SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** CUEPACS DI HATI KU***Tema Hari Pekerja CUEPACS 2023 : PEKERJA BERINTIGRITI TUNJANG NEGARA MADANI*** SAMBUTAN HARI PEKERJA 1 MEI 2023

14 Disember 2010

PERLAKSANAAN PTK TAK SESUAI, TERDEDAH AMALAN PILIH KASIH

Berita Harian
14/12/2010





PTK ialah komponen Sistem Saraan Malaysia (SSM) yang diperkenalkan pada 1 November 2001, antara lain bertujuan menilai prestasi kerja kakitangan awam, termasuk menentukan kewajaran kenaikan pangkat.

SSM diperkenalkan bagi menaik taraf mutu penilaian dan perkhidmatan kakitangan awam, menggantikan Sistem Saraan Baru (SSB) yang dilaksanakan pada 1 Januari 1992. SSB juga mempunyai kelemahan termasuk banyak rungutan kes pilih kasih ketua jabatan dalam soal kenaikan pangkat dan gaji.
Selepas beberapa ketika, pelaksanaan PTK menerima bantahan CUEPACS yang turut mengancam memboikot sistem itu kerana dianggap tidak sesuai dan terdedah kepada amalan sikap pilih kasih. Bagaimanapun Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) bertegas tidak akan tunduk kepada desakan memansuhkan peperiksaan PTK yang diperkenalkannya pada 2002 itu.

CUEPACS yang mewakili hampir 1.2 juta kakitangan awam memberi tempoh sehingga 31 Disember 2010 untuk JPA membuat keputusan menerus atau memansuhkan sistem itu, namun JPA menyatakan PTK satu daripada mekanisme penting dalam menentukan kemampuan pegawai awam menjalankan tugas dan tanggungjawab serta menilai prestasi kerja mereka.

Akhirnya, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ketika membentangkan Bajet 2011 pada Oktober lalu, mengumumkan PTK tidak lagi akan diguna pakai dalam kenaikan pangkat dan jawatan dalam sektor perkhidmatan awam berkuat kuasa 1 Januari 2011.

Sistem Saraan Malaysia (SSM)
  • Diperkenalkan pada 2002 menggantikan SSB.
  • Untuk memperbaiki kelemahan dalam SSB.
    Pelaksanaan
  • Berteraskan kompetensi dalam pengurusan sumber manusia perkhidmatan awam.
  • Menampilkan beberapa penambahbaikan.
  • Memperkenalkan PTK untuk menentukan pergerakan gaji tahunan dan kemajuan kerjaya perkhidmatan awam.
  • Matlamat PTK untuk menggalakkan penguasaan pengetahuan, kemahiran dan kreativiti serta inovasi dalam pelaksanaan tugas.
  • PTK dimantapkan pada 2005 dan dibuat pengubahsuaian pada 2008.
  • Syarat kakitangan awam mendapat anjakan gaji melalui mekanisme peperiksaan dan kursus harian.
  • Dianggarkan 70 peratus lulus ujian PTK setiap tahun.
  • Markah minimum untuk lulus PTK ialah 60 peratus
  • PTK dimansuhkan pada 1 Januari 2011 (Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 13/2010)
  • Selepas Januari 2011, lulus PTK bukan lagi syarat untuk kenaikan pangkat.
  • Proses kenaikan pangkat kakitangan awam antara Januari hingga Jun depan akan diteruskan dengan keutamaan masih diberikan kepada mereka yang lulus PTK yang diduduki sebelum ini.

  • Satu sistem baru akan diperkenalkan Jun 2011 bagi menggantikan PTK.
  • Ketua Pengarah JPA Datuk Seri Abu Bakar Abdullah, menjelaskan sistem penilaian baru mengambil kira ‘keunikan’ setiap jabatan kerajaan.
  • Sistem baru tidak menilai secara sama rata, misalnya kakitangan pengurusan dinilai berbeza dengan bahagian teknikal.
  • Sistem penilaian baru itu lebih mirip kepada kriteria Petunjuk Prestasi Utama (KPI) individu.

    Kelemahan PTK

  • Sesetengah pegawai yang lulus PTK dipertikaikan sumbangan mereka terhadap organisasi.

  • Pegawai produktif, tetapi gagal PTK berpeluang mendapatkan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang, tetapi terikat dengan dasar memberi peluang kepada pegawai yang belum mendapat kenaikan.

  • Soalan peperiksaan yang dianggap tidak relevan dengan tugas harian kerana tiada pengkhususan skop kerja.

  • Peperiksaan dua kali setahun dianggap membebankan berbanding sekali setahun sebelum ini.

  • Keputusan dikeluarkan dalam jangka masa lama.

  • Ketua jabatan juga terikat dengan arahan supaya memberi peluang kepada pegawai yang belum pernah mendapat pergerakan gaji sama ada secara menegak atau melintang.

  • Pegawai bawahan mendakwa majikan atau ketua jabatan tidak adil, tidak tahu menilai dan pilih kasih.

  • Penjawat awam kumpulan Gred 17 merungut kenaikan pangkat mengambil masa hingga 15 tahun.

  • Pegawai lulus PTK dengan Aras 4 iaitu Melepasi Tahap Kecekapan pada Aras Cemerlang tetapi tidak mendapat peluang kenaikan pangkat disebabkan belum mencapai tempoh 15 tahun berkhidmat.

  • PTK perlu ditambah baik dari sudut kesahihan dalam kertas jawapan di mana tiada rujukan dalam peratusan yang lulus.

  • Calon peperiksaan mendesak kertas jawapan ditunjukkan semula supaya mereka dapat mengetahui kelemahan dan meningkatkan kepercayaan kepada penilaian ini.

  • Kaedah anjakan masih mengikut anjakan gaji tahunan individu, bermula Januari setiap tahun walaupun menduduki peperiksaan dua kali setahun.

  • PTK ‘mengukur’ kecekapan pegawai secara sama rata tanpa banyak mengambil kira jurusan hakiki masing-masing.

  • Ramai kakitangan berpengalaman sukar menikmati kenaikan pangkat.
  • 3 ulasan:

    Tanpa Nama berkata...

    saya setuju dengan apa yang ditulis...

    Soal ketua jabatan pilih kasih, bebal, tak wibawa..memang ada dalam perkhidmatan awam..sikap tak profesional lebih pada emosioanl dan dendam sentiasa berlegar dalam perkhidmatan awam..biasalah manusia..ada degree ke, ada master ke, ada Phd ke kalau nama je manusia tentu ada kelemahannya..

    Jadi JPA sendiri kena bijak..faham suasana..ambil kira semua kes dalam membuat dasar..bahagi part..lama dan baru..dan sebagainya..kalau perlu kita orang di bahagian latihan perkhidmatan awam ni boleh beri tunjuk ajar pada JPA cara2 membuat/menggubal dasar pada penjawat awam..

    Keluarlah dari kepompong lama wahai JPA...buat dasar tu bukan untuk dipakai 3, 4 tahun saja, kalau boleh bertahan lama sebab amat munasabah pada semua orang...

    Kalau nak tau munasabah itu apa ialah begini...contohnya, si A dah 25 tahun berkhidmat..si B baru 5 tahun..tapi si B naik pangkat dulu dari si A! Inilah yg dipanggil tidak munasabah..pasal apa tak naik pangkat si A? oh..tak lulus PTK, ketua tempat bekerja anti si A, si A tua dibanding si B, si A tak pandai bodek.., si B sentiasa tolong ketua jabatan angkat beg, dan yang lebih tak munasabah ialah..kalau ada le..si B lebih hensem dari si A, si B adik beradik ketua jabatan, si B pandai bagi info keburukan si A pada ketua...kalau ada yg ini mmg le dasyat..

    Jadi itulah JPA kena faham..faham situasi..

    Yang paling afdal...oranglah diberi peluang dulu dalam hal kenaikan pangkat, kenaikan gaji dan sebagainya berbanding orang baru..

    Tanpa Nama berkata...

    PTK Tidak Relevan Di Sektor Awam

    PTk bukanlah penilaian sebenarnya kecekapan dalam sektor awam PTK merupakan seperti kembali kezaman persekolahan yg hanya mengeluarkan mereka yg banyak dan kuat menghafal dalam sistem pembelajaran di negara kita ini.

    Dalam satu kajian yg telah dibuat dalam proses kebolehan menghafal ini kalangan pelajar perempuan lebih mendahuluinya berbanding dengan pelajar lelaki sebab itulah di bidang2 seperti ini lebih ramai dikalangan kaum perempuan dan sebaliknya pula dibidang teknikal kaum lelaki lebih dilihat lebih praktikal dan berkebolehan.

    Budaya hafalan seperti ini adalah tidak wajar diteruskan bagi melahirkan penjawat awam yg kreatif,berinovasi dan produktif sebagaimana yang dihasrat oleh kerajaan.

    Budaya kreatif dan Inovasi ini perlu disuburkan disektor awam ini bagi mencapai sebagai hasrat sebagai sebuah negara maju yang boleh standing serta dapat bersaing dengan negera2 maju,

    Tanpa Nama berkata...

    Semua pun tak suka exam...tapi tak ada exam, bagaimana boleh uji kecekapan and pengetahuan seseorang? Tanpa exam...Bos hanya dpt pihih kasih saja....Sampai sekarang exam masih cara terkesan utk pengujian di dunia....