SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** PEKERJA TONGGAK KEMAKMURAN NEGARA

19 Disember 2013

MEDIA BANTU SAYA - OMAR

Utusan Malaysia
19/12/2013



KUALA LUMPUR 19 Dis. - Bekas Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), Datuk Omar Osman yang mengakhiri tugas hari ini mengakui pihak media banyak membantunya untuk menambah baik kebajikan penjawat-penjawat awam negara ini.Katanya, selama memegang jawatan Presiden CUEPACS, beliau banyak diberikan peluang dan ruang di media terutama berkaitan dengan usaha memperbaiki segala kemudahan kakitangan awam. 

Sehubungan itu, beliau mengucapkan penghargaan di atas kerjasama yang dijalinkan antara pihak media dengan CUEPACS selama ini."Saya amat berharap kerjasama ini akan berterusan demi kesejahteraan penjawat-penjawat awam di negara kita," katanya kepada pemberita selepas berakhirnya Konvensyen Tritahunan CUEPACS di sini hari ini.Menjawab satu soalan, Omar yakin kepimpinan baharu CUEPACS mampu menggalas tugas untuk terus membela nasib kakitangan awam yang kini berjumlah 1.4 juta orang."Saya yakin mereka mampu melakukannya dengan terbaik," katanya.

Dalam pada itu Omar berkata, beliau selepas ini akan meluangkan lebih masa untuk keluarga dan saudara mara."Selama ini saya banyak tinggalkan mereka atas tuntutan tugas sebagai Presiden. Inilah masa paling sesuai untuk saya melebihkan masa untuk keluarga dan saudara mara."Namun, jika pihak CUEPACS mahukan bantuan dan nasihat, saya tidak keberatan untuk memberikan sumbangan," katanya.

10 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

MAJALAH MEDIA BANTU EX PRESIDENT

Awangkuazmi berkata...

Terima kasih atas jasa dan sumbangan anda...
Hanya Allah yang maha kuasa dpt mmbalas segala jasa anda...Amin

Tanpa Nama berkata...

semoga segala jasa dan bakti yang ditabur menjadi jariah di akhirat nanti..


ameeen!!..

Tanpa Nama berkata...

omar dah berambus. presiden baru dah dilantik. apa tunggu lagi? gambar kat sebelah tu tukar la wei! semak la muka omar tu.

Tanpa Nama berkata...

Terima kasih diatas segala usaha dato dalam mmrtabatkan sektor perkhidmatan awam. Trm ksh sglanya. Insyaallah pasti terbalas. Bagi yg lupa diats apa yg kita dapat hrni adalh ats usaha beliau juga. Apabila dapat xpernh berterima kasih. Apabila xdpt apa yg dihajati org inilh yg diherdik maki hamun. Sbgai manusia fikirlah bhwa bkn semudh disgka untuk mmgg sesuatu organisasi dlm memperjuangkn hak PA. Ucplh trm ksh diats apa yg kita perolehi hr ini. Semoga dato dpt mencurhkn ilmu n pengalamn kepada kepimpinan yg baru. Bersama kita martbatkn perkhdmtn awam dinegara ini.selamat maju jaya

jongos berkata...

yg patut berterima kasih dgn dia tuh skim2 jongos a.k.a. J17 tuh jer. skim len ape dpt????

jongosssssssssss

Tanpa Nama berkata...

hapuskan jer jawatan kasta paria cam r1/r3/n1/n3/ tuh semua. keje derang tu gred 17 pun leh buat. mmg kebanyakan jabatan pun keje derang 17 yg buat pasal gred sampah ni byk yg hilang, mia, awol. wujudkan semula exit policy supaya sampah2 nih leh diterminate secara terhormat.

orang biasa berkata...

Terima kasih Dato...seingat saya, anda adalah presiden cuepacs yang paling aggresif memperjuangkan hak penjawat awam! Biar apa yang dilakukan oleh anda ni jadi satu penanda aras kpd presiden baharu...dan apa yg dilakukan tidak boleh kurang drpd yg dilaksanakan anda....

Tanpa Nama berkata...

Sorry to say BRO.... semua ni bukan jasa majalah media tapi berkat semua PA yang sanggup meluangkan masa untuk menyakinkan Omar turun kerusi . Hanya bangku plastik berkaki 4 tanpa roda dan penyandar aje yg sesuai untuk Omar ( Warung Kopi he... he... he... ) . YES....

Haresue berkata...

Mcm mane dgn juruteknik komputer ft17.name pon juruteknik tp xnaik (tercicir).xdpt mcm juruteknik j17 dah naik ja29.kami pon kelayakan masuk jawatan sijil politeknik same mcm j17.cuepacs pon terlepas pandang ke?