Oleh FAIZAH IZZANI ZAKARIA
pengarang@utusan.com.my
17/12/2010
KUALA LUMPUR 14 Dis. – Kerajaan akan meneruskan usaha memperkukuhkan kewangan negara dengan memantapkan kutipan hasil dan memastikan perbelanjaan secara berhemat.
Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah berkata, usaha itu termasuk menekankan nilai untuk wang dan pengurusan nilai secara menyeluruh melalui Bajet 2011 yang dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sebelum ini.
“Bagi memantapkan kutipan hasil, kerajaan akan memperkukuhkan sistem kutipan cukai dengan meningkatkan penguatkuasaan dan pengauditan serta memperluaskan liputan ke atas semua pihak yang sepatutnya membayar cukai,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika membentangkan Rang Undang-Undang Perbekalan 2011 di Dewan Negara hari ini.
Husni berkata, cadangan bagi menaikkan cukai perkhidmatan bagi menambah hasil kerajaan juga dijamin tidak akan membebankan rakyat.
Katanya, ia adalah salah satu daripada empat strategi iaitu mendayakan kembali pelaburan swasta bagi menjayakan transformasi ekonomi Malaysia.
Sementara itu, di dalam strategi kedua iaitu membangunkan modal insan, Husni berkata, kerajaan akan menyusun semula dan memperkukuhkan aspek pendidikan dan latihan bagi melahirkan insan yang berkualiti, berkemahiran dan berpengetahuan selain kreatif dan inovatif.
“Kerajaan juga melalui strategi ketiga iaitu mensejahterakan hidup rakyat akan terus memberi tumpuan memantapkan sosioekonomi rakyat secara inklusif. Ini penting bagi menghasilkan kemajuan lebih seimbang dan memastikan kualiti hidup lebih baik,” katanya.
Beliau berkata, dalam strategi keempat, kerajaan yang kini mempunyai 1.2 juta penjawat awam akan mengoptimumkan sistem penyampaian kerajaan yang mana penambahbaikan sentiasa wajar diambil untuk mempertingkatkan produktiviti negara.
Katanya, ia termasuk mempermudahkan sektor swasta berurusan dengan agensi kerajaan, memperkemaskan sistem penilaian prestasi dan menghargai sumbangan penjawat awam.
12 ulasan:
Ikara Kami!
Saya sebagai kakitangan kerajaan berikrar akan brsatu untuk mengukuhkan kewangan kita, disamping itu berharap kerajaan perihatin sedikit dengan nasib kita yang berhadapan kos hidup yang terus meningkat.
hahahahahahahah!!!!!
Kukuhkan kewangan Najib dan Rosmah sial tu ke??? Celaka punya pemimpin, subsidi ditarik tapi konsert tak berfaedah berjuta2 habis dibelanja!!! Binasakanlah pemimpin durjana ini di dunia....aminnn.
Eeeemmmm....ya ka...?...padan muka hang pa semua...pangkah lagi BN...BN tu maknanya 'bagi najib'..jangan risau...tahun depan mesti PRU 13...bonus pun dapat..bonus kita bedal tapi JANGAN pangkah BN...aku dah tawaq hati dah...sebagai seorang guru..aku akan tanamkan sifat kebencian kepada kerajaan BN dalam diri anak murid aku...sorry la brader...
Petikan dari 'KEWANGAN NEGARA TERUS DIKUKUHKAN"
Husni berkata, cadangan bagi menaikkan cukai perkhidmatan bagi menambah hasil kerajaan juga dijamin tidak akan membebankan rakyat.
Adakah menaikan apa2 CUKAI tak beban rakyat?
Woi bengong ingat rakyat bodoh dan gila ka?
statement yang diberikan sangat mementingkan diri dan mengelirukan..apa sebenarnya yg penulis ni nak kata? perbelanjaan berhemah? apa yang berhemah nyer..buat bangunan tinggi2,berhemah ke?buat konsert permata smpi pakai duit berjuta..berhemah ke? skrg ni bukan kerajaan yang berbelanja berhemah, tapi rakyat,rakyat yang kene tggg beban.. astagfirullah. sama mcm yahudi dh.suka putar belit.
pada penulis..jangan tulis mende yang mementingkan diri la..nampak sgt kaki ampu...
Bukan setakat penulis, presiden Cuepacs pun sama...dh samb kontrak isu bonus terus diam!!!! Setakat kirim telegram saja...oiii bonggok! kalau macam tu aku pun leh jd presiden... dh 2 tahun tadak bonus boleh dok diam! Laknat betul pemimpin2 zaman skang ni...masing2 pentingkan diri sendiri. Omar ko letak jawatan laa sebelum kena baling dengan penyapu kalau aku jumpa ko kat UPM nnt...
pemimpin umno kelentong berbakul2 pun tak kisah...aku sokong jugak...heeeeeeeeee...yang penting aku seronok tengok semua orang mengeluh susah...heeeeeeeeeeee..aku tak ape lah gred 41. kehkehkeh...
hek elehh...gred 41 nk kecoh pulak! apa baranggg gred 41...hahaha gaji tak besar mana pun, OT tak leh claim...gred 27/32/38 gaji + OT tiap2 bulan lg loaded dr 41!!! wakakaka bangang ada ijazah mintak keje gomen...tanggung jawab dh laa besar...pepehal kena berjawab! Gred 48-54 buat salah 41 yg kena tanggung!!! hahahahaha BODOH...
Ya betul....32/38 mileage dh la 70sen/km...gi outstation boleh claim OT lagi sejam mau RM14-15. Gred 41? Baru masuk mileage claim baru 50sen/km...OT pun tadak! Bangang punya 41....lagi nk tunjuk bagus!
hahahhaha aku tension ngan negara ku malaysia, aku nk keje kat indon la pulak pastu buat lari anak dara indo kelas gitu...aku ttp sokong pakatan pembakang...nk bonusss
Dengan kedudukan bajet defisit sejak beberapa tahun yang lalu, satu langkah drastik perlu diambil bagi mengurangkan perbelanjaan negara dan usaha-usaha meningkatkan hasil negara. Emolumen merupakan antara perbelanjaan yang terbesar dan semakin meningkat sejajar dengan bilangan penjawat awam yang telah melebihi angka 1.6 juta orang. Langkah seperti 'down/right sizing' dan 'outsourcing' kerja-kerja yang tidak kritikal perlu diambil. Dengan ini negara tidak terbeban dengan amaun pencen berbayar yang semakin menggelembung dan kerenah pekerja yang bermasalah, tidak efektif dan produktif. Mungkin terdapat segolongan pegawai yang masih goyang kaki dan makan gaji buta termasuklah menanggung/memangku jawatan yang tiada 'viability' untuk diisi. Kerajaan patut memberi tumpuan kepada pembentukan modal insan yang berprestasi tinggi dalam mensasarkan kepada ekonomi berpendapatan tinggi.
Catat Ulasan