SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** PEKERJA TONGGAK KEMAKMURAN NEGARA

19 Disember 2013

AZIH MUDA DIPILIH SEBAGAI PRESIDEN CUEPACS YANG BAHARU

Utusan Malaysia
19/12/2013

KUALA LUMPUR 19 Dis. - Presiden Kesatuan Kebangsaan Pekerja-Pekerja Pihak Berkuasa Tempatan Semenanjung Malaysia (ANULAE), Azih Muda dipilih sebagai Presiden baru Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) untuk sesi 2013-2016.Beliau yang juga bekas Timbalan Presiden I CUEPACS berjaya menewaskan Presiden Kesatuan Kakitangan Kementerian Pertahanan (KESATRIA), Ahmad Shah Mohd Zain dengan kelebihan 390 undi.Dalam pemilihan itu Azih mendapat 701 undi manakala Ahmad Shah memperoleh 311 undi.

Keputusan rasmi tersebut diumumkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pengiraan Undi, Borhan Mustafa pada Konvensyen Tritahunan CUEPACS ke-26 di sini hari ini. Sebelum ini penyandang jawatan, Datuk Omar Osman, 62 telah mengambil keputusan untuk tidak mempertahankan jawatan itu selepas memegangnya lebih tujuh tahun.Bagi jawatan Setiausaha Agung pula Lok Yim Pheng berjaya mempertahankan jawatan yang disandangnya itu selepas memperoleh undi tertinggi berbanding dua pencabarnya yang lain iaitu sebanyak 604 undi. - UTUSAN ONLINE

8 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

TAHNIAH....
SEMOGA CEUPACS BETAMBAH DEDIKASI DAN CEMERLANG..

Tanpa Nama berkata...

Ini adalah maklum balas yang kami terima, dan ada kaitan langsung dengan pelaksanaan PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 8 TAHUN 2013. Harap pihak tuan dapat beri perhatian.
“Saya dan beberapa orang lain mula bekerja sebagai seorang kerani di sektor kerajaan, pada tahun 1996. Pada tahun 2006, kami atas nama mengubah nasib diri, memohon jawatan sebagai penolong pegawai, dan sehinggalah ke hari ini. Dalam kes kami, selepas berkhidmat 10 tahun sebagai kerani dan ditambah 7 tahun sebagai Penolong Pegawai, di manakah adil bagi kami untuk menikmati time-based 13 tahun itu. Harap pihak CUEPACS juga melihat hal ini, sama ada dalam skim perkhidmatan yang sama atau berbeza. Disebabkan kami hanya sekumpulan kecil, mohon agar pihak CUEPACS dapat memperjuangkan nasib kami.”

Terima kasih

Tanpa Nama berkata...

Baru 7 thn dah bising...

Tanpa Nama berkata...

untung la jugak kau boleh dapat jawatan penolong pegawai DENGAN MUDAHNYA 10 tahun lepas.


sekarang? melambak kumpulan sokongan gred 17 yang bukan setakat ada diploma, malah sarjana muda dan sarjana.

tapi apa jadi dengan mereka? pegi temuduga sampai 10 kali pun ada.

bersyukur la dengan apa yang ada wei. ramai yang tak bernasib baik seperti kau!

PAP Tunggak Pentadbiran Negara berkata...

Berita terbaik dan berita tambahan!
Peluang miliki telefon pintar

PETALING JAYA - Penjawat awam kini berpeluang memiliki telefon pintar terkini melalui skim potongan gaji yang diperkenalkan Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Bhd (Angkasa).

Presiden Angkasa Datuk Abdul Fattah Abdullah berkata, skim itu diperkenal melalui kerjasama dengan Clixster Mobile Bhd.

"Program ini dibuat bertujuan memenuhi aspirasi era digital dan komunikasi tanpa sempadan dalam kalangan masyarakat," katanya ketika melancarkan inisiatif di bawah program Bijak MyCoop Clixster di sini hari ini.

Buat permulaan, 12 koperasi yang bernaung di bawah Angkasa menyertai program itu, antaranya Koperasi Pegawai-pegawai Kerajaan Malaysia Berhad, Koperasi Kebajikan Bekas Tentera, Koperasi Warga Kastam Kelantan Berhad, Koperasi Pemandu JB, Koperasi Belia Islam dan Koperasi Guru-guru Kelantan.

Pada sidang media kemudian, Penolong Ketua Pegawai Eksekutif Clixster Mobile Bhd Mahadzer Arshad berkata program itu memudahkan pembelian telefon pintar dengan penjawat awam tidak perlu membuat bayaran pendahuluan yang tinggi.

"Kita mudahkan pengguna dengan potongan gaji yang dibuat mengikut tempoh pembayaran yang ditetapkan," katanya.

Beliau berkata, program itu dilihat dapat membuka peluang keuntungan tambahan kepada koperasi yang bernaung di bawah Angkasa. - Bernama

bolehlah penjawat awam bermain2 dengan HP canggih sambil makan2, minum, dan isap2 rokok di tpt makan setiap masa dan hari seperti di cookies wagon dengan memakai uniform pap berjata negara untuk paparan kepada orang awam betapa hebatnya berkerja kerajaan! Hebat!

Tanpa Nama berkata...

presiden ANU rupanya ajih ni. wakakakaka...

Tanpa Nama berkata...

hapuskan jer jawatan kasta paria cam r1/r3/n1/n3/ tuh semua. keje derang tu gred 17 pun leh buat. mmg kebanyakan jabatan pun keje derang 17 yg buat pasal gred sampah ni byk yg hilang, mia, awol. wujudkan semula exit policy supaya sampah2 nih leh diterminate secara terhormat.

Haresue berkata...

Mcm mane dgn juruteknik komputer ft17.name pon juruteknik tp xnaik (tercicir).xdpt mcm juruteknik j17 dah naik ja29.kami pon kelayakan masuk jawatan sijil politeknik same mcm j17.cuepacs pon terlepas pandang ke?