SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** CUEPACS DI HATI KU***Tema Hari Pekerja CUEPACS 2023 : PEKERJA BERINTIGRITI TUNJANG NEGARA MADANI*** SAMBUTAN HARI PEKERJA 1 MEI 2023

24 Disember 2010

PENJAWAT AWAM JADI AHLI CUEPACS SECARA AUTOMATIK

Utusan Malaysia
24/12/2010




KUALA LUMPUR 23 Dis. - Konvensyen Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) yang berakhir hari ini mencapai kata putus untuk memastikan semua penjawat awam yang layak menjadi ahlinya secara automatik.

Presiden CUEPACS, Omar Osman berkata, pihaknya akan memaklumkan hasrat berkenaan kepada Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd. Sidek Hassan dalam masa terdekat.

"Kita sasarkan pada 2011 semua penjawat awam yang layak akan menjadi ahli kerana kita tidak mahu ada yang menentang perjuangan CUEPACS.

"Daripada jumlah keseluruhan penjawat awam, terdapat 900,000 yang layak menjadi ahli namun pada masa ini hanya kira-kira 500,000 orang sahaja yang telah mendaftar," katanya.

Beliau ditemui pemberita sejurus Konvensyen Tritahunan kali Ke-25 CUEPACS yang berlangsung di Dewan Tunku Canselor Universiti Malaya (UM), di sini, ditangguhkan petang ini.

Konvensyen berkenaan turut membabitkan proses pemilihan kepimpinan CUEPACS bagi penggal 2010 hingga 2013 yang menyaksikan Omar berjaya mempertahankan jawatannya untuk penggal kedua menewaskan Presiden Kesatuan Kakitangan Am MARDI (Kekam), Ramli Omar.

Omar memperoleh 816 undi manakala pencabarnya mendapat 154 undi sahaja.

Mengulas lanjut, beliau berkata, pihaknya juga akan berusaha untuk memastikan semua kesatuan dalam perkhidmatan awam menjadi ahli gabungan CUEPACS.

Katanya, pada masa ini sebanyak 79 kesatuan sudah menjadi ahli gabungan manakala 12 kesatuan lagi dalam proses pertimbangan.

"Terdapat lebih daripada 50 kesatuan yang belum membuat permohonan berikutan kutipan yuran yang masih rendah," katanya.

Sementara itu, Omar melahirkan harapan supaya kerajaan mendahulukan ahli-ahli CUEPACS dalam mempertimbangkan kenaikan pangkat, peluang latihan mahupun pemberian bonus.

Katanya, ia kerana terdapat segelintir penjawat awam yang tidak menghargai perjuangan CUEPACS termasuklah melemparkan kritikan apabila sesuatu desakan tidak berjaya namun tidak pula mengucapkan terima kasih apabila desakan itu dipenuhi kerajaan.

"Kita juga tidak mahu ahli kita yang ada potensi dan kreatif diketepikan manakala bukan ahli dilantik ke jawatan yang lebih baik hanya kerana selalu berdampingan dengan pihak atasan," tegasnya.

Dalam perkembangan berkaitan, konvensyen berkenaan, bersetuju untuk menubuhkan unit penyelidikan dan pembangunan (R&D) hal ehwal penjawat awam.

Katanya, ia bagi memenuhi hasrat ahli yang mahu melihat CUEPACS berjuang secara tersusun dan bertindak dengan lebih cekap.

28 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

macam mana nak jadi ahli cuepacs berdaftar ye?kat mana nk amik borang? brape yuran bulanan? tolak dari gaji every month ke?

Tanpa Nama berkata...

Masalah sekarang, kepimpinan negara tidak meletakkan CUEPACS no.1! Sebab, CUEPACS hanya sekadar persatuan kecil yang berani di belakang tadbir! Di belakang umpama harimau yang ganas!
Di hadapan umpama hanya seekor kucing kelaparan..

Tanpa Nama berkata...

"Sementara itu, Omar melahirkan harapan supaya kerajaan mendahulukan ahli-ahli CUEPACS dalam mempertimbangkan kenaikan pangkat, peluang latihan mahupun pemberian bonus."
WTF???!!!
I need to be in this stupid union to have an advantage in getting a promotion or bonus?
This Omar fella is a real dumb fark! No wonder d civil service has such a bad reputation. Bcos of dumb farks like him! I rasa damn malu kerja in the public sector. Memang deserve verbal bashing from other ppl.

Tanpa Nama berkata...

TAHNIAH PAK OMAR ....DAN TAHNIAH JUGA KERANA TELAH BERJAYA MENUNTUT 9 DARI 10 SYARAT PEMINDAHAN PENDUDUK2 KUATERS JLN COCHRANE. WALAUPUN TINGGAL HANYA BEBERAPA BULAN SAJA DIARAH BERPINDAH TAPI PAK OMAR DAN TEAM NYA TELAH BERJAYA MENYAKINKAN PIHAK BPH JPM . KAMI PENDUDUK COCHRANE RASA TERHARU WALAUPUN ADA SESETENGAH PUAK BERKEPENTINGAN DIRI SENDIRI. SYABAS JUGA KPD AJK BERTINDAK YG DILANTIK OLEH PENDUDUK MENJALANKAN PERANAN MASING2. TERIMA KASIH JUGA PD PM RINTIHAN KAMI DI DENGARI. SYABASX3

halim Jempol berkata...

kami setia pada Barisan Nasional. harap Cuepacs dapat bersuara bagi pihak Umno

Tanpa Nama berkata...

sokong! sokong!Orang yang tidak join Kesatuan atau persatuan ialah orang yang sombong, pentingkan diri,fikirkan tembolok sendiri sahaja.Hanya mengharapkan sumbangan orang kepada dia, sumbangan dia kepada orang kedekut nak mampus!Habis-habis kutuk pegawai kesatuan, kata buat kerja tak betul la, idea tak bagus la.
Kalau selama ini mereka kutuk kesatuan, biar selepas ini mereka berlumba-lumba mencari kesatuan.
TUNTUT JANGAN TAK TUNTUT! CADANG JANGAN TAK CADANG! TAK CUKUP MAKLUMAT, KAMI SEDIA MEMBANTU MENYALURKANNYA.

Tanpa Nama berkata...

Presiden CUEPACS, Omar Osman
melahirkan harapan supaya kerajaan mendahulukan ahli-ahli CUEPACS dalam mempertimbangkan kenaikan pangkat, peluang latihan mahupun pemberian bonus......... Jangan sombong, kami pun berhak walaupun tidak menjadi ahli CUEPACS.

Tanpa Nama berkata...

Kami xmau jd ahli... KAMI AKAN BOIKOT SEMUA PROGRAM CUEPACS...SELAGI TAK DAPAT BONUS!!!

Rahman Nanyan berkata...

hidup BN, kita mesti bersyukur kepada YAB PM yg amat prihatin masalah PA sehingga sanggup mengeluarkan duit poket RM3 juta bagi cuepacs..

Bukti nyata hanya Umno yg mampu memerintah

Tanpa Nama berkata...

heheheheheeeee....bodek jangan tak bodek...

Tanpa Nama berkata...

Yaaa...bodek saja...manalah tau esok lusa korang pula kena bagi berjuta2 oleh PM..mcm org felda tu...dulu orng felda tak dengar dapat berjuta2..sekarang selalu lah pula kita dngr diaorng ni dapat juta2...kita kena tunggu siapa pula PM akn datang bagi berjuta2 utk rakyat nelayan..

Tanpa Nama berkata...

Saya sokong keahlian cuepacs secara otomatik dan yuran keahliannya secara percuma kerana cupacs telah pun dpt grant sebanyak 3 juta.

Kemudian dari itu cuepacs perlu mengarap idealisme yg baru dan lebig berorentasi membantu penjawat awam yg berhapan kos hidup yg tinggi

Tanpa Nama berkata...

Panglima Berkata:

Cuepacs perlu maju ke hadapan mencapai tujuan dan matlamatnya. disamping mengekalkan suara penjawat awam yang releven dengan situasi semasa dan segala cadangan serta langkah diutarakan mampu didengar dan dilaksanakan oleh pihak kerajaan. Justeru, lebih banyak penambahbaikan dapat dilakukan untuk memajukan bidang kerjaya di dalam perkhidmatan awam yang mampu memberi lebih banyak peluang kenaikan pangkat untuk semua peringkat jawatan, dan bukan hanya kenaikan pangkat di peringkat professional sahaja. ini yang mahu kita lihat berlaku di dalam perkhidmatan awam supaya yang "yang miskin takkan terus miskin dan yang kaya terus diberi keistimewaan" fikirkan juga kebajikkan untuk kakitangan awam berpangkat rendah yang mempunyai kelulusan tinggi yang menjawat jawatan rendah dan yang berpengalaman untuk diberi peluang kenaikan pangkat. kalau tidak, sampai bila pun "rezeki yang secupak, tak akan jadi segantang"...kos hidup tinggi sekarang.....

Tanpa Nama berkata...

Dipetik dari http://perkhidmatanawam.blogspot.com/2008/06/kaji-semula-kadar-elaun-perumahan.html

Saya ditukarkan dari Sabah ke Kuala Lumpur pada Ogos 2008 dan dibayar EPW sejumlah RM600. Sebelum ini saya menikmati ITP sejumlah RM400.Ini bermakna saya mendapat tambahan bersih sejumlah RM200 sebulan.

Namun hakikat sebenarnya ialah saya kerugian RM700 sebulan kerana terpaksa menyewa sebuah flet di KL berjumlah RM900 sebulan. (kalau nak murah boleh lah dapat di Rawang atas kadar RM450 sebulan tetapi bersedia lah untuk membayar kos minyak, tol dan stress traffic jam....bila dicampurkan semua ni lebih daripada RM900 sewa rumah di KL).

Apa yang berlaku di sini adalah pengorbanan oleh pegawai yang bertukar wilayah khusunya dari Sabah/Sarawak/Labuan ke semenanjung tidak dihargai. Sudah lah kami terpaksa berjauhan dari keluarga, dipaksa lagi menanggung kerugian.

APA YANG PATUT DILAKUKAN OLEH PIHAK BERKUASA ADALAH mengekalkan apa yang telah diterima oleh pegawai sebelum diarah bertukar. Dalam kes saya adalah RM400 untuk ITP. Bila ditukarkan, pegawai sepatutnya mendapat tambahan bantuan sewa rumah mengikut kadar sewaan pasaran yang berpatutan. Namun, itu lah nasib yang diterima oleh pegawai yang bertukar wilayah...........dah lah terpaksa berjauhan dari keluarga, terpaksa lagi menanggung beban kewangan. Belum dikira lagi tambang kapal terbang airasia(terima kasih Tony Fernandez.......sekurang-kurangnya memberi harapan kepada kami untuk melepaskan rindu kat kampung halaman).

Saya juga amat berharap CUEPACS dapat memperjuangkan nasib kami ni. Apa yang saya nampak, CUEPACS ini agak lembab dalam meperjuangkan nasib k/t kerajaan. Cubalah lihat, dalam laman web CUEPACS..........ada tak ruangan untuk pegawai kerajaan meluahkan masalah yang dihadapi. Macam takut saja orang nak minta bantuan

Tanpa Nama berkata...

kenapa CUEPAC BERDIAM DIRI ? tiada guna PA meluahkan perasaan dalam blog ini kalau CUEPAC tiada beri respon atau jawab segala rintihan PA dalam blog ini....takut baca ke ?

Tanpa Nama berkata...

tegelak bace comment2 yg menyumpah seranah Kongres serta presidennya.

"belakang umpama harimau,depan umpama kucing" contohnya. saudara yg mencoret adakah mampu memandang muka boss anda apabila berdepan beliau? tgk muke boss sendiri takot lg kate org blkg rimaw depn kuceng? amek ko pye **** buang bg anjeng makan ar.
"damn malu kerja in Pblc Sctor" seterusnya. hey stupid useless malaysian who wrote this, go to damn hell la. if u hate PA so much then just quit. dont babbling around like dogs!u r barah to our PA dont u knoe?blaja ponn setakat SPM kecoh plk speaking2x.org laen 41 above ponn ckp melayu la bangang!"boikot program CUEPACS selagi ta dapat bonus"plk. cmni bro, ape kate ko kol Kongres ask them arrange a meeting between u n our PM n bentang paper ko untuk pemberian bonus amacm?style ta idea tuh? lg bgos ko mintak skly nekkn pngkat ko kpd KSU@KP ponn bgos.itu ponn kalo ko dpt arr apply pemberian bonus tuh. ntah2 PM dpn ko ponn ko sujud sembah cium kasut PM nty.

sme ni antara those stupid enuff who doesnt appreciate ape yg Kongres da perjuangkan untuk PA selama nie. kalo ta puas aty anda masing2 ada kelayakan utk menjadi presiden ngn syrt anda ahli. now go n fite for the president post la. pelik betol ar tgk org ckp lg byk drp buat kje nie.

sincerely,
Mewakili kakitangan yg da bosan dgr org memekak tiap kali permintaan bonus ta dilayan. buat opis sendiri bg bonus kt dri sendiri okke. tender2 govt ponn byk so pegi la participate.

Talib berkata...

minta Umno mengambil alih tugas Cuepacs, mereka tidak berindak mengikut aspirasi parti. Pemimin Cuepacs juga enggan memakai lencana BN pada baju mereka

Tanpa Nama berkata...

hahahah...layakkah Presiden skang ni nk control 1.2juta PA??? Dengan pendekatan dan mindset ala zaman sebelum perang dunia, ada hati nak jd Presiden untuk 1.2juta orang! Woiiii cermin dulu laa diri tu....
bonus pun dah 2 thn tak merasa...
boleh lagi dengan muka tembok sambung jd PRESIDEN!!! Jenih TADAK MARUAH punya manusia....

Tanpa Nama berkata...

Hahahaha...Pak Omar mcm Mat Jenin!!! Sudah laa tu...letak saja jawatan. Kami dah jelak jelik dengan tindakan yg diambil oleh Presiden. Memo, Telegram dan seangkatan dgnnya dh tak releven termasuk diri Pak Omar sendiri...jgn malukan keluarga anda dgn masih lg pegang jawatan Presiden. Udah2 le...

Tanpa Nama berkata...

Tak buloq kami nak jd ahli Persatuan yg hampeh mcm Cuepacs!!! Kena suap sikit teruih lupa isu bonus... kami yg susah ni yg tadak kepentingan.. peduli apa kami dgn Geran yg PM bagi?? Ada kami kisah??? Geran tu semua hanya pada yg ada kepentingan saja...dpt laa Pak Omar besaqkan rumah dia lepaih ni...hasil duit komisyen dr RM3 juta!!!!

Tanpa Nama berkata...

Aku nak jd ahli kalau ada Presiden yg tulus ikhlas dan 'educated'! Setakat cakap pun tergagap2, IQ pun rendah, mana laaa nak dpt penghormatan dr pihak tertinggi? Asyik kena maki saja laa... zaman IT tahun 2010, ada lagi manusia guna Telegram??? hahahahaha BENGONG BETUL! Mcm ni nak suruh PA 1.2 juta jd ahli? Ahli pada Presiden mcm ni??? Lu pikirlaa sendiri....

Tanpa Nama berkata...

asyik bonus sahaja COLA tu bila nak selaras cakap tak serupa bikin.

kalau dengar la keluhan ni tapi macam anjing nyalak bukit saja presiden bila nak bisik lagi agar selain bonus dpt selaraskan cola pada PM

Tanpa Nama berkata...

pak omar kalau dah jd presiden murah senyum sikit jgn asyik layan kroni je

kami ni mcm tk layak je bila berdepan dgn dia

Tanpa Nama berkata...

tahniah lok teruskan perjuangan mu

Tanpa Nama berkata...

La apa pula cerita ni notis mesyuarat tak betul pula knp sebelum atau masa persidangan tu tak ditimbulkan rumah dah siap baru pahat berbunyi apa pun tahniah ahmad shah yang terima kekalahan dgn terbuka.
Itu dah adat mungkin ada kebaikannya dan kemungkinan juga tahun akan datang ahmad shah kembali sebagai timbalan mungkin

Tanpa Nama berkata...

Entah nak soh automatik jadi ahli. Kenapa BN tak cakap sapa kerja kerajaan automatik kena pilih BN..kalu pilih pembangkang pun dapat merasa yang sama ajer. Kena tengok negara jiran ... kalu tak pilih krejaan dia tak leh dapat keisitimewaannya. Cuba krejaan Najib wat cam tu habis orang yang ada makin merempat la.. Jadi mana boleh paksa PA jadi ahli tak jadi ahli tak leh dapat keisitimewaan kalu macam tu lebih baik wat parti sendiri..

Wat yang tanyer tadi kenapa CUEPACS tak jawab persoalan kita, yang jaga nie pun hampeh berlagak pandai ajer. dia setakat baca.. pastu dia wat tak tau ajer.. bukan perkara2 dalam blog nie pernah dibincang atau tak dia orang sekadar melepas batuk ditangga ajer... buat blog jangan tak der jer.. Lagipun maklumat dalam blog banyak yang copy dari surat khabar sebab yang buat nie tak der idea dan sibuk dengan benda lain. Sebab tu cakap pegwaai tinggi yang ada macam hampeh. Lagi2 SUA baru pandai ke wat ayat bahasa melayu hahahaha. Sejak pegang jawatan kesatuan mana ada mengajar jadi tak guna pun jadi cikgu.. harap pada nama ajer

Tanpa Nama berkata...

GAJI STAF AWAN DAH TINGGI OOIIIII,,RENUNG-RENUNG LAH SAMA PADA MEREKA YANG BEKERJA SALEMAN/SALEGIRL DI SUPERMARKET TU.. NAK BUAT PINJAMAN PUN SUSAH ,, LU ORG GOMEN NAK APA LAGI..SEDAR LAH DIRI SAMA..KAMI PUN MENGUNDI BILA PILIHANRAYA..

Ku Benci Najib Botak berkata...

3 juta duit poket najib kepala bapak kau tok nenek kau rahman nanyan...tu duit rakyat.....aku ada tengok cerita korea Dae-Mul macam negara nih jugak...Najib macam Lee Bae Ho....songlap duit rakyat...bukan bisnes bapak dia punya pun...pembodek babi lu