SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** PEKERJA TONGGAK KEMAKMURAN NEGARA

17 Disember 2013

SAYA TIDAK GUNA PENDEKATAN POPULIS TADBIR NEGARA - NAJIB

Bernama
17/12/2013


KUALA LUMPUR, 17 Dis (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sekali lagi menegaskan kerajaan pimpinannya tidak akan menggunakan pendekatan populis dalam mentadbir sebaliknya sentiasa berusaha untuk mengembangkan ekonomi negara.

Beliau berkata kerajaan perlu memastikan pendapatan negara terus bertambah dan berkembang sebelum memutuskan untuk memberi 'janji-janji manis' kepada rakyat.

"Realiti ini, saya percaya, anda semua sedar. Sebab itulah cara kita mentadbir negara mestilah cara berhemah, cara kita bukan cara populis.

"Saya boleh jadi perdana menteri yang berdiri atas platform populis, tapi dengan cara itu saya akan meranap dan merosakkan masa depan negara yang tercinta," katanya ketika merasmikan konvensyen tritahunan Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) ke-26 di sini Selasa.

Turut hadir Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal dan Presiden Cuepacs Datuk Omar Osman.

Najib berkata untuk itu kerajaan sentiasa memastikan setiap dana yang dikeluarkan dilakukan dengan berhemah bagi memastikan perbelanjaan mengurus tidak melebihi pendapatan negara.

Katanya kerajaan tidak mahu sehingga terpaksa meminjam daripada institusi kewangan bagi melicinkan urusan pentadbiran, termasuk membayar gaji penjawat awam, kerana ia bukan sahaja akan menjejaskan ekonomi negara, tetapi juga 'resipi' yang boleh membawa musibah besar kepada seluruh rakyat.

Justeru, kata Najib, masyarakat, khususnya penjawat awam seharusnya tidak mudah termakan dengan janji-janji mengenai penjimatan hutang negara atau penurunan harga minyak yang dijanjikan puak-puak tertentu, tanpa memperjelaskan punca kewangan yang akan digunakan untuk menampung pengurangan berkenaan.

Dalam pada itu, Najib menyeru setiap penjawat awam supaya melayan rakyat dengan baik kerana sebagai tulang belakang perkhidmatan kerajaan, tindakan yang dilakukan akan menjadi cerminan persepsi rakyat terhadap kerajaan.

"Kalau penjawat awam bekerja dengan baik, molek, beramah mesra, bersopan tapi berkesan dan tegas, maka pandangan dan tahap keyakinan rakyat terhadap kerajaan juga akan kian meningkat," katanya.

Dalam pada itu, mengulas mengenai persaraan Omar, perdana menteri berkata beliau merasa cukup senang berurusan dengan presiden Cuepacs itu kerana setiap perkara yang berkaitan dengan perkhidmatan awam dibincangkan dan diselesaikan secara baik.

"Saya cukup senang hati bekerja dengannya, beliau tidak pernah mengadakan demonstrasi atau konfrontasi walaupun melibatkan isu panas...dan sebagai rakan setia kepada kerajaan, maka saya bagi penghormatan kepadanya sebagai presiden yang amat disenangi kerajaan," katanya.

Omar, 62, yang mengetuai Cuepacs selama tujuh tahun, menamatkan tempoh perkhidmatannya hari ini selepas mengambil keputusan untuk bersara.

Mengulas persaraannya, Omar berkata hubungan baik yang terjalin antara Cuepacs dengan kerajaan sepanjang tempoh beliau menerajui kongres berkenaan membawa kepada beberapa kejayaan penting yang memanfaatkan penjawat awam.

Antaranya kenaikan gaji penjawat awam sehingga 25 peratus ketika Tun Abdullah Ahmad Badawi menjadi perdana menteri, umur persaraan dilanjutkan dari 58 kepada 60 tahun serta pembatalan Sistem Saraan Baharu Perkhidmatan Awam, katanya.

Omar turut merakamkan penghargaan kepada Najib, ketua setiausaha negara dan ketua pengarah perkhidmatan awam serta seluruh pengarah perkhidmatan kerana memberi kerjasama yang baik sepanjang tempoh perkhidmatannya sehingga Cuepacs cukup disegani dalam soal memperjuangkan nasib penjawat awam.

-- BERNAMA

12 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Adil bermaksud meletakkan sesuatu pada tempatnya, kembalikan je degree berasaskan kepandaian,

SPM 5A > degree dan guru
4A - 3A diploma
2A - 1A sijil
0A buruh, pembantu rumah dan pekerja am

siapa2 yang sudah terlepas SPM & nak ambil degree kne ambil spm calon persendirian & wajibkan skor 5A,

Dengan ini tiada lagi perebutan jawatan degree dan kekurangan buruh di sektor pertanian dan pembinaan dan kekurangan pembantu rumah. Adil buat semua.

Biar bodo buat kerja bodo pandai buat kerja pandai.

Tanpa Nama berkata...

FIKIR JUGA POLISI YG MUNASABAH....RAKYAT BIASA YG TERSEKSA

Tanpa Nama berkata...

Ko ni org yg benar2 bijak tapi tak dpt kerja ke? Jgn2 sijil/degree yg ko ada tu pun 'copy paste' jua. Hari2 ko main 'copy paste' komen gila ni. Jgn kata org bodoh nanti keturunan ko akan bodoh juan

Tanpa Nama berkata...

lagi satu saya nak ucapkan terima kasih kepada bapak presiden cuepacs ni ialah dengan penjumudan skim pembantu pertanian ni adalah satu kejayaan yang terbesar bagi kami skim pembantu pertanian.....terima kasih Dato Omar Osman.....kami warga kerja skim pembantu pertanian terasa terhutang budi....alhamdulillah

Tanpa Nama berkata...

gunalah ubat gigi yang mengandungi PROPOLIS. sekian terima kasih.

Tanpa Nama berkata...

La blh ckp mcm tu, nk dkt pru 14 nnti lain pl ckp, la dsr bala kt rkyat dkt pru nnti populis la ko najib mcm haram

kekasih berkata...

Cara-cara memberi kritikan yang positif ialah :

o Kritiklah di bawah empat mata dan jangan sekali-kali mengkritik di depan orang ramai.
o Lakukan itu dengan senyum simpul, secara bersahabat.
o Mula dengan memuji, untuk mententeramkan orang yang bakal dikritik.
o Kritiklah dengan mengemukakan kepentingan orang yang dikritik dan organisasi.
o Kemukakan kritik yang membina. Tunjukkanlah bagaimana yang sebaiknya. Jangan hanya
mencari kesalahan. Kalau tidak tahu bagaimana yang sebaiknya lebih baik berdiam sahaja.
o Akhiri kritikan dengan memuji, dan tepukkan ke bahu orang berkenaan.

Sehubungan dengan ini, Allah SWT telah berfirman dalam surah Al-Nuur : 22 yang bermaksud : “.... dan hendaklah mereka memaafkan dan berlapang dada. Apakah kamu tidak ingin Allah mengampunimu? Dan Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang”.

Selamat beramal & bermuhasabah. WALLAHU'ALAM

Tanpa Nama berkata...

JANJI nak umum keputusan penambahbaikan elaun pada bulan DISEMBER...
senyap je.... buat-buat lupe la pulak....

Tanpa Nama berkata...

JANJI SEMUA TIPU.... MANA ADA KEBAJIKAN PENJAWAT AWAM DIBELA....TIPU BESAR....KAMI PEMANTU TADBIR TAK PERNAH DIBELA ATAU DILIHAT DENGAN SEBELAH MATA....OLEH NAJIB. DIA PUN POPULIS MACAM OMAR JUGA.... OMAR DAH DAPAT APA YANG DIA NAK TERUS LARI..... YANG TINGGAL KAMI YANG TAK TENTU ARAH NI....NAJIB NAK KAMI JULANG NEGARA MACAM MANA.... KEBAJIKAN KAMI TAK PERNAH DIA AMBIL TAHU.....GAJI LA...BAJET LA HAL-HAL PENTADBIRAN LA KAMI BUAT... TAPI, HABUK PUN TAK DAK!!! INGAT DIA AKAN DI SOAL DI AKHIRAT NANTI... ATAS APA YANG TELAH DIA BUAT.....INSAFLAH WAHAI NAJIB DAN OMAR....BANTU LAH KAMI YANG KAT BAWAH NI... DAH LA HAMPA GAJI BANYAK...MAKAM PUN TAK HABIS, KAMI, !!!...

Tanpa Nama berkata...

omar dah lari.....kita yang tongteng-tongteng.....kena car orang yang betui-betui faham tugas kita ...bukan main depa yang dapat sahaja, orang atasan perut buncit kenyang, kita kurus kering kebulur..aku ingat orang pangkat besar tu cerdik....rupanya terlebih cerdik, sebab depa kaut keuntungan masuk poket depa dulu, kita...terlepas...habuk pun tak dak!!!

Tanpa Nama berkata...

JANGAN TERLALU KERAS DAN TIDAK BERTIMBANG RASA DALAM MEMBUAT POLISI....ORANG AWAM TERMASUK PENJAWAT AWAM KATEGORI SOKONGAN YG MENDERITA.....WAKTU INI MEMANG KITA TIDAK MENAGIH SIMPATI TETAPI WAKTU NAK PILIHANRAYA NANTI KTA AKAN BERIYA-IYA MENAGIH SOKONGAN

Tanpa Nama berkata...

tak perlu untuk populis tapi perlu realistik dan menepati janji.......