SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** CUEPACS DI HATI KU***Tema Hari Pekerja CUEPACS 2023 : PEKERJA BERINTIGRITI TUNJANG NEGARA MADANI*** SAMBUTAN HARI PEKERJA 1 MEI 2023

02 Disember 2010

PROJEK TERBENGKALAI: PEMBELI RUMAH BERHAK BUAT TUNTUTAN

Utusan Malaysia
2/12/2010




SEREMBAN 2 Dis. - Pembeli rumah berhak membuat tuntutan ganti rugi daripada pemaju sekiranya projek perumahan yang dibangunkan terbengkalai dan gagal diserahkan kepada pemilik dalam tempoh yang ditetapkan.

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Perumahan, Kerajaan Tempatan, Kampung Baru dan Pengangkutan Awam negeri, Datuk Siow Chen Pin berkata, perkara itu telah termaktub dalam perjanjian dan pemaju yang gagal menjelaskan ganti rugi boleh dikenakan tindakan mahkamah.

''Ini sudah jelas dalam Surat Perjanjian Jual dan Beli Perumahan tertakluk kepada Akta Pemajuan Perumahan (Kawalan dan Perlesenan) 1956.

''Hak pembeli untuk menuntut ganti rugi ini telah digariskan di bawah Fasal 22 dan Fasal 23 surat perjanjian berkenaan," katanya di sini hari ini.

Jelasnya, pembeli perlu memaklumkan segera kepada Bahagian Pemulihan Projek Terbengkalai, Jabatan Perumahan Negara, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan apabila menyedari projek yang dilaksanakan itu terbengkalai.

Katanya lagi, pembeli yang teraniaya juga boleh mendapatkan surat pengesahan daripada kerajaan terlebih dahulu sebelum membuat tuntutan di atas kegagalan pihak pemaju menyerahkan pemilikan dalam tempoh yang dipersetujui.

''Apabila ada surat ini, mereka berhak untuk memohon pengurangan kadar faedah dan juga penstrukturan semula pinjaman daripada institusi kewangan.

''Namun, kelulusan permohonan itu bergantung kepada penilaian institusi kewangan terbabit yang dibuat berdasarkan kiraan merit terhadap setiap kes tertentu," ujarnya.

Tambah Chen Pin, bagi penjawat awam pula mereka boleh membuat permohonan daripada pihak kerajaan bagi mempertimbangkan pembatalan pinjaman awal seterusnya membuat pinjaman penuh kali kedua.

''Pembeli juga diberi ruang untuk memohon penangguhan faedah pinjaman sebanyak empat peratus sepanjang tempoh pemulihan projek atau lima tahun atau mana-mana yang terdahulu," katanya.

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Pemaju lebih bijak dari pembeli. Memang dalam SAP ada menyatakan perkara tuntutan kelewatan penyerahan rumah. Beserta dgn surat dari Kem Perumahan menyatakan layak menuntut ganti rugi. Bila mana pemaju mengetahui Fasa2 undang yg terselindung, akhirnya mereka yg menang. Pembeli juga yg kecewa walaupun telah melantik peguam. Itulah pengalaman saya sewaktu rumah lewat diserahkan. Undang2 hanya memihak pada pemaju.