SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** PEKERJA CEMERLANG RAKYAT SEJAHTERA***CUEPACS DI HATI KU***

04 Disember 2010

TAK PUAS HATI GURU SANDARAN DIBERI KEISTIMEWAAN KEKAL TUGAS

Berita Harian
4/12/2010




SAYA tertarik membaca laporan akhbar ini bertarikh 3 Disember lalu, bertajuk khidmat guru sandaran kekal. Apabila membaca berita itu, saya pasti ramai tidak puas hati terutama di kalangan guru Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah (DPLI) dan Kursus Pendidikan Lepasan Ijazah (KPLI).

Biar saya terangkan peringkat yang terpaksa kami lalui untuk mendapat tempat sebagai guru. Pertama, setiap hari kami terpaksa membelek surat khabar menunggu iklan dikeluarkan Kementerian Pelajaran bagi tawaran KPLI dan DPLI.
Kami membeli nombor pin di Bank Simpanan Nasional (BSN) bagi membuat permohonan secara dalam talian. Kemudian menunggu keputusan keluar sama ada kami layak atau tidak untuk menduduki peperiksaan bertulis. Selepas itu, kami menunggu lagi keputusan peperiksaan sama ada berjaya atau gagal.

Bagi yang gagal, mereka terpaksa mencuba lagi pada tahun hadapan. Bagi yang berjaya masih ada lagi cabaran iaitu sesi temu duga dengan beribu-ribu calon bersaing untuk mendapat tempat.

Selepas temu duga, tunggu lagi untuk mengetahui keputusan sama ada berjaya atau tidak. Bagi yang berjaya ia berita gembira, tetapi yang gagal perlu ditempuh lagi.

Belum habis lagi cabaran sebagai bakal guru DPLI atau KPLI kerana perlu ikuti kurus latihan selama setahun di maktab perguruan atau universiti tempatan. Bukan proses atau laluan dipersoalkan, tetapi laluan mudah guru GSTT menjadi guru.

Hanya perlu mengikuti Kursus dalam Cuti (KDC) atau KPLI bagi diserap menjadi guru. Alasan sudah berpengalaman mengajar dan mempunyai keluarga serta masalah kewangan bagi meraih belas simpati daripada pihak Kementerian Pelajaran dan menggunakan media bagi meraih kesempatan.

Bukankah semua sedia maklum GSTT satu jawatan berstatus kontrak sama seperti status kontrak penjawat awam lain kerana habis tempoh kontrak maka habislah perkhidmatan. Jadi mengapa perlu merungut dan timbul ketidakpuasan hati apabila kontrak ditamatkan bagi memberi lalui penempatan kepada guru baru.

CIKGU BARU,
Putrajaya.

9 ulasan:

senapi berkata...

aku rasa cikgu sementara kontrak GSTT ni sebenarnya terdesak nk dapat kerja, mana boleh jadikan alasan masalah keluarga dan kewangan sebagai alasan nak jadi cikgu tetap. kalo camtu aku pun nak jugak la jadi cikgu, keje dah la senang gaji lak mahal

Tanpa Nama berkata...

dulu ada yang kata jadi CIKGU pilihan terakhir. Sekarang baru dia tahu, masa belajar ambil kursus yang hebat2, bila dah tak dapat kerja mulalah lihat peluang nak jadi cikgu. Lepas tu sibuk pulak cerita itu dan ini. Pi lah cari kerja yang setaraf dgn kelulusan awak tu ... Kenapa nak jadi CIKGU jugak?

DG4+ berkata...

Benar kata penulis. tapi apa yg perlu dirunsingkan. Anda adalah guru terlatih & pasti akan ditempatkan berbanding GSTT yg berstatus kontrak. Pada sy GSTT tak mengambil hak sesiapa pun. Tulisan anda seperti berbau dengki. adakah kerana anda tak dapat di'posting' ke kampung halaman menyebabkan anda marah? Persepsi KPLI, DPLI & fresh grad lambat diposting sebab ada GSTT tak benar. malah ia hanya persepsi. bertugaslah dimana2 asalkan ikhlas. GSTT diserap itu adalah rezeki mereka. Negara kita masih kekurangan guru. Anda patut bangga dengan diri anda.

Tanpa Nama berkata...

Alah...kau pun sama jugak...dah tak dapat kerja atau dah jadi kuli batak kat kilang baru kau sedar nak jadi guru...haitttt tuiiii....

Boleh blah sama lu org yg x puas hati ngan org lain...mcm bagusss sangat ko nie...

Tanpa Nama berkata...

Ada guru kontrak yg mengajar di BANDAR beberapa tahun. Yg guru tetap puas2 minta tukar tak dapat kerana sudah penuh di Bandar. Ni yg tak bagus ni teruskan kontrak guru kontrak.

2bz4money berkata...

Terima kasih kepada mereka yg menyahut cabaran menjadi Guru dan tahniah kepada yang berjaya mendapat tempat pekerjaan ini melalui pelbagai saluran.

Ramai lagi di luar sana yang ikhlas untuk bekerja dan cukup bersyukur kalau dapat diterima masuk.

oranglelaki berkata...

Kita sebenarnya patut bersyukur kerana dasar kerajaan membantu dan memberi peluang pekerjaan kepada GSTT yang layak bagi menjawat jawatan itu. Dengan pengumuman terbaru ini juga tidak menjejaskan mana-mana guru DPLI atau KPLI yang sedia ada, tetapi dapat membantu guru kontrak untuk terus memberi khidmat kepada masyarakat.

Kenapa kita perlu mempersoalkan pembaharuan yang baik yang telah dibuat oleh kerajaan hanya semata-mata kerana mahu orang lain merasa kesusahan seperti yang kita rasa.

Adabaiknya kita merasa bersyukur dengan peluang kerja dan rezeki yang kita dapat serta menerima bahawa orang lain pun berhak diberi peluang yang sama walaupun dengan cerita yang berbeza.

Tanpa Nama berkata...

Sepatutnya penulis sebagai seorang pendidik patut bersyukur kerana ada golongan GSTT turut serta berganding bahu dalam mendidik anak bangsa ke arah memenuhi Falsafah Pendidikan Negara iaitu ke arah memperkembangkan potensi pelajar secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan pelajar yang cemerlang dari segi intelek,rohani, emosi dan jasmani. oleh itu, dasar kerajaan untuk menyerap GSTT yang berkhidmat melebihi 3 tahun kontrak adalah salah satu tindakan yang bijak dalam memartabatkan profesion keguruan. tuntasnya,sepatutnya semua pihak patut memberi kerjasama dalam menangani kekurangan guru.
Salam Maal Hijrah, 1 Ummah 1 Malaysia..
berubahlah sikap menjadi orang yang lebih baik..

Tanpa Nama berkata...

ahhhh poyo ar korang ni......gaduh ajer kjenya....kata 1 m'sia....rupanya rambut sama itam ati lain colour ar....hahaha