SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** PEKERJA CEMERLANG RAKYAT SEJAHTERA***CUEPACS DI HATI KU***

27 Disember 2010

JAWATAN PRESIDEN MTUC DICABAR

Berita Harian
Oleh S Anand Kumar
anand@bharian.com.my
2010/12/27


Pertandingan di antara Syed Shahir, Timbalan Presiden dijangka sengit

KUALA LUMPUR: Pemilihan tertinggi Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), Rabu ini menyaksikan persaingan satu lawan satu bagi mengisi jawatan Presiden membabitkan pertembungan dua kumpulan berbeza dalam kesatuan sekerja itu. Penyandang, Syed Shahir Syed Mohamud yang sudah dua penggal menerajui MTUC akan dicabar oleh timbalannya, Mohd Khalid Atan yang turut disebut sebagai ‘calon’ pilihan.

Sumber MTUC berkata, selain dua puak dikenali kumpulan Syed Shahir dan Setiausaha Agungnya, G Rajasekaran, pemilihan kali ini amat sengit kerana segelintir calon bertanding adalah pemimpin veteran.

Kata sumber, walaupun ini adalah kali pertama Mohd Khalid bertanding kerusi nombor satu MTUC tetapi beliau menerima 18 pencalonan daripada pelbagai kesatuan sekerja berbanding Syed Shahir (14).

“Beliau (Mohd Khalid) juga menerima sokongan padu daripada Rajasekaran... dalam MTUC semua ahli mengenali beliau (Rajasekaran) yang sudah 40 tahun bergiat aktif dalam MTUC selain berkhidmat selama 17 tahun sebagai setiausaha agung.

“Bagaimanapun, kita merasakan perwakilan bijak memilih barisan kepemimpinan baru yang dapat terus bersuara dan berjuang untuk kaum pekerja di negara ini,” katanya kepada Berita Harian, semalam.
Persidangan MTUC selama dua hari bermula Selasa ini, yang dijadualkan berlangsung di Bangunan Peladang di Petaling Jaya, Selangor akan dihadiri seramai 550 perwakilan.

Sementara itu, jawatan setiausaha agung pula menyaksikan persaingan tiga penjuru selepas penyandang, Rajasekaran membuat keputusan untuk tidak bertanding pada pemilihan kali ini seterusnya bersara daripada MTUC.

Timbalan Setiausaha Agung MTUC, Abdul Halim Mansor yang menerima 19 pencalonan untuk jawatan setiausaha agung akan dicabar oleh Ahli Parlimen Kuala Langat, Abdullah Sani Abdul Hamid (11) dan Setiausaha Agung Kesatuan Kebangsaan Pekerja Bank (NUBE), J Solomon (satu).

Jawatan Timbalan Presiden MTUC turut menyaksikan cabaran tiga penjuru selepas Setiausaha Agung CUEPACS, Lok Yim Pheng menarik diri daripada bertanding kerana mahu memberi tumpuan terhadap tugas barunya itu.

Tiga calon yang akan meneruskan perlumbaan ialah P Maniyam daripada Kesatuan Sekerja Industri Elektrikal (EIWU) yang mendapat 12 pencalonan, Mohd Jafar Abd Majid (5) dan Presiden Kesatuan Pekerja Keretapi Tanah Melayu Bhd, Abdul Razak Md Hassan (satu).

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Aku ni PA yang baik.
Cuma nak kongsi :
Presiden Cupec Omar Osman maklum dlm Persidangan Cupec di UM pd 21-23 Dis 2010.
Beliau akan tamat khidmat dgn UPM pada 19.9.2011. Sebenarnya dah pencen mulai 19.9.2008. UPM sambung 2 tahun hingga 19.9.2010.
Yang anehnya betul ke UPM sambung hingga 19.9.2011 ... yang aku tahu UPM sambung 6 bulan shj. (hingga Mac 2011).
Wallahualam.

Tanpa Nama berkata...

PERHATIAN !!!!

PENYAMUN TARBUS DAN PESALAH LAKU POLITIK RASUAH TELAH DILANTIK OLEH POK JIB SEBAGAI PENGERUSI FELDA.
MERIAH SUNGGUH NEGARAKU MALAYSIA.

HIDUP POK JIB

Tanpa Nama berkata...

Mana surat Presden tak kasi pun???!!
Betul ke dia sambung perkhidmatan?? cakap saja tak boleh, perlu ada bukti.
PA lain berbeza sebab dia kontrak perkhidmatan yang bersambung .. mesti tunjuk surat.