SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** PEKERJA CEMERLANG RAKYAT SEJAHTERA***CUEPACS DI HATI KU***

17 Disember 2010

STATUS KONTRAK PRESIDEN CUEPACS JADI TANDA TANYA, SAINGAN SATU LAWAN SATU

The Malaysia Insider
December 16, 2010




KUALA LUMPUR, 16 Dis — Jawatan presiden Cuepacs sah menyaksikan persaingan satu lawan satu di sebalik tanda tanya di kalangan kesatuan gabungannya, yang mempersoalkan status ketua mereka yang baru-baru ini disambung semula kontrak sebagai penjawat awam.

Penyandang jawatan, Omar Osman akan dicabar oleh Ramli Omar, yang mengharapkan kejayaan selepas tiga kali pernah bertanding kerusi itu tetapi tewas.

Sekretariat Cuepacs hanya menerima pengesahan daripada dua calon untuk bersaing jawatan nombor satu itu, setakat petang semalam — tempoh akhir untuk mengesahkan pencalonan yang dibuat oleh kesatuan gabungan bulan lalu.

Pemilihan akan diadakan Rabu depan.

Omar disambung kontrak perkhidmatannya September lalu tetapi sehingga kini masih belum diketahui berapa lama perkhidmatan beliau telah disambung, tetapi menerima pencalonan terbanyak untuk mempertahankan jawatannya.

Beliau merupakan kakitangan am Universiti Putra Malaysia.

Beberapa kesatuan yang menghubungi The Malaysian Insider menimbulkan isu ketiadaan maklumat yang jelas tentang pendirian beliau yang mahu bertanding dengan kontraknya disambung.

“Beliau seharusnya memaklumkan kepada ahli-ahli Cuepacs berapa lama kontrak telah disambung agar memudahkan kami membuat keputusan... sehingga kini kami tidak tahu, sebagai pemimpin beliau harus memberitahu kami,” kata seorang pemimpin kesatuan gabungan.

Malah The Malaysian Insider juga difahamkan ada usaha meminta agar beliau tidak mempertahankan jawatan presiden, sebaliknya memberi laluan kepada pemimpin lain.

“Saya difahamkan mesej sudah disampaikan kepada Omar agar tidak mempertahankan jawatan, dan saya difahamkan akan ada usaha menemui beliau selepas ini, yang akan diusahakan oleh pihak-pihak tertentu,” kata Ramli kepada The Malaysian Insider.

“Saya pun merasakan beliau (Omar) wajar melepaskan jawatan pada waktu ini di mana beliau berada dalam punck prestasi dan sumbangan beliau, orang akan mengingati beliau.

“Saya serahkan kepada beliau,” kata Ramli lagi.

Bagaimanapun Omar tidak memberi respons kepada usaha mendapatkan maklum balas mengenai isu itu.

Panggilan demi pangilan dan pesanan SMS The Malaysian Insider tidak dibalas sehingga pagi ini.

Ramli dari Kesatuan Pekerja-pekerja Mardi ketika ditemui lewat malam tadi juga berkata, pihaknya telah membentuk barisan calon terakhir dalam satu pertemuan di sini semalam.

“Saya yakin barisan yang kami membentuk ini adalah gandingan yang terbaik dan mantap bagi menawarkan satu kepimpinan berkualiti kepada Cuepacs bagi tempoh kepimpinan 2010-2013 dan seterusnya.

“Gandingan kami terdiri daripada wakil semua kesatuan gabungan dan seluruh negara. Saya melihat ini (barisan) pilihan calon terbaik,” kata Ramli.

Ramli berganding dengan Ahmad Shah Mohd Zin yang akan mempertahankan jawatan setiausaha agung buat penggal ketiga.

Jawatan setiausaha agung menyaksikan persaingan tiga penjuru. Dua calon lain ialah Lok Yim Pheng dan Ku Azmi Ku Ibrahim.

The Malaysian Insider difahamkan salah seorang daripada mereka akan disertakan dalam barisan calon Omar bagi jawatan setiausaha agung.

Lok, Setiausaha Agung Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan juga dicalonkan bertanding jawatan timbalan presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), yang pemilihannya akan diadakan seminggu selepas pemilihan Cuepacs.

Bagi jawatan timbalan presiden, Ramli memberitahu, pihaknya akan meletakkan Husain Mohd Yasin dan Mat Ali Omar manakala Adnan Mat, Kang Beng Leng dan Mohamad Baharom diturunkan sebagai calon kerusi timbalan setiausaha agung.

Husain merupakan salah seorang daripada dua timbalan presiden semasa. Seorang lagi ialah Azih Muda.

Azih disebut-sebut berada dalam pasukan Omar.

Selain Husain, Mat Ali dan Azih, dua calon jawatan timbalan presiden ialah Ibrahim Ahmad dan Zainal Ismail.

Calon-calon lain jawatan timbalan setiausaha agung pula terdiri daripada Mazlan Shaari dan Abdul Rahman Nordin.

Jawatan setiausaha kewangan menyaksikan persaingan satu lawan satu dengan Samuel Devadasan, yang merupakan penyandang, dicabar oleh Ja’apar Mansor.

Persidangan Tiga Tahun Sekali Cuepacs akan berlangsung pada 21 dan 22 Disember dengan dirasmikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Pemilihan diadakan pada hari kedua persidangan.

15 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

korang tengok sendiri muka ahmad shah takder potensi langsung .masam mencuka jer.

Tanpa Nama berkata...

muka lok tu cantik sangat ke, integriti sangat ke. jangan terpengaruh dengan lakonannya. entah2 presiden nutp sekarang pun akan menerima nasib seperti pemimpin2 nutp sebelum ni. orang2 nutp harus sedar. ramai pemimpin nutp dipancungnya.

Tanpa Nama berkata...

dia orang ni 2X5 aje..semuanya ada agenda peribadi...

Tanpa Nama berkata...

dari dulu lagi dah pak omar nak pegang jawatan ni sampai mati..kau orang tak percaya..tengok bukti ada depan mata..semuanya ada agenda peribadi bertopengkan perjuangan membela nasib PA

Tanpa Nama berkata...

Hashim berkata, pihaknya meletakkan calon mereka dengan harapan dapat menukar setiausaha agung yang menurutnya mempunyai banyak “masalah” dalam menguruskan kongres itu.

Bagaimanapun beliau enggan menghuraikan masalah yang dimaksudkan.

“Sebab itu kami memutuskan untuk mencabar Ahmad Shah bagi jawatan setiausaha agung,” kata Hashim lagi.

aku cut and paste aje

Tanpa Nama berkata...

mana taknya SU skrg hantar surat pada kesatuan gabungan lambat...mohon surat pelepasan lambat..serba serbi lambat....ade pulak kesatuan gabungan yang tidak dipanggil untuk mesyuarat jawatankuasa....so ape lg nak cakap kelemahan SU skrg...so pikir2kanlah semua perwakilan....

PengundiSenyap berkata...

kami akan memilih hanya ahli yang benar2 ikhlas memperjuangkan Umno sahaja akan menang, kamu tunggulah nanti.. kita akan bawa Cuepacs menyertai BN

perwakilan yang mengundi berkata...

tidak setuju dengan PENGUNDI SENYAP....kalau nak berpolitik sila masuk parti politik yg dah wujud....disini bukannya gelanggang....so cermin diri dulu sebelum berbincang soal politik....jika tidak CUEPACS akan kehilangan ahli gabungan......yang pasti parti politik tidak perlu dicampuradukkan dengan parti politik

Tanpa Nama berkata...

saudara Ramli, dah dpt stu percalonan tu, bg la kpd presiden yg disenangi oleh 1.2 juta kkitangan awam, pencalonan presiden pon 4o lbh... ramli ckp x srupa bikin, dlu sokOng hj. umar skrg sokng hj. mat shah.. tdk ada pndrian lngsung, di sabah ckp lain...saudara Ramli hnya lyak jga MARDI je....

Tanpa Nama berkata...

Hj. mat shah da p bertaubat dpn kaabah ka? jnji nak byar 30 rbu sblm p mekah... taw- taw byr 10 rbu sja sblm ttup pencalonan... ada niat nk bertanding juga, nk buat projek lg ka... jgn dok guna duit CUEPACS byk2.... msa msih pnjng lg.... bg kmi plapis muda nk guna... "DUNIA BELUM KIAMAT"... Hj. mat shah x lyak mneruskn pertndingn, bri la laluan kpd clon yg lyak dan brsih......

Tanpa Nama berkata...

apa ni x taw undang2 ka..... nk bwa CUEPACS main politik, CUEPACS x pyh politik pon da brdiri tguh blkng krajaan.....

Tanpa Nama berkata...

Kita perlu pilih calon yang benar2 layak pilih la calon SUA yang beragama islam sebab kita nie orang yang mempunyai agama dan akan disoal di akhirat kelak, Cuba beri peluang kepada bakal SUA baru...Ku Azmi Ku Ibrahim mampu melakukan perubahan bersama Line UP nya... fikir-fikirkan lah wahai perwakilan CUEPACS.

Tanpa Nama berkata...

ia lah tu..pemimpin kita orang melayu beragama islam ..tapi di punahkan orang melayu ..melayu bertopengkan Islam..hidup UMNO..kahak ptuiiiii

Tanpa Nama berkata...

mengapa tak pilih presiden yang berani dan berketerampilan di kalangan ahli2 akademik yang tak pandai bodek, ampu dan sebagainya supaya kakitangan kerajaan mendapat lebih faedah.sebagai contoh m'sia nak jadi negara maju 2020, penggajian kakitangan awam pun patut maju umpamanya perkenalkan sistem gaji mingguan yang di bayar 4 minggu sekali mcm negara maju.jika ini berlaku kakitangan awam akan dapat gaji untuk 52 minggu yg b'samaan 13 bulan.so tak payahlah lagi dok minta belas ihsan kerajaan minta bonus tiap tahun...fikir2 dan renung2kan bersama..

Tanpa Nama berkata...

aku benci kalau kesatuan ini dipolitikkan..nak sertai partilah... apa nie...mangkuk hayun punya orang...fungsi kesatuan menjaga kebajikan ahli bukan main politik...kalau mcm nielah sikap kita sampai kiamat pun nasib ahli tak akan terbela disebabkan pemimpin kesatuan yang mabuk dan gila main politik...sbb itulah kita lambat maju...tidak profesional langsung...