SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** PEKERJA TONGGAK KEMAKMURAN NEGARA

21 Disember 2013

1,062 LAGI DITAWAR PANGSAPURU PPA1M

Berita Harian
21/12/2013




1,062  lagi ditawar  pangsapuri PPA1M Ali (dua dari kanan) dan Aseh memulakan proses cabutan undi bagi memilih pemohon layak untuk Perumahan Awam 1Malaysia (PPA1M) di Marina Putrajaya, semalam.







Putrajaya: Cabutan undian Perumahan Awam 1Malaysia (PPA1M) siri kedua semalam menyaksikan 1,062 kakitangan awam ditawarkan peluang memiliki rumah di Pangsapuri Seruling, Presint 5, di sini.

Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr Ali Hamsa, yang melancarkan cabutan itu berkata, pangsapuri berkenaan akan dibangunkan Putrajaya Holdings Sdn Bhd dan dijadualkan siap Disember 2015.

Katanya, 1,263 nama dipilih pada undian siri pertama 29 Ogos lalu dan secara keseluruhan, pangsapuri yang akan dibina di pusat pentadbiran Kerajaan Persekutuan itu menawarkan 10,639 unit kediaman di bawah Fasa I PPA1M.


Penuhi syarat kelayakan

“Lebih 10,500 kakitangan awam di Putrajaya layak memohon unit rumah di bawah PPA1M kerana memenuhi syarat kelayakan pendapatan isi rumah tidak lebih RM8,000. Unit yang ditawarkan ini berkeluasan 1,000 kaki persegi, 1,200 kaki persegi dan 1,500 kaki persegi dengan harga antara RM150,000 hingga RM300,000.

“Program seumpamanya turut dilancarkan di Kuala Lumpur, Johor, Pulau Pinang, Sabah serta Sarawak dan kerajaan kini dalam proses mencari tapak yang sesuai,” katanya kepada pemberita selepas majlis cabutan siri kedua itu, semalam yang turut dihadiri Presiden Perbadanan Putrajaya (PPj), Tan Sri Dr Aseh Che Mat.

Rasmi majlis pecah tanah

Sempena majlis sama, Ali turut merasmikan majlis pecah tanah bagi tapak pangsapuri PPA1M Larai, mengandungi 1,680 unit kediaman yang akan dibina di Presint 6. Siri cabutan ketiga PPA1M dijangka April depan.

Kakitangan awam yang mahu mengetahui keputusan undian siri kedua itu boleh menyemak di www.ppj.gov.my atau www.putrajaya.gov.my pada 30 Disember ini atau menghubungi Bahagian Perancangan Bandar PPj di talian 03-88877165 atau 03-88878312.

Dalam pada itu, Ali berkata, kerajaan akan mempertimbangkan pembinaan rumah berharga RM90,000 untuk penjawat awam pada masa depan seperti dicadangkan CUEPACS kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sebelum ini.

12 ulasan:

Junction Produce berkata...

first!
Jom g alamanda usha aweks

Tanpa Nama berkata...

portal link setempat perkhidmatan berkaitan penjawat awam. hanya satu url utk semua perkhidmatan kerajaan.

layari

http://www.perkhidmatanawam.com

laman web masih dalam percubaan dan akan terus dibangunkan dari masa ke semasa. tolong sebarkan

Tanpa Nama berkata...

Third
Semoga pemberian tawaran lebih kepada kumpulan pelaksana

mohd zaki ali berkata...

bagi yang x sempat mohon sebelum ini macam mane? xkan x dpt bukak permohonan baru..

Tanpa Nama berkata...

Berita baik dan terkini: Gred jawatan Pembantu Tadbir N17 akan dinaikkan ke gred jawatan Pegawai Tadbir N41. Menurut sumber yg tak boleh dipercayai tujuannya ialah supaya tidak lagi timbul kekeliruan kerana singkatan PT. Elok disatukan saja gred dan gaji. Untung aku jd PT.

PANGSA PURU berkata...

PANGSAPURU PANGSAPURU PANGSAPURU PANGSAPURU PANGSAPURU PANGSAPURU PANGSAPURU PANGSAPURU PANGSAPURU PANGSAPURU PANGSAPURU PANGSAPURU PANGSAPURU PANGSAPURU PANGSAPURU

PANGSAPURU adalah rumah pangsa yang ada katak puru. sekian harap maklum.

Tanpa Nama berkata...

1.Nape kakitangan yg berada luar dari putrajaya tak layak?
2.Apakah kerajaan lebih telus dalam pengagihan rumah tersebut di kalangan pelaksana shj?
3.Mana ada kumpulan pelaksana mencapai gaji sampai rm8k?

Tanpa Nama berkata...

hapuskan jer jawatan kasta paria cam r1/r3/n1/n3/ tuh semua. keje derang tu gred 17 pun leh buat. mmg kebanyakan jabatan pun keje derang 17 yg buat pasal gred sampah ni byk yg hilang, mia, awol. wujudkan semula exit policy supaya sampah2 nih leh diterminate secara terhormat.

Tanpa Nama berkata...

agak-agaklah admin kalau nak up kan citer tu bacalah dulu buat malu aje... hahahaha tajuk pun dah kantoi apa lah bikin malu aje penjawat awam .

Tanpa Nama berkata...

KSN TERIMA PANGSAPURU UTK PA

Tanpa Nama berkata...

teringat janji PRU yg xditepati la ni..itu pasal pangsapuri jd pangsaPuRU....

katak kuang-kuang panggil ujan berkata...

rumah utk mangsa2 PRU yg lepas..... pangsaPuRU = mangsa PRU