SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** PEKERJA CEMERLANG RAKYAT SEJAHTERA***CUEPACS DI HATI KU***

21 Disember 2010

GERAN TAHUNAN CUEPACS DITAMBAH KEPADA RM2 JUTA SETAHUN

Bernama
21/12/2010


KUALA LUMPUR, 21 Dis (Bernama) -- Geran tahunan kerajaan kepada Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) akan dinaikkan kepada RM2 juta setahun bermula tahun depan, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Perdana Menteri yang menyampaikan berita baik itu pada konvensyen Cuepacs di sini hari ini, turut mengumumkan pemberian RM1 juta untuk kongres berkenaan membaik pulih ibu pejabatnya yang dikatakan sudah 'terlalu uzur'.

Pengumuman Najib itu adalah sebagai membalas ucapan Presiden Cuepacs Omar Osman yang 'menyelit' permintaan kepada kerajaan supaya menimbangkan peruntukan bagi membaiki pejabat kongres berkenaan.

Hanya tahun lepas, kerajaan menaikkan geran tahunan kepada Cuepacs daripada RM350,000 kepada RM1 juta.

Pada majlis sama, Najib turut menyaksikan acara menandatangani perjanjian persefahaman (MoU) pembentukan Konsortium Pengendali Takaful Cuepacs antara Dar Al Istithmar Sdn Bhd dan lima syarikat pengendali takaful, terdiri Takaful Malaysia, Takaful Ikhlas, Etiqa Takaful, HLTM Takaful dan MAA Takaful.

Pembentukan konsortium itu bertujuan membantu penjawat awam mendapat tawaran skim perlindungan mampu milik tetapi dalam masa sama mencukupi dalam menyediakan tabungan semasa berlaku bencana atau malapetaka.

Takaful Kasih 1 Cuepacs adalah antara skim pertama yang dilancarkan dan telah tersedia untuk disertai oleh penjawat awam.

Mengulas perkara itu, Omar berkata, pembentukan Konsortium Pengendali Takaful di bawah Cuepacs adalah satu usaha membantu penjawat awam untuk berjimat dan merancang kewangan mereka.

"Usaha ini juga membuktikan bahawa Cuepacs bukanlah hanya bertindak sebagai badan pendesak semata-mata dan bergantung sepenuhnya kepada dana kerajaan untuk bergerak, tetapi mempunyai program konkrit yang terancang dan terurus serta berkesan dalam membantu penjawat awam melalui program sebegini," katanya.

-- BERNAMA

7 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

najib bagi 2 juta senyap le semua..

Siti Zainab berkata...

makin ramai rakyat membutakan mata dgn mengakui kata2 pembangkang daykah2 kononnya harga bgr melambung2... ish, bodoh betul la org kita ni, tu pn nk percaya

lagi2 ada PA yg tergamak cakap anwar ibrahim x bersalah, x tgk tv ke diorg tu? mmg jelas bukti anwar bersalah sampai YAB PM pun ada sebut..

Tanpa Nama berkata...

Anwar salah...Najib lagi salah! Bini dia pembunuh!!! Kes Altantuya x lama lagi akan keluar semula....

Tanpa Nama berkata...

siti zainab,ko mmg la tatau...ko tgk tv jerk...mcm PA² yang lain sume tau perkembangan semasa sbb adanya kemudahan internet...segala yang disembunyikan kerajaan,rakyat dapat tau...

Tanpa Nama berkata...

konon2nya harga barang melambung cik nab ??? lama mana dah cik nab tak g kedai runcit nih..

hilang terus misi perjuangan..dpt 3million .. tahniah laa en omar.. pasnih dpt kerusi empuk baru laa.. kami jgk laaa pakai kerusi senget..

Budak berhingus berkata...

Takde nama bodoh!
Zainab pun bodoh!
dua-dua tukang jilat..

kerja sendiri lahhh
jangan harap duit haram kerajaan tu.
nanti lepas ni, ada duit banyak kita beli tudung untuk tudungkan kepala Rosmah.
kesian.. masuk neraka tuh!
1 urat rambut bersamaan 1000 tahun dalam neraka! husshh..
minta jauhlah anak cucu aku!
dashyat tuhhh.

jom undi BN!
PAKAT2 MASUK NERAKA RAMAI-RAMAI BEST SIKIK

BODOH!!

Tanpa Nama berkata...

gua sokong sama lu budak berhingus TAKBIR....