senyum..kalau itulah pilihan kalian jangan menyesal.

Tanpa Nama berkata...

salam dan salam satu Malaysia..memang benarlah apa yang diperkatakan oel anon 7:21 AM..kita x mahu Presiden yang sombong..saya pernah lalui pengalaman ini..kalau benarlah Tn.Hj Omar tidak akan mempertahankan jawatan nya,dan saya jika diberi pilihan..saya dan kesatuan gabungan yang lain akan pilih En.Azih b.Muda sebagai PRESIDEN CUEPACS yang baru kerana beliau ada ciri2 kepimpinan yang mesra,konsisten dan tegas..wassallam..

Tanpa Nama berkata...

Ada kenyataan yang benar. Ada orang takut dengan bayang-bayang nya. Tak kan dia tak idam jawatan Presiden, nak kekalkan jawatan. Macam tak logik.

Kalu ada cita-cita dan nak buktikan lebih bagus dari Omar, SUA perlu bertanding Presiden. Berani kerana benar dan kalu kita tahu semua orang suka kita. Jangan nak pertahankan jawatan untuk politik semata-mata.

Pilih pemimpin yang benar-benar layak sahaja kerana si pemilih kepada pemimpin juga akan didakwa di akhirat kelak jika pemimpin itu gagal dan kepimpinannya. Sedarlah wahai umat Islam. Jangan politikan agama, kerana dosa pahala tidak akan dikompromi.