SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** PENJAWAT AWAM TIANG SERI NEGARA

05 Disember 2010

KEMUDAHAN CUTI BERSALIN PERKHIDMATAN AWAM PEKELILING PERKHIDMATAN BIL. 14 TAHUN 2010

Media Cuepacs
5/12/2010



Pekeliling Perkhidmatan ini bertujuan untuk menjelaskan kelayakan dan kaedah pelaksanaan peraturan mengenai kemudahan Cuti Bersalin bagi pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan.

Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 2 Tahun 1998 telah menetapkan bahawa kemudahan Cuti Bersalin kepada pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan adalah selama 60 hari yang dikira mulai dari tarikh pegawai bersalin. Surat Pekeliling

Perkhidmatan Bilangan 5 Tahun 2009 pula membolehkan pegawai memilih tarikh Cuti Bersalin pada bila-bila masa dalam tempoh 14 hari dari tarikh dijangka bersalin. Pegawai hendaklah mengemukakan perakuan bersalin dan permohonan cuti kepada Ketua Jabatan bagi tujuan diluluskan kemudahan Cuti Bersalin.

Kemudahan cuti bersalin telah diperuntukkan kepada pegawai warganegara yang dilantik secara kontrak berdasarkan Perenggan 54.5 Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 2 Tahun 2008 – Dasar dan Prosedur Pelantikan Secara Kontrak (contract of service) dan turut dipanjangkan kepada pegawai bukan warganegara melalui Surat Pekeliling Bilangan 16 Tahun 2009 – Kemudahan Cuti Bersalin Kepada Pegawai Kontrak Bukan Warganegara Yang Dilantik Secara Kontrak (contract of service).

Kemudahan Cuti Menjaga Anak (tanpa gaji) pula merupakan cuti yang diberi kepada pegawai wanita untuk menjaga dan menyusukan bayinya sepertimana diperuntukkan dalam Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 15 Tahun 2007. Kadar kelayakan adalah sebanyak 1,825 hari (5 tahun) bagi sepanjang tempoh perkhidmatan. Namun Cuti Menjaga Anak boleh diberikan sebagai pilihan untuk menggantikan Cuti Bersalin Tanpa Gaji bagi memenuhi tempoh Cuti Bersalin.

Berkuatkuasa 15 Oktober 2010

Untuk keterangan lanjut (sila klik disini)

6 ulasan:

jart berkata...

terima kasih kepada kerajaan malaysia kerana mempercepatkan kemudahan cuti bersalin 90 hari. tetapi yang menjadi persoalannya tarikh kuatkuasa 15 oktober 2010,namu begitu pekeliling tersebut dikeluar pada 3 disember 2010... mengikut perkara 15.2 pekeliling tersebut org yg telah memohon tidak layak.kenapa tarikh kuatkuasa tidak disamakan terus dengan tarikh pekeliling dikeluarkan. ini mengakibatkan ibu2 yg bersalin sebelum tarikh pekeliling dikeluarkan tidak mendapat kemudahan tersebut.adakah ini adil?selalunya borang permohonan akan dihantar awal kerana melibatkan proses menanggung kerja staf lain yg terlibat,so dimana relevennya tarikh kuatkuasa tersebut sedangkan pekeliling yg lewat dikeluarkan.

Tanpa Nama berkata...

cuti bersalin 60 hari pn dh ckup..ni kan plak 90hari...erm renung2 kan la...

jart berkata...

memang cukup.... tp kalau nak bg kemudahan mesti disamaratakan

Tanpa Nama berkata...

Kesian kamu yg komen2 tu... Negara maju cuti 90 hari.. kamu ckp 60 hri cukup.... kesian anak yg baru lahir tu memerlukan kasih sayang yg penuh dari ibunya...

Tanpa Nama berkata...

saya setuju 90 hari yang mana kalau deberi free cuti,dapat juga anak perhatian...kalau yang tak setuju cukup setakat diberi 60 hari jer...ini kerajaan yang prihatin rakyat harus berbangga..

Tanpa Nama berkata...

Salam....pihak ketua jabatan sekolah saya telah memutuskan cuti bersalin 60 hari jika bersalin normal tetapi 90 hari hanya utk ibu yg bersalin operat...so dimana kemudahan utk kakitgn kerajaan yg termaktub dlm pekeliling....benarkah atas budi bicara guru besar...