SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** PEKERJA CEMERLANG RAKYAT SEJAHTERA***CUEPACS DI HATI KU***

01 Disember 2010

129 KAKITANGAN AWAM DITAHAN SPRM

Utusan Malaysia
1/12/2010




NUSAJAYA 1 Dis. - Seramai 129 kakitangan awam di negeri ini ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi tempoh 2005 hingga tahun lalu kerana menerima rasuah. Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman berkata, bagi membanteras dan mengurangkan kegiatan itu pada tahun ini, kerajaan negeri sudah mengambil beberapa langkah.
"Antaranya ialah program pendidikan dan penerangan yang dilaksanakan SPRM untuk pegawai dan kakitangan kerajaan negeri serta Persekutuan.

"Selain itu, kerajaan negeri turut menerbitkan Buku Prosedur Kerajaan bagi memastikan rakyat atau pelanggan faham mengenai prosedur sebenar sesuatu proses kerja. "Kita juga wujudkan Unit Audit Dalam bagi memantau proses kerja mengikut prosedur yang betul dari semasa ke semasa," katanya pada sesi penggulungan Dewan Undangan Negeri (DUN), di sini hari ini.Beliau menjawab soalan Datuk Dr. Osman Sapian (BN-Kempas) mengenai langkah yang diambil kerajaan negeri dalam membanteras rasuah di kalangan kakitangannya.Abdul Ghani berkata, SPRM juga sentiasa bekerjasama dengan mana-mana jabatan untuk memperbaiki sistem penyampaian kerajaan.
Beliau berkata, pada awal tahun ini, SPRM melaksanakan Kempen Perangi Pemberi Rasuah bagi meningkatkan integriti penjawat awam dan mengekang budaya itu.

Katanya, SPRM juga menggalakkan orang awam untuk melaporkan sebarang bentuk penyelewengan dan kegiatan rasuah. Selain itu, katanya, tindakan tata tertib turut dikenakan terhadap na-mana penjawat awam melakukan kesalahan tersebut.
Dalam pada itu, katanya, seramai 56 orang awam ditahan SPRM Johor atas kesalahan memberi dan menyogok penjawat awam pada tahun ini.
"Ada orang awam didakwa di mahkamah atas kesalahan itu," katanya.

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

mohon jasa baik..disenaraikan secara terperinci kakitangan/anggota P/A dari kumpulan mana yang dilapurkan telah menerima rasuah..kalau boleh Kementerian atau jabatan dan kumpulan Gred nya sekali...ANTI RASUAH.