7/12/2010
KUALA LUMPUR, 6 Dis (Bernama) -- Bantuan menerusi Tabung Bantuan Perubatan (TBP) tidak dipanjangkan kepada penjawat awam atau pesara kerajaan dan anggota keluarga kerana mereka tertakluk kepada kemudahan rawatan di bawah Pekeliling Perkhidmatan sedia ada, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai.
Katanya tabung yang diwujudkan oleh kementerian itu adalah untuk pesakit miskin dan kurang kemampuan meliputi ubat-ubatan dan peralatan.
Ia tidak termasuk bil hospital, kos sara hidup dan kos pengangkutan ulang alik ke pusat perubatan, katanya menjawab soalan Er Teck Hwa (DAP-Bakri) pada persidangan Dewan Rakyat di sini Isnin.
"Sesuatu rawatan yang memerlukan pembiayaan di bawah TBP akan ditentukan oleh pegawai atau pakar perubatan di hospital kerajaan dan penilaian sub-ekonomi oleh pegawai kerja sosial perubatan," katanya.
Liow juga berkata kementerian sentiasa memastikan bekalan ubat-ubatan dan peralatan di hospital adalah mencukupi, namun jika berlaku kekurangan, pihak hospital perlu mengemukakan peruntukan tambahan bagi menampung keperluan itu.
Antara bantuan yang diluluskan di bawah tabung itu adalah pembekalan alatan perubatan kardiotorasik seperti Implantable Cardioverter Defibrilator (ICD) dengan kos RM32,000-RM39,000, pemasangan "cochlear implant" dengan kos RM75,000 seunit beserta terapi (RM7,000) dan kos rawatan bagi peralatan repiratori seperti 'home ventilator' berjumlah RM80,000 bergantung kepada jenis alat.
Selain itu, ubat-ubatan yang melibatkan kos tinggi juga diluluskan melalui TBP seperti ubat Beta Interferon, Adalimumad (Humira) dan Myocophenolate Mofetil (Cellept), katanya.
Liow turut memaklumkan Dewan bahawa kementerian memberi subsidi RM50 bagi setiap rawatan kepada pesakit miskin dan kurang mampu untuk menjalani rawatan hemodialisis di pusat-pusat dialisis badan bukan kerajaan (NGO) sekiranya hospital kerajaan tidak dapat menampung jumlah pesakit sedia ada.
"Kerajaan telah menetapkan bahawa dengan pemberian subsidi ini, pusat-pusat dialisis tidak boleh mengenakan caj melebihi RM60 kepada pesakit," katanya.
-- BERNAMA
13 ulasan:
dengan jutaan subsidi yang diberi semata2 keikhlasan Umno dan BN kepada rakyat, amat menghairankan mengapa ramai rakyat tergamak memangkah parti yahudi (Pas pkr dap). adakah mereka menyangkan bahawa pembangkang mampu memberi mereka gaji dan bonus ikhlas rm500?
Pemimpin Umno yang bermaruah tinggi dan bertawaduk menjadi idola kita PA semua
Bagi mengurangkan beban dan kesan dari ramai rakyat yang sakit kerajaan terlebih dahulu memulakan pencegahannya dengan menyekat kenaikan harga minyak dan barangan,
sehingga kini kos sara hidup terus mendesak dan memberi tekanan khasnya kepada penjawat awam yg berpendaptan rendah disamping rakyat yg berpendatan rendah, justru kerajaan disarankan agar dapat mengatasi isu tersebut bukan hanya mencanangkan itu dan ini usaha2 kebajikan yg akan dibuat bagi menarik perhatian rakyat khususnya bagi menyokong pada pilihanraya diakan datang.
Sekarang rakyat perlu lihat keperluan hidup dengan kos yang rendah barangan keperluan untuk hidup, disamping menjamin pendidikan yang percuma tanpa melibatkan kos yg tinggi
Kita lihat bagaimana kerajaan pulau pinang dapat menambah batuan khas hingga RM800 kepada penjawat awam di pulau pinang ini bermakna kerajaan pulau pinang begitu perihatin akan nasib penjawat awam dengan berpendapatan rendah sedangkan kos sara hidup terus meningkat dan membebankan mereka
mohon juga agar subsidi diberi untuk rakyat sabah, semoga minyak dsabah kekal bawah RM3.00 amiin.. kami setia mendukung BN, sabah menjadi negeri termakmur di malaysia disebabkan BN, jika PBS dan lain2 kami taktahu la apa terjadi
kami penyokong kuat BN tetap akan mengundi BN walaupun harga minyak dinaikkan sebanyak RM20 seliter demi untuk kemajuan ekonomi negara.....
Saya ingin menyarankan agensi kerajaan memberi pertimbangan sewajarnya kepada semua pakar kita yang bertungkus-lumus menjalankan kerja penyelidikan yang ada di antaranya sudah membuahkan hasil. Janganlah hendaknya hasil titik peluh mereka itu dimanfaatkan orang lain dan negara lain baru kita hendak membuka mata. Tidak salah wujudkan Perbadanan Bakat (Talent Corporation) untuk membawa balik pakar kita di luar negara. Tetapi sebagai usaha pertamanya ia hendaklah mengumpul atau mengadakan inventori lengkap terhadap semua pakar kita yang sedia ada dalam negara.
Bodoh betul kerja dgn kerajaan. Ekonomi bagus ke tak bagus pun x dapat bonus nya.
Kerajaan paling bodoh di dunia.
kenapa Sabah yang kaya dengan hasil mahsul bumi, tetapi menjadi negeri termiskin di Malaysia?"
diharap kerajaan dapat memberi tumpuan membantu kemajuan disabah
alhamdulillah, dari tinjauan yang dijalankan adalah didapati majoriti PA menyokong penuh BN dan ini adalah sesuatu yang amat memberangsangkan.
Keprihatinan BN nyata membuka mata semua phak, terutama dari PAS dan PKR yang berbondong2 menyertai Umno dimana2 sahaja, termasuk di kedah, perak dan kelantan, menyebabkan kebanyakan cawangan pembangkang hampir lumpuh kerana ketiadaan ahli.
Di pahang juga, PA smakin teguh mendukung kepimpinan YAB PM dan isterinya, menjadikan pahang sebagai hab kemajuan antarabangsa.
Sabah miskin, mana buktinya bro.. yang kami tahu kemajuan disana sini, malahan di Sandakan juga banyak kampung yang sudah mendapat bekalan air paip
hai takkan penanda aras kemajuan hanya rujuk pada paip air? Takkan baru dapat paip air di sabah? Kami di semenanjung dah dapat 30-40 tahun yang lepas dah..! Lambat bonar dapat paip air...
Dah dah kita sembang pasal gaji dan elaun pulak..
memandangkan harga keperluan asas dah naik harga...dan barang2 lain pun turut naik harga...maka saya dengan ini mengumumkan bahawa bonus 2.5 bulan akan diberi pada semua kakitangan awam kita yang bermastautin di seluruh negara singapura...kehkehkeh...
Nak taip Malaysia keyboard tak terima..asyik keluar singapore je...heee....jangan mare ye...gurau je...tapi singapore dapat bonus sungguh 2.5 bulan...
Kita? Tak ape le yob setakat mana ada sudah le...janji boleh beli belacan...makan nasi berlaukkan belacan pun sodap juga beb...
PA Singapore dapat bonus 2.5 bulan..... Bagusnya.... Rezeki penduduknya tidak ikut masuk Malaysia....
Pada masa akan datang, rasanya di bawah sistem Talent Coporation, pakar yang diumpan balik akan diberikan gaji tinggi dan bonus berbulan-bulan. Manakala PA sedia ada cuma dapat RM500 duit bantuan kesusahan.
Bantuan RM500 itu petanda negara kita lebih maju lagi ekonominya serta pencapaian nya dari zimbabewa, kenya, nepal atau kemboja.
Kita perlu bersyukor kita tidak boleh bandingkan dgn keamujuan yang di capai Singapura atau Brunai atau Thailand mereka lebih maju kehadapan daripada kita.
Itulah petanda kerajaan BN ini lebih berdaya maju dan cekap.
Untuk di Sabab kita akan kekalkan sebagai alam semulajadi dan ekosistem disamping untuk tarikan pelancong.Dibandar2nya pun telah banyak kemajuan dicapai.
Lepas Pilihanraya nanti insallah penjawat awam akan dapat lebih sebulan gaju bonus hidup BN
Catat Ulasan